Pages

Khamis, 14 Disember 2023

Oppsss..... Tersalah Minum Kopi Tarik Firdaus!

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada pun pada suatu petang yang panas, beberapa minggu lalu kami bawa Firdaus makan di Perdana Square. Sewaktu memesan makanan dan minuman, Firdaus memilih Kopi Tarik Sejuk! Budak kecil hendak minum kopi? Kita beri pilihan lain seperti minuman coklat, tapi dia hendak minum Kopi Tarik juga. Suka hati kamulah Firdaus. Kita pula memesan Teh Tarik Sejuk, manakala Encik Suami lebih berminat dengan Lemon Red Tea.

Kopi Tarik Sejuk VS Teh Tarik Sejuk!

Teh Tarik Sejuk

Kopi Tarik Sejuk

Teh Tarik Sejuk

Apabila sampai satu kole minuman sejuk, Amie pun terus ambil straw dan sedut. Tiba-tiba Firdaus kata : Mommy minum air Daus! Tapi, kita rasa itulah minuman yang kita pesan. Kemudian datang satu kole lagi dengan buih-buih warna kurang gelap dari buih dalam kole yang sedang kita sedut!

Alamak! Rupanya kita sudah tersalah minum, Memang betul, yang kita minum itu Kopi Tarik Sejuk Firdaus punya! Kita pun soorong ke depan Firdaus.

Sekarang dapatlah Firdaus sedut Kopi Tarik Sejuknya!

Mix Platter - wantan goreng, nugget ayam dan sosej.

Amie - Salted Egg (Fish) # Butter Rice

Firdaus - Jumbo Chicken Chop # Butter Rice

Encik Suami - Lemon Red Tea

Encik Suami - Jumbo Chicken Chop # Gon Lou Mee

Habis juga Firdaus sedut satu kole Kopi Tarik Sejuk!

14 ulasan:

  1. Tengok Firdaus order, nak buat la kopi tarik lepas ni tp yang panas lah sebab hujan sini.

    BalasPadam
  2. nasib Daus cepat perasan kalau tak mau habis satu kole mommy sedut hehe

    BalasPadam
  3. Kesian daus nasib dia x nangis.. haha

    BalasPadam
  4. boleh tahan pandai dia minum kopi tarik ye.... mommynya pun laju je sedut air bukan nk usha dulu kan, rugi air Daus sikit heheheh

    BalasPadam
  5. Hahahahaha daus miriiiip anak saya, suka kopi 😅. Anak bungsu saya yg lelaki pun suka kopi kak. Saya izinkan minum, asal jangan tiap hari. Terserah kalo sudah besar nanti, tapi kalo skr seminggu sekali lah 😄

    BalasPadam
  6. Sejak bila tu Daus suka minum kopi. Tiba-tiba minta kopi. hihi..tukar selera ye. Mujurlah mommy tak minum habis air Daus. Hehe...

    BalasPadam
  7. hahahaha sori firdaus...mommy sebenarnya nak kopi tarik tu tapi dia salah order hahahaahahahha #gurau

    BalasPadam
  8. heheheh mummy nk rasa dulu sedap ke tidakkk

    BalasPadam
  9. lama x nampak mana restoran hidangkan minuman guna koleh..ni konsep restaurant ni rasanya kan kak

    BalasPadam