Pages

Isnin, 27 November 2023

Songket Palembang : Museum Zainal Songket

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom kita berkenal-kenalan dengan Songket Palembang di Museum Zainal Songket. Sebelum itu kita telusri kawasan di Asia Tenggara yang terkenal dengan seni songketnya. Mana tahu ada yang berminat untuk membandingbezakan seni songket Nusantara ini.
  • Malaysia
    - Kota Bharu, Kelantan
    - Terengganu
    - Pahang
    - Sarawak - Sungai Rajang
    - Johor
    - Perak
    - Kedah
  • Indonesia
    - Sumatera Barat - Songket Minangkabau di Daerah Sepuluh Koto
    - Pandai Sikek
    - Silungkang
    - Kalimantan
    - Sulawesi
    - Sumbawa
    - Bali - di Kabupaten Klungkung - Desa Sidemen dan Gelgel
    - Lombok - Desa Sukarara di Kecamatan Jonggat, Kabupaten Lombok Tengah
  • Brunei Darul Salam
  • Thailand
    - Bangkok
    - Utara Thailand
    -Selatan Thailand
  • Kemboja
    - Angkor Wat
    - Phnom Penh
Di Palembang, Museum Zainal Songket merupakan tempat yang paling tepat untuk didatangi bagi menambah info tentang sosok Zainal Arifin yang merupakan waris ketujuh waris songket Palembang. Cintanya terhadap songket membangkitkan semangat beliau untuk memperkenalkan seni warisan ini ke seluruh pelosok dunia.


Selamat Datang ke Museum Zainal Songket

Museum Zainal Songket

Tenun songket secara sejarah dikaitkan dengan kawasan permukiman dan budaya Palembang dan Minangkabau di Pulau Sumatera. Menurut Hikayat Palembang, asal mula kain songket bermula dari kemaharajaan Srivijaya. Bermula di Palembang, pusat diraja Sriwijaya songket telah dikenal sejak abad ke-7 dengan ditemukannya arca berbusana songket pada Candi Bumi Ayu. Bahan utama pembuatan songket seperti sutera biasanya diproduksi oleh petani ulat sutera Sumatera, tetapi untuk menghasilkan songket yang lebih berkualiti, masyarakat tempatan turut mengeksport sutera daripada China manakala benang emas biasanya dihasilkan oleh masyarakat tempatan dengan memproses emas yang dihasilkan dari beberapa kawasan di Sumatera.

Akibat pengaruh kuasa kemaharajaan Srivijaya, kain songket menyebar dari Palembang ke seluruh pelusuk wilayah Srivijaya, iaitu sebahagian besar wilayah di Sumatera (terutama di Sumatera Barat, Sumatera Selatan dan Lampung, Kepulauan Riau, kalimantan terutamanya di Sambas, Borneo, Tanah Melayu, Thailannd, Kemboja dan meliputi sebahagian Jawa Barat. Menurut tradisi Kelantan, teknik tenun seperti ini diperkenalkan dari Chaiya di Thailand iaitu kawasan yang pernah menjadi salah satu cabang wilayah tengah di bawah kuasa kemaharajaan Srivijaya, dan kemudian teknik ini berkembang ke selatan di Pattani hingga mencapai ke Kelantan dan Terengganu sekitar abad ke-16. Akan tetapi menurut penenun Terengganu, justreu para pedagang Minangkabau, Palembang dan India yang berlayar dari Palembanglah yang pertama kali memperkenalkan teknik anyaman ini sejak zaman kegemilangan Srivijaya.


Penenunan songket berkembang di Semenanjung Tanah Melayu disebabkan kerana pendudukan kuasa oleh empayar Srivijaya dan perkahwinan campur antara kerajaan diraja tempatan, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket juga dipersembahkan oleh pengasas kerajaan Melaka yang juga berasal dari Palembang, dan budaya Palembang turut dijadikan identiti kerajaan tersebut.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dalam kalangan bangsawan Melayu. Keberadaan sesebahagian bahan asas membuat kain ini seperti benang emas juga mencerminkan kedudukan para petukang kain ini yang terletak dalam kerajaan kerana bahan pembuatannya yang mahal - benang emas sejatinya memang terbuat dari lembaran emas murni asli. Warna emas pada kain ini juga dikaitkan dengan kegemilangan Srivijaya suatu ketika dari abad ke-7 hingga abad ke-13.

Sumber: SONGKET


Tidak sabar rasanya hendak melawat galeri dan Museum Zainal Songket di bahagian dalam.











