Bismillahirrahmanirrahim.
Sekiranya anda berpeluang kembara ke Balkan, jangan lupa singgah di Kotor Old Town di Montenegro yang dibina abad ke-12 hingga ke-14. Namanya saja Kotor tetapi bandarnya sangat bersih dan cantik. Ketika kami bertemu dengan tour guide tempatan yang memandu kami ke Kotor Old Town, beliau berkata bahawa perkataan 'kotor' mempunyai makna yang berbeza bagi pelancong dari Malaysia. Oh, rupanya orang Kotor sudah tahu apa maksud kotor dalam bahasa kita.
Peta Kotor Old Town |
Tourist Information Centre |
Tour Guide Kotor memberikan kami peta Kotor Old Town sebagai panduan lanjut. Nampaknya sekali imbas melihat peta tersebut, kami memerlukan masa sehari untuk meneroka tembok kota lama melalui pintu (1) The Sea Gate di sebelah barat, (2) The River Gate di sebelah utara dan (3) The Gurdie Gate dan di sebelah selatan Kotor Old Town. Seimbas pandang, kota lama ini berbentuk segi tiga.
Panduan lengkap yang boleh dibaca dalam peta untuk dilawati termasuklah 20 kubu pertahanan seperti:
- Castel St. John IIIyrian Fort
- The Small Fort
- Kontarini Tower
- Riva Bastion 1516
- Kampana Tower and Citadel
Disenaraikan juga sejumlah besar gereja dan biara serta istana lama. Bagi yang berminat bolehlah membuat kajian awal untuk memperuntukkan waktu yang mencukupi apabila berada di sini. Salah seorang rakan blogger kita dari Indonesia yang sangat berminat dengan aktiviti kembara sudah tentu teruja untuk datang ke sini. Jadi, untuk Blogger Fanny_dcatqueen, Amie dedikasikan entri ini dengan sedikit info untuknya. Semoga hasrat Fanny untuk kembara ke negara-negara Balkan di bahagian Eropah Tenggara akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Amin. Amie cadangkan Fanny bermalam di Old Town Kotor. Banyak hotel dan tempat penginapan di kota lama ini. Bolehlah merasai sendiri pengalaman berada di tempat klasik ini.
Bagi kembara solo atau yang tidak terikat dengan pakej pelancongan sudah tentu akan berpuas hati dapat menjejaki dan merakam gambar sepanjang berada di tempat-tempat menarik di negara ini.
Apabila terbaca Kamelija Shopping Centre memang tidak boleh lupakan bagaimana rakan-rakan rombongan berlarian menuju ke kamar kecil! Ya, Kamelija Shopping Centre merupakan harapan dan tempat terakhir untuk selesaikan masalah mereka! Terima kasih banyak-banyak untuk Tour Guide Kotor yang menunjukkan tempat tersebut.
Tour Guide Bosnia (TGB) yang berkasut coklat. Tour Guide Kotor berkasut hitam. |
Kami memulakan perjalanan ke Kotor Old Town dengan memasuki pintu tembok pertama iaitu Sea Gate.
Ada dua buah meriam diletakkan di kiri kanan Sea Gate.
Mungkin beginilah gambaran perthanan kota lama ini di zaman kegemilangannya dahulu.
Kami sudah melewati Sea Gate dan berada di dataran Kotor Old Town.
Mata akan terus tertumpu ke arah bangunan jam gaya Baraque dan Gothic yang dibina pada tahun 1602. Bangunan jam ini dibina semula pada tahun 1979 akibat gempa bumi.
Jam gaya Baraque dan Gothic. |
Sebagaimana tersusun dan indahnya pemandangan Dubrovnik Old Town di Croatia yang kami lawati di sebelah pagi, beginilah keadaannya Kotor Old Town di Montenegro yang sedang kami kunjungi di sebelah petangnya. Kedua-duanya merupakan kota lama yang terdiri daripada kubu pertahanan atau tembok di luar kota. Kedua-duanya juga diangkat sebagai tapak warisan dunia UNESCO kerana memiliki budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
Marilah kita jalan-jalan melihat persekitaran kota lama yang dilindungi tembok segi tiga sepanjang 4.5 kilometer dengan tiga pintu masuknya itu. Dalam entri seterusnya Amie akan paparkan gambar-gambar tembok dan kubu yang dibina pada zaman Empayar Byzantine dan diperkukuhkan pada Zaman Veneticians apabila Kotor menjadi kubu pertahanan terkuat di Adriatik.
