Pages

Sabtu, 5 November 2022

Nasi Kuning Sambal Ikan vs Nasi Kuning Ayam Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Kawan-kawan sudah sarapan ke belum?
Jom sarapan nasi kuning bersama kami.

Malam tadi, Firdaus menyuarakan keinginannya untuk sarapan nasi kuning di Restoran Rumpun Selera. Katanya, dia hendak makan dua ketul ayam goreng bahagian peha. Nampaknya, budak kecil ini tidak lupa permintaannya sejak minggu lepas untuk sarapan nasi kuning. 

Tiba-tiba kita teringat, ada bahan di dapur untuk dijadikan nasi kuning, kecuali timun. Oh, timun itu hanya pelengkap hidangan sahaja, dan lebih ke arah aksesori. Tiak ada pun tidak mengapa. 

"Esok pagi Mommy masak nasi kuing. Mau tak?"
"Mau! Mau! Mesti Daus suka kalau Mommy masak nasi kuning. Daus mau makan tiga pinggan!"

Pagi tadi, selepas solat subuh bersama-sama, kita pun terus melangkah ke dapur. Masak nasi kuning dengan apa sahaja bahan yang ada. 

Banyak kali sudah Amie kongsikan resipi nasi kuning. Untuk resipinya boleh klik blog link di bawah ini:

Nasi Kuning Lauk Sambal Ikan & Ayam Goreng.

Tidak ada peha ayam, ada sayap ayam pun jadilah. Amie gorengkan Firdaus sayap ayam. Dan untuk Amie serta Encik Suami, kami lebih meminati sambal ikan. Mengikut tradisinya, memang nasi kuning dihidangkan bersama sambal ikan. Biasanya, sambal ikan tuna merupakan pilihan ramai. Bagaimanapun ikan lain tetap juga digunakan. Misalnya, pagi ini Amie hanya ada dua ekor ikan pelaling dan seekor ikan kerapu. Amie goreng kedua-dua jenis ikan ini dan 'disambalkan' untuk dijadikan lauk nasi kuning.


Nasi Goreng Samal Ikan Kerapu.

Firdaus bangun pagi dengan penuh rasa ceria kerana dapat bersarapan nasi kuning ayam goreng kegemarannya!

Nasi Kuning Ayam Goreng.



12 ulasan:

  1. saya baru 1 kali cuba resepi nasi kuning sabah kak amie..boleh buat lagi nanti semua orang dalam rumah suka..TQ ye kak amie resepinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan dik. Anak-anak suka makan, dan bila duduk jauh pandai rindu pula nasi kuning air tangan kita.

      Padam
  2. Oh, memang kawannya sambal ikan ya. Bagus juga, tak perlu masak berjenis lauk, senang kerja la gitu.

    BalasPadam
  3. Gembira Firdaus hasrat ditunaikan. Lagi-lagi masakan mummynya.

    BalasPadam
  4. wahhh.. tercapailah hasrat Firdaus makan nasi kuning ya.

    BalasPadam
  5. Menyelerakan betul nasi kuning kak Amie. Kali ni tunaikan permintaan Firdaus pula ye :)

    BalasPadam
  6. Wahhh..mesti cuba ni resepi nasi kuning. Harap² Ahnaff dan Sofea pun suka juga. Terima kasih atas perkongsian resepinya cikgu 😘

    BalasPadam
  7. Saya pun dah cuba nasi kuning versi cikgu...memang sedap dan ngan dengan sambal ikan..
    Terliur pula

    BalasPadam
  8. Sungguh memikat selera set hidangan nasi kuning Kak Amie ini 😊

    BalasPadam
  9. nasi kuning ni lebih kurang macam nasi lemak kita juga ye kak, cuma tambah pulut sikit. Dana teringin nak cuba masak, tengok cara macam mudah juga

    BalasPadam
  10. sedapnya tentu lagi sedap makan dgn sambal kerapu

    BalasPadam