Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila dipujuk dan dirayu, akhirnya Amie mengalah. Akibat selalu bawa ubi rebus dan sambal tomato ke tempat kerja, kawan-kawan minta Amie jual sambal tomato! Aduhai.... bab jual-menjual ini memang kita lemah. Untuk tidak menghampakan permintaan mereka, Amie masak sambal tomato tapi Amie tidak jual. Amie berikan saja kepada yang suka sangat makan sambal tomato hasil air tangan Amie.
|
Untuk tahan lebih lama, kena lebihkan minyak sewaktu memasak sambal tomato. Boleh buangkan minyaknya ketika hendak makan. |
|
Ubi rebus yang selalu kita bawa ke tempat kerja. Sedap kalau makan dengan kelapa parut! Tapi makan dengan sambal tomato pun tidak kurang sedapnya. |
Resipi sambal tomato ada di bawah ini:
Gambar-gambar di bawah ini merupakan bahan-bahan untuk memasak sambal tomato. Amie tidak gunakan sukatan khusus. Main campak-campak dan ikut gerak hati saja. Kalau hendak lebih pedas gunakanlah cili padi kampung sepenuhnya. Kalau tak mahu pedas, gunakan saja cili merah atau cili padi minyak dan lebihkan tomato. Tomato yang Amie gunakan ini lebih satu kilogram.
|
Bahan untuk memasak sambal tomato. |
|
Oleh kerana tidak ada udang kering, Amie gantikan dengan udang geragau kering. Boleh gunakan belacan juga. Jika arlegik belacan, gantikan dengan ikan bilis yang dikisar halus. |
|
Sambal tomato bertambah sedap kalau gunakan banyak bawang merah. Jika suka rasa masam sedikit, tambahkan asam keping atau pati asam jawa. Jadi, nanti lengkaplah rasa sambal tomato yang sempurna rasa masam, manis, masin dan pedas. |
|
Cili padi minyak dan cili merah. Kalau boleh jangan kisar terlalu lama sehingga hancur lebur sebab kadang-kadang biji cili boleh menyebabkan sambal jadi pahit. Asalkan hancur macam kita nak buat sambal belacan, cukuplah. Nanti cili akan lebur juga sewaktu dimasak. Untuk menghasilkan sambal tomato yang sedap, kenalah masak gunakan api perlahan dan lama sedikit. |
|
Gunakan tomato yang sudah masak ranum. |
|
Tambahkan rasa manis dengan gula melaka. |
|
Minyak masak kena sediakan lebih. Nanti kalau sudah masak dan sambal terbit minyak, bolehlah buangkan minyaknya. |
Sedap ubi dengan sambal tomato ni. Alaa jauh nya kita, kalau dekat memang nak mintak jugak, mintak nak beli sebekas :)
BalasPadamBoleh pos ke Malaya ke Kak Amie ahak!
BalasPadamNanti sy nak cuba buat, kebetulan ada stok udang geragau agak banyak...
Hihihi.. dulu kwn2 kak amie mtk open order bubur kacang hijau.. skrg sambal tomato pulak.. alhamdulillah Allah bg sedap sampai semua suka
BalasPadammemang sedap la lawankan dengan ubi kayu rebus tu kak
BalasPadamsedap tu mkn ubi rebus panas2 cicah sambal tomato tu....biasa mkn ubi rebus yg cicah kelapa tu
BalasPadamMemang sedap la makan dengan ubi kayu... nak pula makan time hujan.. hehe
BalasPadamBanyaaaak rezeki kak Amie nanti, sering berbagi dengan rekan2. Terkadang saya sering ketemu teman seperti kak Amie. Kaka ipar saya pun seperti itu. Pintar memasak, enak2 masakannya. Tapi tiap kali saya bilang saya nak beli, dia tak nak jual, tapi bagi langsung. Tapi membuat saya kadang, jadi tak enak minta lagi 🤣. Padahal memang teringin sangat, tapi tahu kalo bilang begitu, dia tak mau jual.
BalasPadamMakan gorengan dengan sambal, ini mirip kebiasaan orang2 di pulau Sulawesi. Mereka makan pisang goreng, ubi dengan sambal.
Dulu saya tak terbayang rasanya Krn di Sumatera dan Jawa, itu sesuatu yg tak lazim. Tapi setelah coba sendiri, memang sedaaap 🤤❤️. Sejak itupun saya suka makan gorengan dengan sambal.
Kita pun tak pandai berniaga. Kalau ada yang request bagi je buat ghaso-ghaso gitu. Confirm sedap sambal tomato kak Amie ni. Itu yang ramai minta jual. Tengok pun dah menyelerakan. Memang sedaplah ubi rebus cicah sambal tomato style Kak Amie ni.
BalasPadamwadhhh kak kecurrr sy dibuatnyaaaaa
BalasPadamdah laa x sarapan lagi niiiiii
sambalnya bikin meneguk liur...mbul cobain ah recipenya
BalasPadamSedapnyaa ubi rebus makan time hujan ni
BalasPadammesti sedap nih! hehehe... rajin kak amie buatkan
BalasPadamSambal Tomato ALK ni kalau bergabung dengan Sambal Nyet KA....meletop ni...saya akan order siap-siap...hihihi
BalasPadamubi rebus dan sambal memang gandingan mengancam..
BalasPadampernah cuba buat tapi x menjadi...kena berguu dengan kak amie ni...
BalasPadam