Kotor Old Town yang letaknya di persisiran pantai Montrenegro dilengkapi dengan hotel, restoran dan pelbagai jenis kedai.
Banyak kucing di sekitar Kotor Old Town. Semuanya kelihatan sihat, comel dan gebu!
Rupanya di sini ada Muzium Kucing! Tapi kami tidak masuk ke sana.
Banyak pula cendera hati berbentuk kucing di setiap kedai souvenir yang kami singgahi.
Banyak pula cendera hati berbentuk kucing di setiap kedai souvenir yang kami singgahi.
Nampak tak kucing sedang duduk atas tembok di sebelah kiri lorong dalam gambar ini? |
Banyak juga hotel di kota lama ini. Tak dapat bayangkan suasana di dalamnya. Adakah gaya moden atau klasik seperti bilik dalam istana lama?
Antara kedai cendera hati yang ada di sini.
Jumpa kucing lagi!
Square of Arms |
Apartment |
Susunan batuan pejalan kaki nampak sangat kukuh walaupun sudah berusia berabad lamanya!
Kami memperuntukkan masa lebih kurang 20 minit di kedai cendera hati untuk melihat-lihat dan kalau berkenan sudah tentulah akan kami beli untuk kenang-kenangan.
Tiba masanya untuk kami keluar dari kota lama melalui Sea Gate.
Sementara menunggu semua berkumpul, ada yang mengambil kesempatan untuk makan. Sekarang sudah pukul empat petang. Baru tersedar, perut sudah mula berkeroncong.
Di luar Kotor Old Town banyak restoran, kedai dan pesisir pantai.
Rasa haus memang sudah tidak boleh dibawa bincang. Rasa lapar masih boleh ditahan! Syukurlah ada gerai berhampiran. Marilah ke sana. Mana tahu ada air minuman botol.
Fridge Magnet |
Selain beli minuman botol, sempat juga beli fridge magnet. Sekeping 3 EURO, harga mati.
Air mineral pula sebotol 500 ml berharga 1.5 EURO - RM8.50 sen. Meraba-raba dalam beg sandang, terjumpa sebungkus kacang yang dibeli di Bosnia and Herzegovina. Itu sahajalah alas perut untuk petang tersebut.
Air Mineral dan Kacang Panggang |
Sebenarnya inilah kali pertama Amie ikut pakej pelancongan yang tidak menyediakan makan tengah hari untuk peserta. Para peserta kena bawa atau beli sendiri makanan masing-masing. Sudah tentulah kami bersedia dengan wang dan mengharapkan untuk beli makanan sahaja.
Pengalaman begini sudah tentu mengingatkan kami supaya lebih peka tentang keperluan makanan apabila tiba masa untuk makan supaya tidak timbul perut masuk angin dan sebagainya. Sekiranya pakej yang ditawarkan lengkap makan sarapan, tengah hari dan malam sudah tentu tidak akan menimbulkan sebarang masalah seperti pakej-pakej melancong yang pernah kami sertai sebelum ini.
Apa pun, kami anggap semuanya sebagai satu pengalaman baharu. Memang kena sediakan bekalan sendiri sebagai alas perut sekiranya lewat waktu makan.
Kotor bagi kita lain pulak maksudnya, hihi.
BalasPadamkotor itu bersih :D
BalasPadamLaluan pejalan kaki antara bangunan tu punya lantai yang bersih dan berkilat walaupun ia agak lama. Mungkin di sana kurang berdebu.
BalasPadambersih betul Kotor ni ye Kak Amie...cantik setiap sudut..kalau SA ada kat situ memang dah penuh gallery camera dengan ootd SA
BalasPadamAisssh tengkiuuuuuu kak Amie. Baik sangat dah kasih juga peta nya. Sangat berguna kalo saya kesana 😍😍😍. Langsung save lah link tulisan ini.
BalasPadamMemang kota tua di mana2 itu menarik 👍.ini pun ingatkan saya dengan old town di Azerbaijan. Saya suka tipe wisata ke kota tua begini. Krn terbayang seperti apa megahnya mereka dulu.
Bangunan berbatu begini sangat cantik kalau digambarkan. Memang beruntung sangat kalau pergi sini tanpa terikat dengan rombongan lawatan. Dapat berlamaan untuk explore lebih lagi. Kawasan pulak tu luas. Aduhaiii, kesian perut terpaksa menahan lapar. Kenalah beli makanan sendiri. Patut beritahu awal-awal supaya senang sediakan bekalan makanan.
BalasPadam