Bismillahirrahmanirrahim.
Sambutan Malam Ketupat datang lagi pada 15 Ramadan. Masyarakat Melayu Cocos meneruskan tradisi ini dengan membawa ketupat ke masjid, dan bertukar-tukar sesama mereka selepas solat terawih. Sayangnya, kali ini Amie tidak dapat meluangkan masa menyediakan ketupat di dapur! Kerja menoreh masih lagi tersangkut di bahu.
Apa pun, terima kasih kepada anak buah kerana sudi menghulur ketupat untuk kami. Bolehlah dibuat berbuka puasa. Encik Suami pula solat terawih di kampung, dan pulang membawa ketupat lagi! Biasanya ketupat yang ditukar itu hanya ketupat sahaja, tanpa lauk. Ketupatnya pula diperbuat daripada pulut dan dimasak dengan santan. Teringat MIL suka masukkan udang kering atau kacang hijau dalam ketupat!
Untuk lanjut bolehlah klik entri yang Amie kongsikan tentang keunikan Malam Ketupat Masyarakat Cocos di sini:
- MALAM KETUPAT : AMALAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU COCOS
- SELAMAT MENYAMBUT MALAM KETUPAT - 15 RAMADAN
- TRADISI MALAM KETUPAT DALAM MASYARAKAT MELAYU COCOS
Ketupat & Sambal Kacang Sotong Kembang |
Sambal Kacang Sotong Kembang |
Amie hanya sempat masak Sambal Kacang Sotong Kembang untuk dijamah bersama ketupat. Sebenarnya Amie sudah sediakan bahan untuk masak rendang daging, tapi disebabkan kekangan masa, terpaksalah simpan semula bahan tadi.
Ketupat dan Sambal Kacang Sotong Kembang juadah berbuka puasa 15 Ramadan. |
Harapnya pada Ramadan akan datang, dapatlah bersilat di dapur, menganyam kelongsong ketupat, masak ketupat dan sediakan lauknya. Di bawah ini, Amie kongsikan gambar-gambar dari entri tahun-tahun lepas sewaktu menyediakan ketupat.
Ketupat & Rendang Daging |
Ketupat yang sudah boleh dinikmati. |
Aduhai. Sedapnya..
BalasPadamGemuk-gemuk ketupat. Saya tak pandai anyam ketupat.
BalasPadamSemoga tradisi malam ketupat ni berkekalan utk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat Melayu Cocos di sana.
BalasPadamMacam nak raya dah. Sedap betul dapat makan ketupat fresh. Ohh ada ye sambutan malam ketupat. Banyak juga tradisi masyarakat cocos. Yang pasti menu dia unik-unik semuanya. Tak dapat nak khatam.
BalasPadamTradisi buat ketupat anyam ni masih lagi diteruskan dalam family saya. Tapi hanya mak, abah, kakak no 1,2 dan 3 je yang pandai menganyam. Saya dan adik² tak pandai langsung nak menganyam 🤣.
BalasPadamWahhh, kuah kacang sotong kembang tu macam sedap je. Tak pernah lagi jumpa kat sini. 😊
Uniknya tradisi macam ini.. tak perlu tunggu raya untuk makan ketupat.
BalasPadamKetupatnya memang pulut ye amie bukan beras biasa. Bila masak dengan santan dah macam masak lemang tapi versi ketupat. emmm unik sekali masakan kaum melayu cocos.
BalasPadamWah,uniknya pelbagai budaya dan adat.
BalasPadamNg 9 dengan tradisi Mantai..Sabah ada tradisi Malam Ketupat.Kalau dulu kebanyakan tempat ada tradisi Malam 7 Likur yang mana pada malam 27 Ramadhan baru pakat pasang pelita raya.Tapi sekarang sejak 1 ramadhan dah pakat pasang Teringin nak rasa ketupat yang direbus dengan santan tu.
Semoga kerja,-kerja menoreh cikgu dapat selesai sebelum raya,baru lega nak beraya kan...hihihi
sedapnya ketupat...sampai skang belajar buat kelonsong nya tak lepas2...rugi betul rasenya
BalasPadamnampak macam ketupat bawang..disana panggil ketupat apa ni kak?ni kiranya macam trailer raya ye kak
BalasPadamwahhh uniknya tradisi melayu cocos. sy 10 kali cuba bljr buat kelongsong ketupat tp 11 kali tetap gagal hehe
BalasPadamunik betul tradisi melayu cocos ni..
BalasPadamOh, sy ingatkan isi ketupat tu, beras Kak Amie.
BalasPadamSemoga tradisi sebegini terus kekal diamalkan...
BalasPadamLebih kurang sama je kan?
BalasPadamada ketupat lemak tuuu mabelesssss👍👍👍
BalasPadam