Pages

Jumaat, 3 Mei 2024

Cerita di Kotor Yang Tak Dapat Dilupakan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Montenegro  ialah satu republik di rantau Balkan yang terletak bersebelahan Laut Adriatik. Montenegro bersempadankan negara Bosnia and Herzegovina di sebelah utaranya, negara Serbia di timurnya, negara Albania di sebelah selatannya, dan negara Croatia di baratnya.  Nama negara ini merupakan pinjam terjemah istilah bahasa Venezia 'monte negro'  Crna Gora yang bermaksud 'gunung hitam' iaitu hutan belukar hitam yang pernah meliputi bukit-bukau Alp Dinari  sebagaimana yang dapat dilihat di persisiran pantai.

Bendera Montenegro 2004 hingga kini.


Bendera Montenegro 1993-2004


Republik Sosialis Montenegro
Bendera yang digunakan sehingga 1992 apabila Montenegro merupakan sebuah wilayah di dalam Republik Bersekutu Sosialis Yugoslavia.


Bendera lama Montenegro yang digunakan sejak pemerintahan para putera sehingga 1910.


Permukaan bumi Montenegro terdiri dari kemuncak-kemuncak tinggi di sepanjang sempadannya dengan Kosovo dan satu segmen Karst  bahagian barat semenanjung Balkan di Albania, sehingga ke satu tanah rata sempit yang hanya berkeluasan satu sehingga empat batu. Tanah rata berhenti secara tiba-tiba di utara, tempat terdapatnya Gunung Lovcen dan Gunung Orjen yang mempunyai lembah curam hingga ke Teluk Kotor.

Islam di Montenegro merupakan agama terbesar kedua setelah agama Kristian Ortodoks Timur. Pada tahun 2012, terdapat sebuah undang-undang yang mengesahkan Islam untuk dijadikan salah satu agama negara di Montenegro. Montenegro juga memastikan makanan halal disediakan di kem tentera, hospital, asrama dan tempat kemudahan sosial lain. Negara ini turut membenarkan wanita Montenegro untuk berhijab di sekolah dan tempat umum serta cuti pada hari Jumaat untuk membolehkan penganut Islam menunaikan solat Jumaat.

Sekarang kami akan dibawa menyeberang Kotor Bay dari Pelabuhan Kamenari dengan menaiki feri. Menurut TGB sekiranya melalui jalan darat, bas akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Kotor tetapi sekiranya menaiki feri, hanya memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja.


Kenderaan sedang dalam barisan untuk naik ke feri. Tiket naik feri boleh dibeli di pondok tiket.



Pemandu bas kami sudah beli tiket di pondok tiket dan bas sudah bersedia untuk bergerak masuk ke perut feri.

Ruka Pravde Ferry

Inilah feri  bernama Ruka Pravde yang akan membawa kami menyeberang Teluk Kotor.


Ketika berada di dalam feri, kami tidak dibenarkan turun dari bas memandangkan masa yang sangat singkat untuk sampai ke Lapetane Ferry Terminal. Bagaimana pun rasa bahang panas tidak tertahan kerana apabila enjin bas dimatikan, penyaman udara mati sama. Mulalah kami bising minta hidupkan penyaman udara atau dibenarkan buka tingkap bas. Apabila kami diberi kebenaran buka tingkap bas, barulah rasa berangin dan kuranglah kepanasan seperti duduk dalam oven!


Dapatlah tangkap beberapa keping gambar dalam tempoh 10 minit duduk dalam bas yang dibawa ke seberang oleh Ruka Pravde Ferry.


Antara pemandangan sekitar teluk yang sempat 'ditangkap'.


Alhamdulillah. Bas sudah melepasi Kotor Bay.


Perkhidmatan feri melintasi Kotor Bay memendekkan perjalanan seperti ke Podgorica, Ulcinj, Bar, Budva dan Tivat.



Bas meninggalkan jeti dan terus menuju ke Kotor.


Walaupun gambar jarak jauh tetapi tetap hendak tangkap juga sebagai kenang-kenangan. Sewaktu berada di dalam bas (dalam feri) tak dapat tangkap gambar sebab pemandangan yang teluk yang cantik berada di sebelah kiri, sedangkan Amie duduk di sebelah kanan bas dan hanya dapat memandang laut lepas.









