Bismillahirrahmanirrahim.
Jom tambah ilmu tentang hidupan akuatik yang pelbagai. Maha Suci Allah yang menjadikan segala makhluknya dengan keunikan yang tersendiri. Kalau namanya manusia, kita dapat dapat mengenali dari rupa bentuk dan bangsa yang berbeza. Begitu juga makhluk ciptaan-Nya yang lain. Kita ambil contoh keluarga burung yang terdiri daripada ayam, itik, angsa dan beribu spesies burung yang lain. Di lautan pula, sudah tentu tidak terjangkau oleh hayalan betapa banyaknya makhluk yang mendiami 70.8% permukaan bumi yang tertutup oleh air.
Kalau disebut ikan kerapu, banyaklah bilangan ahli keluarganya dari kerapu bara sehinggalah kerapu belang! Kalau disebut udang, pelbagailah jenisnya pula daripada udang kertas sehinggalah udang bemban!
Kali ini kita cerita tentang ikan sulig @ jepun lagi. Banyak kali jugalah Amie paparkan perihal ikan sulig atau keluarga sebelah Encik Suami panggil dengan nama ikan buntut kuning.
Baru-baru ini Amie jalan-jalan ke Eco Fresh di Sri Perdana. Tiba di hadapan longgokan ikan, Encik Suami kata : Ini jenis ikan sulig.
Amie kata, bukankah ikan sulig warna kuning terutama ekornya?
Encik Suami kata, ikan sulig banyak jenis.
Kemudian Encik Suami berbual dengan penjual ikan di situ. Menurut penjual ikan itu, memang ikan tersebut sama dengan ikan sulig, dan yang membezakannya hanya bentuknya yang kurang pipih serta warnanya.
Ikan Sulig @ Jepun |
Ikan sulig (gambar atas) dengan ikan sulig (gambar bawah).
Apabila diperhati betul-betul, ada yang berekor merah dan kebiru-biruan. Barangkali boleh kita namakan:
Walaupun ada beza sedikit dari segi bentuk badan dan warna tetapi mata dan muncungnya tetap sama. Isinya? Isinya warna putih dan lembut. Kalau hendak dijadikan lauk, sedap digoreng saja. Kalau hendak buat serondeng ikan yang sedap, eloklah pilih ikan ini. Biasanya MIL akan tambahkan isi ikan tenggiri untuk menghasilkan serondeng ikan.
Sekian.
Perkongsian tentang ikan di laut Sabah untuk kali ini.
Kak Amie, ikan ni dah jadi ikan fav SA...
BalasPadamSedap kan SA.
PadamGoreng saja pun sudah cukup menyelerakan.
Ilmu baharu bagi seorang Mrs. A.
BalasPadamTerima kasih di atas perkongsian ALK.
Goreng pun sodap hehehee...
Ya, goreng saja pun sedap. Garing di luar, isinya tetap lembut.
Padam1st time dgr nama ikan sulig...ada 3 color kt ekor tu ye jenis ikan ni
BalasPadamSetakat ini jumpa tiga warna di bahagian ekor.
PadamTak pasti, mungkin ada lagi keluarganya yang lain.
tak pernah jumpa di semenanjung ni kak, nampak cantik bulat2 je ikannya
BalasPadamMungkin ada, tapi Dana belum jumpa.
Padamwahh nama ikan sulig baitu mesti sedap buat serondeng 👍👍
BalasPadamAmboi.... Wak Lat bah itu!
Padamikan2 ni uncle tak kenal sangat... tau makan je....
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSalut lah dengan Orang2 yang bisa membedakan jenis2 ikan ini. Saya sendiri tak paham. Palingan hanya ikan yg bentuknya memang berbeda macam hiu, pari, paus, barulah tahu 😄
BalasPadamHehehee... kalau tinggal di Semenanjung Malaysia (Barat) mungkin saya tidak jumpa pelbagai jenis ikan seperti di Malaysia Timur.
PadamWarna-warni ikannya kan.
BalasPadam