Terdapat pelbagai corak songket seperti limar cantik manis, limar tabur putih, limar gajah dan sebagainya. Harganya pun bukan sejuta atau dua juta IDR tetapi mencecah berbelas-belas juta! Untuk menghasilkan sehelai songket perlu memakan masa yang lama, bukan sekitar sebulan dua tetapi hingga memakan masa bertahun!


Kain songket tersimpan rapi di dalam almari.




Kalau penat bolehlah duduk-duduk di sini sambil menjamu mata dengan pelbagai kuih yang dihidangkan.


Banyak pakaian siap di sini. Hanya pilih sahaja mana yang berkenan di hati.




Jemu melihat kain, bolehlah alih pandangan ke bahagian oleh-oleh untuk kenangan pula.






Ruangan pameran di sini sangat luas. 
Jenis kainnya pula tidak terhad kepada songket tetapi juga kain pasang dan pakaian siap.

Cantik pelaminnya.

Memang rambang mata dibuatnya apabila berada di sini.



Jauh-jauh datang, tak kan balik dengan tangan kosong kan... ahaks!


Jom kita intai ke ruangan Museum Songket.


Selain songket, di ruangan ini juga ditempatkan meja makan dengan pelbagai peralatan makan minum.



Juga tempayan yang sudah berusia ratusan tahun.

Koleksi songket warisan turun-temurun yang tersimpan rapi.

Kain Songket Pandai Sikek Tahun 1712.

Di dalam kotak kaca terdapat Mahkota Emas Tahun 1812.

Pelbagai motif songket, antaranya Tanjak Limar Tahun 1716.


Akhir sekali, kami pun duduk bersila di satu ruangan yang dikelilingi oleh almari kain!


Rasanya sampai ke petang pun kami boleh duduk di sini membelek-belek dan memilih kain.
Itu cantik!
Ini cantik!
Semua cantik!


Tak dapat beli songket harga berbelas-belas juta, dapat beli kain pasang pun jadilah!




Jumlah bayaran untuk kain pasang yang Amie beli tepat-tepat 1 Juta Rupiah.

Amie sudah peruntukkan sehari hanya gunakan IDR 1 Juta sahaja untuk membeli-belah. Memang dah siap-siap masukkan dalam ang pau! Kadang-kadang tak habis belanja, kadang-kadang terlebih bajet pula. Di Zainal Songket, harga mati! Tak boleh kurang sedikit pun. Tak boleh tawar-menawar!
Banyak tempat hendak disinggahi. Kalau ikut hati hendak beli itu ini, memang kena tambah bagasilah jawabnya! 
Hurrmmm... sebenarnya selepas ini banyak lagi tempat kami singgah dan sudah tentunya berbelanja lagi! Kena buka ang pau baru lagilah!

Harga untuk 4 helai kain pasang di Zainal Songket : 1,000,000IDR.

Hei! Macam sudah melekat pula di sini. Macam tak mahu bangun!

Jumpa lagi!

Oh, ya! Menurut pekerja di Museum Zainal Songket pelanggan utama yang membeli kain songket di sini ialah keluarga dan kerabat diraja dari negara kita! Bukankah asal-usul orang Melayu dan keturunan raja-raja Melayu dari Bukit Siguntang, Palembang?


7 ulasan:

  1. Cantiiiiik sangaaaat 😍😍. Mama saya itu suka koleksi kain2 tradisional kak. Terutama Ulos, kain khas orang Batak. Karena keluarga kami Batak.

    Tapi ada juga songket. Saya sekedar suka, tapi tak pernah beli, Krn dipikir saya jarang pakai, tak pernah pun mungkin 😅. Jadi lebih baik dikagumi saja.

    Penasaran nak lihat cara membuatnya. Pastilah susah kan. Wajar kalo mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... kain khas orang Batak namanya Ulos.
      Saya belum berkesempatan ke Medan. Dengarnya di situ penduduknya ramai berketurunan Batak. Dulu geng kaki jalan saya ke Medan, tapi saya ke India. jadi terlepaslah trip ke Medan.

      Padam
  2. Seronok tu duduk kat lantai bentng kain. Dok pilih sana pilih sini rambang mata gitu. Songket cantik tapi harganya juga cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok duduk ramai-ramai memilih kain yang disukai. Teringat zaman kecik-kecil dulu kalau benggali datang jual kain, dibuka bungkusan dan dibentang di rumah kita!

      Padam
  3. cantik kak, songket tak pernah tak cantik kan cuma itulah nampak la lain corak nya dengan yang di negara kita kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halus tenunannya, coraknya pun cantik belaka.

      Padam
  4. cantik corak songket..lain drpd di Malaysia...

    BalasPadam