Pages

Jumaat, 27 Mac 2026

Sarapan Lempeng Cair dengan Sambal Sardin

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Jumaat, semoga penuh dengan keberkatan. In syaa Allah.
Pagi tadi melempeng, dan tumis sambal sardin. Nama saja sambal tapi langsung tak ada rasa pedas. Amie tambahkan hirisan cili hijau dan cili merah. Hamzah pun ikut makan sama!

Setiap kali melempeng, pasti teringat dua blogger ini :

Kedua-duanya memang pakar melempeng terutama bab lempeng cair! Mama Cella sudah kembali aktif berblogging setelah tenggelam seketika suatu waktu dahulu, mungkin disebabkan kesibukan dalam tugas dan usaha menyelesaikan pembelajaran Sarjananya. SK pula akhir-akhir ini nampaknya kurang bersiaran, dan kita jatuh rindu ternanti-nanti celotehnya yang banyak mencuit hati  dan menghiburkan.

Oh ya, selain Lempeng Cair dengan Sambal Sardin, kami sarapan Yong Tau Foo Kuah Sup Jernih dan juga Salad Campur dengan Ikan Salmon Panggang.


Antara resipi lempeng cair, bolehlah klik di bawah ini:

Menu Sarapan


Lempeng Cair

Sambal Sardin

Yong Tau Foo Sup Jernih

Salad Campur + Ikan Salmon Panggang


16 ulasan:

  1. sedapnya sarapan lempeng cicah sambal sadin

    BalasPadam
  2. sedapnya lempeng cicah sambal sardin...ikan salmon tu kalau goreng suka makan kulitnya yg rangup..

    BalasPadam
  3. okeh nak mintak PZ buatkan lempeng la Ahad nanti...dapnya...sardin masih banyak kat rumah tu hasil dari MySara hari tu..masih x guna lagi...

    BalasPadam
  4. wah boleh lah buat lempeng besok. Mengoda sungguh ni. Terutamanya sambal sardin.

    BalasPadam
  5. lama tak makan lempeng cicah sardin ni sedapnya.

    BalasPadam
  6. Sy pun rindu celoteh SK 😌
    Sedapnya kak, lempeng cicah sambal sardin... Kecur

    BalasPadam
  7. Kalau Hamzah pun boleh cicah lempeng dengan sambal sardin.. memang tak pedas lah sambalnya tu.

    BalasPadam
  8. Masyaa Allah....sarapan kayangan nih....Kalau dapat tumpang semulut dua tak cukup ni....semua sangat menggoda selera nih

    BalasPadam
  9. Saya pun rindu SK juga. Lama dia menyepi.
    Sedapnya kak, lempeng cicah sambal sardin. Saya dah lama tak melempeng.

    BalasPadam
  10. Tersenyum kita sorang² membaca nama disebut di blog popular ni, Kak Amie. Lama tak melempeng, apalagi buat sambal sardin.

    BalasPadam
  11. Saya memang penasaran dengan rasa lempeng

    Kalau lihat dari bentuk , macam kulit risol. Tp kalau risol kan diisi dengan ragout ayam atau sayuran, lalu goreng. Tapi ini hanya dimakan kulitnya campur sambal ya kak.

    Makanya dah niat nak cari Juni esok pas saya ke KL

    BalasPadam
  12. Mula la rasa nak buat lempeng jugak ni kak

    BalasPadam