Pages

Ahad, 30 April 2023

Lontong Sayur Lodeh di Hari Lebaran Kesembilan

Bismillahirrahmanirrahim.
Di hari lebaran kesembilan, barulah ada masa untuk santai di rumah. Hari ini Amie ambil kesempatan sediakan menu Lontong Sayur Lodeh, dilengkapi dengan sambal kacang sotong kembang dan serondeng kelapa. Rancangan asalnya hendak masak begini ketika Fuad dan Fairuz bersama kami, tetapi hanya tinggal perancangan sahaja. 

Lontong Sayur Lodeh


Lontong & The Gang. Selain kuah lodeh, lontong boleh dinikmati bersama rendang daging.

Lontong @ Nasi Himpit @ Ketupat Segera

Sayur Lodeh


Untuk resipi Sayur Lodeh boleh klik entri lama di sini : SAYUR LODEH @ JANGAN LODHÈH. Kali ini Amie masak Sayur Lodeh gunakan bahan yang ada sahaja.

Sambal Kacang Sotong Kembang

Bolehlah klik di sini :RESIPI SAMBAL KACANG SOTONG KEMBANG. Ada pun Amie proses sendiri sotong kering untuk menjadi sotong kembang dengan merendam sotong kering campur air sotong @ air abu.


Serondeng Kelapa

Amie gunakan RESIPI SERONDENG KELAPA WARISAN EMBAH BUYUTKU. Kali ini Amie tambah cili kering kisar tetapi jenis yang tidak pedas. Warnanya lebih menyerlah berbanding yang biasa Amie buat. 

Jangan lupa tambahkan telur rebus ke dalam Lontong Sayur Lodeh!


Rendang Daging ini merupakan saki-baki rendang yang Amie masak lima kilogram sebelum raya. Hari ini barulah sempat makan sepuasnya dengan nasi himpit.

Resipi Rendang Daging ada di sini: RESIPI RENDANG DAGING MUDAH TAPI SANGAT SEDAP!

Encik Suami sediakan satu jug besar jus tembikai.

Jemput jamu selera dengan Lontong Sayur Lodeh.


5 ulasan:

  1. Wah! Dah hari 9 pun masih menu lebaran!

    BalasPadam
  2. Sy pun buat lontong jugak raya ke-5 dulu kak.. hehehe.. mudah dan sedap

    BalasPadam
  3. Baru lah terasa nak makan santai-santai di rumah kan cikgu, kalau tak dok sibuk menyambut tetamu atau beraya ke rumah lain.

    BalasPadam
  4. Hidangan yang lengkap, dan memang sedap! :)

    BalasPadam
  5. lontong lodeh dan semua lauk sampingannya... sedapnya kak oi

    BalasPadam