Pages

Khamis, 12 Mac 2026

Iftar 22 Ramadan 1447H - Makan Nasi Lauk Singgang Ikan Tuna

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ke-22 Ramadan ini Amie masak Singgang Ikan Tuna sebagai lauk makan nasi waktu berbuka puasa. Makan nasi lauk ikan singgang ini sudah tentu sedap kalau ada budu dan picitkan lada. Sudah lama Amie tidak beli budu. Yang ada hanya tempoyak. Bolehlah buat sedikit sambal tempoyak buat teman singgang ikan.

Oleh kerana masak singgang ikan sekali harung dengan kacang bendi, jadi tak perlulah masak sayur lagi.

Singgang Ikan Tuna

Hidangan Berbuka Puasa


Singgang Ikan Tuna

Ada tiga keping ikan tuna yang dibeli siap potong. Dua keping Amie masak singgang dan sekeping lagi Amie goreng. Kelmarin suka sangat tengok Firdaus makan Ikan Tenggiri Masak Cuka. Ada baki kuahnya yang Encik Suami simpan dalam peti sejuk. Amie panaskan dan masukkan ikan tuna goreng. Sudah tentu Firdaus suka.

Ikan Tuna Masak Cuka

Sambal Tempoyak

Nasi Putih

Mi Goreng Mamak

Memandangkan Fairuz kurang gemar makan nasi lauk ikan, Amie sediakan Mi Goreng Mamak. Firdaus pula makan kedua-duanya. Sedap pula Mi Goreng Mamak!

Longan Kering + Barli + Lo Han Guo

Hari ini cuaca sejuk. Amie sediakan minuman panas dengan merenih longan kering dengan barli. Amie tambahkan lo han guo untuk rasa manis.

Salad Campur untuk Encik Suami.

24 ulasan:

  1. Sedap pulak ada tempoyak tu. Berselera la makan nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Memang tempoyak tu buat tambah selera.

      Padam
  2. Cukup istemewa..amazing sajian..

    BalasPadam
  3. Waduh sedapnya semua menu akak tu...

    BalasPadam
  4. sama lah dgn Bong pon kurang suka makan lauk ikan kecuali ikan goreng garing & tuang sambal

    BalasPadam
  5. singgang makanan sihat. pair pulak dengan tempoyak, sedap ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Masak rebus-rebus begini memang sedap. Hirup kuahnya....aduhai!

      Padam
  6. Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki Allah. Semua sedap.

      Padam
  7. Ikan singgang, alahai macam lupa nak masak menu ni. Sedapnya ikan singgang Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terlupa ye Mulan.
      Boleh ba... masak bila-bila masa.

      Padam
  8. aduhhh... nengok bendi dalam singgang tu rasa cam nak ratah je.

    BalasPadam
  9. Lihat menu ikan singgang, saya langsung teringat sup ikan tuna yg saya makan di Maldives. Bedanya tak pakai okra atau bendi.

    BalasPadam
  10. Ada masak singgang...ada tempoyak...mak aiii...confirm makan bertambah ni

    BalasPadam