Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila dengar anak-anak akan pulang beraya. terujalah kami sediakan bahan-bahan masakan kegemaran mereka. Terlupa pulalah kami cuti anak-anak tidak lama dan sempena hari raya banyak pulalah undangan rumah terbuka keluarga dan sanak saudara. Jadinya, tidak sempatlah hendak masak dan menjamu selera anak-anak dengan air tangan sendiri.
Fuad beberapa mengingatkan agar dapat menyantap Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna. Itu permintaannya sejak bulan puasa. Amie sangka setelah siang dan malam makan di rumah terbuka raya, mungkin Fuad sudah terlupa Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna. Rupanya tidak! Malah berpesan lagi, sebelum balik ke Johor mesti makan nasi kuning!
Pada hari raya keempat, sempena rumah terbuka di rumah kami semuanya bekerjasama membantu mana yang patut. Anak-anak dan Encik Suami tidur setelah larut malam. Akibat keletihan, keesokan pagi Rabu, semua sambung tidur. Ketika itulah kita masak nasi kuning. Kami memang sudah beli seekor ikan tuna siap isi badannya dipotong lapan bahagian. Ada telur rebus tetapi tidak ada mentimun. Tidak apalah, sebab mentimun bukan bahan wajib sebagai pelengkap nasi kuning. Lagi pun tidak sampai hati hendak bangunkan salah seorang daripada mereka untuk ke kedai. Nasi kuning dengan sambal ikan tuna serta telur rebus pun sudah memadai.
Resipi Nasi Kuning Sambal Ikan banyak kali Amie kongsikan, antaranya di sini:
 |
| Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna |
Ketika masih dalam bulan puasa, Encik Suami gigih mengupas kulit udang. Amie pun.... setiap kali ternampak udang, beli sekilogram. Esoknya jumpa lagi, beli lagi. Akhirnya terkumpul tiga kilogram udang dalam peti sejuk. Kononnya hendak dijadikan cucur udang campur jagung, kudapan kegemaran anak-anak. Tapi pagi itu Amie hanya gunakan isi udang yang dibuang kulit dari seberat satu kilogram, berat asal.
Firdaus sudah berpesan, jangan bubuh sebarang serbuk penaik seperti baking powder atau soda bikarbonat dalam adunan cucur. Anak-anak lebih suka adunan yang dicampur dengan telur sahaja. Jadi seperti biasa, cukuplah adunan cucur berisi dua tin isi jagung, isi udang, bawang besar cincang, telur, garam dan serbuk Cukup Rasa.
Nampaknya Amie masih banyak masa di dapur dan sempat pula keluarkan dua bungkus sate. Satu bungkus sate ayam dan satu bungkus sate kambing. Apabila anak-anak ke dapur, Fuad bantu bakar sate atas kuali ajaib. Cadangnya hendak sediakan kuah kacang sendiri, tetapi tidak sempat pula. Rasa sate pun sudah cukup sedap tanpa kuah kacang!  |
| Nasi Kuing |
 |
| Sambal Ikan Tuna |
Sambal Ikan tuna kali ini agak kering sebab banyak mengelamun di dapur ketika memasak. Oleh kerana semua sudah bersedia di meja makan, jadi kaut sajalah sambal yang agak kering ini.
 |
| Telur Rebus |
 |
| Cucur Jagung dengan Udang |
Inilah satu-satunya kudapan yang tak pernah menjemukan selera anak-anak. Walaupun kita hanya dapat dua tiga ketul tapi sudah cukuplah. Hamzah pun ikut makan juga.
 |
| Sate Ayam |
 |
| Sate Kambing |
Hidangan ini merangkap sarapan dan makan tengah hari. Selepas zohor, kami berkunjung ziarah beraya di rumah abang ipar pula dan kemudian ke rumah bekas jiran kami. Sebelah malamnya kami beraya di rumah anak buah.
Sebenarnya tukang jahit terlupa hendak jahit baju raya Amie. Amie hantar enam pasang, tapi sehari sebelum raya apabila kami hendak ambil, katanya belum dijahit. Sangkanya Amie sudah ada baju raya sebab sebelum itu Amie memang tempah enam pasang juga tetapi itu untuk jalan-jalan ke Dubai - Jordan - Palestin.
Jadi pakai sajalah mana baju yang ada.... ahaks!
 |
| Semalam beraya di rumah kakak ipar. |
 |
| Hari ini masih beraya. |
Petang tadi sempat memenuhi undangan majlis perkahwinan adik bongsu kawan Encik Suami. Kemudian kami terus ke Silabukan, ada undangan rumah terbuka adik ipar pula. Seterusnya kami ke Seri Perdana, anak buah jemput untuk berBBQ.
Sedapnya nasi kuning.
BalasPadamSedap makan dengan sambal ikan.
PadamSelamat hari raya buat kak Amie sekeluarga... Rajin incikSuami masih lengkap berbaju melayu
BalasPadamYa, rajin pula dia pakai baju kurung dengan sampin.
PadamAiseyyy... lamunan terhentilah pulak😁
BalasPadamUishh sampai 12 pasang baju ditempah... Mesti penuh wardrobe Kak Amie, mujur juga boleh pakai untuk mengajar.
Cantiklah jubah hitam tu, berseri Kak Amie pakai.
6 pasang yang ditsmpah sebelum tu untuk travel.
Padamselamat hari raya kak amie...tiba2 dapat idea nak sarapan cucur jagung juga la pagi ni
BalasPadamwaahh cucur jagungggg mmg sllu mnjadi pujaaaann hati ehehe.. alamak tukang jahit boleh pulak lupa ye sbb ingtkan sis amie dah ada baju raya yg 6 psg sblm tu? alahai ehehe
BalasPadammenu jamu anak2 sedap semua
BalasPadamSebelum komen...nak bagitahu..
BalasPadamMALAM TADI SAYA MIMPI CIKGU DATANG RUMAH SAYA..hingga sekarang saya masih ingat dengan jelas mimpi tu..
Masyaa Allah...NASI KUNING yang ditatap dari blog ni dan dizikir hingga berkali dapat merasa di Tawau..Semoga ada eezeki lagi dapat makan Nasi Kuning di Sabah
selamat hari raya, masakan k amie tak pernah mengecewakan. tgk je dh tau pasti sedap
BalasPadamMesti berselera Fuad makan, setelah sekian lama teringin. Sebagai emak, mesti nak memenuhi permintaan anak juga kan kak, nanti dia orang dah nak balik ke sarang masing-masing.
BalasPadamSelamat hari raya, kak Amie. Minta ampun dan maaf selama kita kenal menerusi dunia blog ni ya, kak. 🤗
Rajin ye enche Majid beraya pakai baju melayu. Kita org hari raya pertama je yg lain baju biasa. Kalau solat jumaat hah ye
BalasPadamBanyaknya Akk tempah baju raya 😍
BalasPadamItulah ibu kan, kata nak masak nasi kuning sambal ikan je, sekali dgn sate, cucur semua keluar dari dapur :)