Pages

Selasa, 20 Jun 2023

Bermalam di 61 Hotel Gua Musang

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami hanya berada di Gua Musang selama dua hari satu malam sahaja. Tempat penginapan kami di 61 Hotel, Bandar Baru, Gua Musang. Untuk daftar masuk, perlu menaiki tangga ke tingkat atas. Bilik kami di tingkat atas lagi. Rasanya kurang sesuailah kalau warga emas yang menghadapi masalah lutut untuk menginap di sini. Di bahagian bawah hotel, ada sebuah restoran. Pada hari pertama kami hendak makan di situ tetapi tiada makanan boleh dipesan panas walau pun ada terpampang iklan set-set hidangan yang sedap-sedap! Menjelang tengah hari, setelah makanan habis dijual, restoran tersebut ditutup. Mungkin sebelah malam dibuka semula apabila kami melihat waktu petang, kerusi meja disusun di luar restoran. Di sekitar hotel ini terdapat beberapa buah gerai makan, tetapi kami tidak sempat mengunjunginya kerana kami lebih tertumpu di kawasan bandar. Jauhnya hotel ini dari bandar Gua Musang ialah sejauh dua kilometer.

Kedudukan hotel ini agak tersorok di bahagian belakang. Walaupun biliknya agak sempit, tetapi kami berasa selesa kerana dapat melihat pemandangan luar terutama bukit batu kapur melalui tingkap. Waktu pagi, kedengaran ayam berkokok dan bunyi kicauan burung pula riuh sepanjang waktu. Rupanya ada rumah burung walit di situ!

Kami tempah satu bilik tiga katil single melalui Booking.com dengan bayaran sebanyak RM128.25 sen. Walaupun hanya kemudahan asas yang disediakan, namun WIFI dan pendingin hawa berfungsi dengan baik.

Bilik tiga katil



Apabila langsir diselak, bilik kelihatan lebih lapang. Dan sewaktu tingkap dibuka, kedengaran bunyi riuh kicauan burung walit dari rumah burung berhampiran. Terasa seperti berada di sebuah desa pula.


Bilik ini dilengkapi dengan televisyen skrin rata, dan tidak ketinggalan dua helai sejadah.


Air botol disediakan, dan bolehlah masak air untuk bancuh minuman panas.

Berus gigi, syampu dan gel mandian pun ada.

Bilik airnya agak kecil tetapi bersih.

Tuala dan selipar turut disediakan.

Selamat bermalam buat pertama kalinya di Gua Musang!

5 ulasan:

  1. Uishh... berbaloi dengan harga yang ditawarkan tu, selesa dengan 3 single bed.

    BalasPadam
  2. boleh tahan jugak bilik hotel nya...cuma naik tangga tu yg leceh skit

    BalasPadam
  3. Cantik pulak runner atas katil tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  4. Cantik hotel ni cuma bila dah kena naik tangga tu mmg susah jugak... lagi² jenis yg byk luggage... hmm..

    BalasPadam
  5. Laaa takde lift...tapi bilik dia cantik dan selesa kak amie

    BalasPadam