Pages

Sabtu, 4 Mei 2024

Minum Pagi dengan Powder Drink Lemon dari Turkiye

Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah alas perut pagi ini? Semoga dapat teruskan aktiviti sepanjang hari dalam keadaan yang selesa.

Pagi tadi Amie masak nasi kuning untuk sarapan kami bertiga. Seperti biasa kalau sarapan berat memang lebihkan kuantiti. Nanti boleh makan waktu tengah hari. Jadi, tidak perlulah masak lagi.

Minumannya pula, Amie bancuh Powder Drink Lemon dalam air panas. Boleh juga gunakan ar sejuk, atau tambahkan ais jika suka. Power Drink Lemon ini Amie beli sewaktu kembara ke Turkiye Februari 2024 lalu. Dalam satu bungkusan besar mengandungi enam jenis instant powder drink. Bulan puasa lepas sudah cuba satu bungkus perisa epal. Amie bubuh ais. Waduh....waduh! Rasanya sebiji seperti rasa minuman Zappel. Selepas itu, lupa hendak cuba perisa yang lain sehingga pagi tadi terpandang semula kotak-kotak instant powder drink sedang merenung kita di dapur minta dibancuh!

Kita pun ambil kota Powder Drink Lemon. Sesuai sangatlah digandingkan dengan nasi kuning sambal ikan tuna. Bolehlah cuci bersoh perut selepas makan.

Secawan Powder Drink Lemon



Tambahkan hirisan lemon segar.



Sekotak Powder Drink Lemon seberat 100gram dibancuh dalam teko.


Arahan yang diberi : 2 sudu dessert serbuk lemon bancuh dalam secawan air panas / sejuk.


Bungkusan berisi Powder Drink Lemon dalam kotak.

Isi kandungan Powder Drink Lemon seberat 100 gram yang dikeluarkan dari bungkusan.


Kalau ikut arahan, memang sedap sangatlah rasa minuman ini. Warnanya pun cantik. Sedap pada tekak Amie, tak tahulah tekak orang lain. Encik Suami pun suka. Tapi kalau sudah pernah rasa minuman lemonada di negara-negara Eropah, memang rasanya standard dengan rasa minuman lain seperti orange juice, apple juice dan yang sewaktu dengannya.


Powder Drink Lemon

Sepinggan Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna & Secawan Powder Drink Lemon


Resepi nasi kuning sudah banyak Amie kongsikan, antaranya di sini: NASI KUNING SAMBAL IKAN TUNA.

Menurut rakan-rakan dan penduduk tempatan di sini, kalau hendak masak nasi kuning biarkan nasinya agak 'melekit' dan tidak berderai. Biasanya mereka akan tambahkan segenggam beras pulut bersama nasi yang hendak dimasak. Dan lauk nasi kuning paling sedap sudah tentulah sambal ikan. Ikan yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sambal ialah ikan tuna. Biasanya itu sahajalah lauknya. Ada juga yang tambahkan telur rebus dan hirisan timun serta lauk-pauk lain.

Nasi Kuning

Telur Rebus

Sambal Ikan tuna

Pelangkap Sarapan : Buah Jambu Air Madu dan Betik


Sewaktu masak nasi kuning di dapur, teringat-ingat Fuad. Tempoh hari sewaktu balik beraya di LD, Fuad hendak makan nasi kuning sambal ikan tuna tapi kita tak sempat masak. Lagi pun masa sangat suntuk dengan bertandang raya ke rumah keluarga dan sanak saudara dan Fuad pun hanya lima hari beraya bersama kami sebelum terbang semula ke Pulau Pinang.

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Kak Amie. Maaf, lama tidak datang ziarah Kak Amie.

    Terliur saya tengok hidangan nasi kuning Kak Amie. Cantik betul warna air lemon tu.

    BalasPadam
  2. Lama tak tengok Kak Amie yang nasi kuning dengan sambal tuna. Lemon tu buat sy mengesip air liur.

    BalasPadam
  3. nikmatnye kalau dapat minum panas2...

    BalasPadam
  4. Air lemon tu nampak sedap... kaler cantik plak tu.
    Kat sini macam belum jumpa lagi instant powder drink.

    BalasPadam
  5. Tengah batuk teruk ni..nampak lemon tu rasa segar plak...eh..kena cari air lemon la macam ni...

    BalasPadam
  6. Issh ke apa saat saya ke turkiye tak jumpa powder drink ini yaaa. 😄

    Kalo nasi kuning pakai sambal begini, biasanya nasi kuning di daerah Sulawesi dan indonesia timur kak, yg mana orang2nya memang sarapan dengan nasi kuning selalu dan pakai sambal. Bisa sambal ikan cakalang, atau sambal kacang. Sedaap memang.

    Kalo nasi kuning di Jawa lauknya banyak tp sering tak pakai sambal hahaha. Makanya saya kurang cocok.

    Kalo sumatera pula pasti bersambal.

    BalasPadam
  7. Masak lebih, tak perlu dah bersusah payah nak masak tengahari kan. Tambah hirisan lemon, lagi bertambah segar rasa minuman power drink lemon tu kan. Tak ada rezeki Fuad. Takpe, next time dia balik boleh masakkan.

    BalasPadam