Hebatnya itik Montenegro berenang dan bermain di laut!



Sebelum bas sampai ke bandar Kotor, beberapa orang peserta rombongan tidak dapat menahan untuk qadha' hajat. Mereka meminta TGB membenarkan pemandu bas berhenti di mana-mana stesen minyak atau restoran. Mungkin mereka tidak sempat mencari tandas sewaktu berada di Old Town Dubrovnik.


Tidak lama kemudian pemandu bas berhentikan bas di stesen minyak. Berpusu-pusulah rakan-rakan rombongan turun dari bas berlarian menuju ke bilik air.


Sayangnya mereka tidak dibenarkan qadha' hajat di situ. Terpaksalah naik semula ke dalam bas. Amie pula, barangkali sudah 'selesaikan' di bilik air masjid di Dubrovnik, jadi tidaklah terasa sangat hendak masuk ke tandas lagi.



Bas meneruskan perjalanan, dan berhenti lagi di sebuah stesen minyak. Entah apa ceritanya, tak dapat juga menunaikan hajat di situ. Naik lagi masuk dalam bas.



Aduhai!. Beberapa orang peserta yang sudah tidak tahan, meminta bas berhenti di hadapan restoran. Mereka berlarian ke restoran, tetapi tidak dibenarkan juga qadha' hajat. Melihat keadaan mereka, kita pula yang rasa 'sakit' perut!


Akhirnya TGB memberitahu bahawa kami boleh mengurus perut masing-masing di sebuah pasar raya. Sebaik sahaja bas berhenti, memang sebahagian besar peserta menyerbu masuk ke shopping centre di situ.


Sesungguhnya Amie pun ikut meremang bulu roma melihat keadaan beberapa orang rakan yang menahan isi perut dari terburai! Barangkali kalau terkena diri sendiri, bukan sahaja meremang bulu roma tapi ikut tergigil-gigil!


Inilah pasar raya yang berjasa besar kepada peserta rombongan yang mengalami darurat di dalam bas! Namanya Shopping Centre Kamelija.

Shopping Centre Square Mata Petrovića, Kotor, Montenegro

Bergambar di sebelah pintu masuk Shopping Centre Kamelija sementara menunggu kawan-kawan keluar dari pasar raya.

Memang rasa seram sejuk kalau terpaksa menahan isi perut dari terburai ketika mengembara. Amie pernah mengalaminya sewaktu jalan-jalan ke Sidoarjo - Surabaya 2019! Rasa setengah mati.....!

Sekian.
Cerita dari Kotor yang diharapkan tidak akan berulang kepada sesiapa pun!

8 ulasan:

  1. Jenuh juga la nak menahan sepanjang perjalanan tu ..tak dapat bayangkan ..

    BalasPadam
  2. Saya bisa bayangkan kaaak 🤣. Apalagi saat cuaca sedang sejuk kan. Makinlah macam tak bisa ditahan. Walau pun minum tak banyak, tapi Krn dingin biasanya ttp akan sering ke toilet. Terlebih pula kalo nak buang air besar. Merinding disko itu 🤭

    BalasPadam
  3. Baru tahu adanya saudara Muslim kita di Montenegro subhanallah. Selama ni ingat negara ni tak ramai Muslim...
    Kenapa ye tak dibenarkan? Terlalu ramai yg berhajat ke? Huhu ...

    BalasPadam
  4. Fuhh, saya pun cemas sama baca tentang ahli2 rombongan yang terpaksa menahan tu… berapa kali tertangguh tak dapat tunai hajat 😅

    BalasPadam
  5. Walaupun 10 minit perjalanan dengan feri dan aircond off berpeluh2 tu. Panik juga dibuatnya.
    Mujur driver bas ada toleransi.

    Aduhhh.. boleh dibayangkan situasi perlu ke tandas tu huhu

    BalasPadam
  6. Dapat SA bayangkan macam mana rasa sekasanya tu..sedangkan sakit perut dalam komuter pun boleh menggigil- gigil menahan...

    BalasPadam
  7. Fuhh..mati enjin, mati air cond rasa tak bernafas lah pulak. Nasib baik juga dibenarkan buka tingkap lepas tu. Adududu, jenuh nak menahan dari terburai tu. Terasa kesakitan tu. Yang pernah rasa je faham macamana kan.

    BalasPadam