Bismillahirrahmanirrahim.
Oleh kerana setiap hari Pak Herman membawa kami ke rumah makan Padang / Minang dari Padang, Jambi, Palembang sehingga ke Jakarta, rasanya kami sudah makan sebahagian besar pelbagai menu masakan tersebut!
Dan sewaktu sarapan di Petamburan, rumah makan Padang jugalah yang Pak Herman pilih untuk kami.
Rumah Makan Padang Raya |
Rumah Makan Padang Raya ini agak sempit. Sebahagian daripada kami terpaksa duduk menyelit di bahagian belakang. |
Masakan yang tersedia sudah tentu masih segar dan panas.
Nampaknya kami kena ambil sarapan berat iaitu nasi dan lauk.
Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan, jadi rambang mata jugalah untuk memilih.
Kena isi perut kenyang-kenyang sebab sebentar lagi kami akan meronda Jakarta. |
Amie memilih kepala ikan kakap, tapi tak tahu jenis masakan apa. Ambil juga sambal petai campur jering, ditambah tempe terung goreng dan sebagainya. |
Nano dengan ikan keli goreng berpisah tiada. |
Alhamdulillah. Selesai sarapan nasi Padang. |
Apabila melihat gambar-gambar ini rasa rindu pula suasana di Jakarta ketika itu. Sekarang sudah tiga bulan kenangan ini berlalu, namun tetap manis dalam ingatan!
Terima kasih geng kaki jalan. Kalian teman terbaik di dunia! |
Asyik ya, Ami. Keliling Indonesia. Kok gak singgah di Jambi?
BalasPadamAda kami singgah dan bermalam di Jambi, Ibu Nur.
PadamPerjalanan kami bermula dari Padang - Jambi - Palembang - Jakarta.
Rasanya pengen saya cubiiit pipi pak guide, kenapalah semua resto Padang dibawanya 🤣🤣🤣.
BalasPadamNanti kalo kakak ke JKT lagi, bagi tahu sayalah. Saya ajak ke tempat kuliner khas Jakarta 😘. Jakarta pun ada makanan khas sendiri. 👍
yang macam masak berlado tu apa kak?
BalasPadamMemang kena makan kenyang-kenyang biar masa meronda tak sempat lapar. Mujur lauk pauk disana tak jauh beza dengan sini. Menu pun menyelerakan.
BalasPadam