Pages

Selasa, 11 April 2023

Malam Ini Malam Pasung

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam 21 Ramadan. Amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos bertukar-tukar kuih pasung diteruskan lagi. Seperti Tradisi Malam Ketupat, kuih pasung akan bertukar tangan selepas selesai solat terawih di masjid.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Encik Suami menjinjing pulang kuih pasung dari kampung!

Kuih Pasung dari kampung.

Amie sempat belajar membuat kuih pasung daripada arwah kakak ipar di sini: KUIH PASUNG

Kenangan membuat kuih pasung warna-warni bersama arwah kakak ipar.

Kuih pasung yang sudah dikukus.

Sekian. Catatan kecil tentang tradisi malam pasung masyarakat Melayu Cocos pada malam 21 Ramadan.


8 ulasan:

  1. Wah,seronoknya dengan aneka tradisi di bulan Ramadhan.
    Kuih pasung tu kalau kat tempat saya dikenali sebagai "Tepung Serunai".Mungkin sebab kelongsongnya bentuk macam serunai daun pisang dan serunai daun mengkuang.Biasanya dibuat untuk orang demam @ yang tidak sihat yang tiada selera makan.Tapi kuihni kat tempat saya putih plain tanpa warna.

    BalasPadam
  2. Oh, ertinya malam pasung ni semua juadahnya ialah kuih pasung ke kak?

    BalasPadam
  3. nampak sedap kuih pasung ni rasanya mesti lemak2 manis kenyal sagu kan kak?

    BalasPadam
  4. Cantiklah kuih pasung yang warna-warni tu.. tentu rasanya wangi dan sedap.

    BalasPadam
  5. mesti sedap tu kan kak.... layan dengan air kopi panas

    BalasPadam
  6. Nama kuih pasung adakah sebab masa dikukus ia diletak pada lubang untuk dirikan kon daun pisang tu? Teringat cerita pesalah zaman dulu yang tangan/kaki dipasung pada kayu.

    BalasPadam
  7. Comel aje kuih pasung tu kak amie..apa rasanya..bungkus dengan daun pisang ye...

    BalasPadam