Pages

Ahad, 26 November 2023

Suka Sangat Makan Dumpling Fried!

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada dua jenis kudapan yang sangat kita suka kalau berkunjung ke DOZO Restaurat di Sri Perdana iaitu wantan  dan dumpling goreng. Kalau Firdaus ikut, kami pesan kedua-duanya dan tambah lagi menu kegemarannya seperti jejari ayam dan kentang goreng. Kalau hanya Amie dengan Encik Suami, kami hanya pesan sejenis sahaja sebagai hidangan sampingan.

Entri kali ini, hanya Amie bersama Encik Suami sahaja yang datang ke sini. Kalau tak silap, dua minggu yang lalu sewaktu makan tengah hari.

Dumpling Fried

Amie : Beef Claypot

Encik Suami : Wat Dan Ho (Chicken)


Nampak macam sedap jew Wat Dan Ho Encik Suami. Encik Suami pelawa kita makan, tapi kita tolak sebab kita asyik kunyah Dumpling Fried, dan takut tak dapat habiskan Beef Claypot.

Encik Suami : Ginger H.K Milk Tea

Amie : Thai Red Tea

Terpaksa minta bantuan Encik Suami untuk habiskan Beef Claypot.

Dumpling Fried kesukaan!


12 ulasan:

  1. Dapur di luar lagi nampaknya, Kak Amie 😋

    BalasPadam
  2. SA sukaaa!!!fav SA ni makanan macam ni

    BalasPadam
  3. dumpling suka yg jenis steam...menu en husband tu menarik...thai red tea tu yummyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo minat yang steam punya ye.
      Yang digoreng itu saya punya minat hihihiii.

      Padam
  4. Fried dumpling sedaaaap. Biasa kami sebut juga pangsit goreng. Tapi terkadang ada juga yg kulitnya tak renyah, atau keras, lalu isinya sedikit 🤣. Memang tak puas. Saya suka kalo kulitnya renyah, isinya banyak. Manteeep 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap kan Fanny.
      Itu pasal kalau datang ke sini mesti selit pesanan fried dumpling.

      Padam