Bismillahirrahmanirrahim.
Salam kedamaian dari Borneo.
Sarapan apa pagi ini?
Nampak paparan Nasi Kuning Sambal Ikan tuna, tapi itu tipu. Bukan sarapan pagi ini tapi sarapan kelmarin pagi yang baru hendak dijadikan entri.
Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna |
Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna |
Untuk resipi dan cerita Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna dan sambal yang sewaktu dengannya bolehlah rujuk di sini:
Sambal Ikan Tuna |
Nasi Kuning Goreng |
Encik Suami simpan lebihan nasi kuning kelmarin. Pagi ini kita buat nasi kuning goreng untuk sarapan. Selepas zohor nanti kami akan memenuhi undangan ke majlis kahwin. Jadi, tak perlu masak untuk hidangan tengah hari.
Nasi Kuning Goreng |
Selepas sarapan, jalan-jalan ke Taman Firdaus melihat Encik Suami cabut rumput dan cantas ranting pokok limau nipis. Epal bidara banyak berbuah tapi sebahagiannya busuk. Kalau musim hujan memang buah bidara akan busuk di tangkai sebelum sempat matang sebab terlalu banyak mengandung air.
Encik Suami petik bunga telang. Katanya sudah dua hari tidak menuai bunganya. |
Ya Allah sedaaap 😍😍😍😍. Nasi kuning macam nih lah yg saya suka. Ada sambalnya ❤️❤️
BalasPadammenyerlah betul warnanya kak... kalau bau tu kompem harum smpi ke sini
BalasPadamBerselera makan kalau tengok hidangan macam ni kak Amie. Mahu bertambah makan ni. hihi...Tak putus-putus ye bunga telang Kak Amie tu. Alhamdulillah...rezeki.
BalasPadam