Pages

Khamis, 6 April 2023

Oleh-Oleh Tamu Kota Belud

Bismillahirrahmanirrahim.
Sementara menunggu waktu beransur petang sedikit, Amie kongsikan gambar-gambar Oleh-Oleh Tamu Kota Belud yang masih tersimpan dalam HP. Memandangkan ada adik ipar, biras dan anak-anak buah, jadi kami pun beli lebih sedikit kuih-muih di tamu. 

Kuih Tradisional dari Tamu Kota Belud

Ikut pusingan jam:
  • Kuih Penjaram
  • Karipap
  • Ketupat Daun Palas
  • Kuih Gelang Pulut
  • Wajik
  • Kuih Jagung
  • Kuih Dangai
  • Kuih Atai Buntal
  • Lepat Pisang

Tidak ketinggalan ketupat daun kelapa, ketupat daun palas, lemang daun pandan dan pecal.

Pecal di sini ada bihun!

Kuih jala ini ada dua jenis. Yang bungkus daun pisang itu kuihnya lembut. Yang tak berbaju itu rasanya rangup.

Kerepek Pisang Masin.

Kerepek Pisang Pedas.

Kerepek Pisang Cheese.

Sekembalinya kami ke Penampang dari Tamu Kota Belud, semua isi rumah belum bersarapan. Jadi sama-samalah kami menikmati hidangan pagi dari Tamu Kota Belud.


11 ulasan:

  1. wahhhh..semua pun nampak sedap2....alhamdulillah

    BalasPadam
  2. wah menu raya pun ada ye kak amie...

    BalasPadam
  3. Banyak jenis kuih. Semua boleh rasa sikit-sikit. Rare betul pecal ada bihun. Pun sedap juga sebab sejenis memang suka pecal. Sedapnya! Kerepek pisang pedas first time tengok. Rare juga tu.

    BalasPadam
  4. kuih atai buntal tu camne ye. Kuih jala tu macam kuih karas je kejadiannya.

    BalasPadam
  5. Uihh.. kerepek pisang biasa pun dah sedap apatah lagi jika di sira pedas atau tambah cheese.

    BalasPadam
  6. Suka bila kunjung ke sini dapat kenal aneka makanan setempat.
    Kuih jala tu kami panggil kuih karas.
    Kalau dulu mak selalu biarkan kuih karas
    " masuk angin" supaya lemau supaya lembut tapi liat bila digigit.Makan bersulam kopi O panas

    BalasPadam
  7. dari blog kak amie la saya banyak tahu kuih2 dan masakan yang unik,banyak yg baru pertama kali tahu&dengar

    BalasPadam
  8. Seronok bila dapat beli kuih yang pelbagai rupa dan rasa, Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Wah, pecal sana ada bihun. Macam² kuih ada. Yang lama saya tak jumpa pun ada, kuih jala atau karas, saya panggil.

    BalasPadam
  10. sedap sedap semuanya kak👍👍

    BalasPadam