Pages

Jumaat, 4 November 2022

Mencari Shinjuku Caramel Bake di SR

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Hari ini Firdaus cuti sekolah rendah, cuti peristiwa sempena dua hari acara sukan sekolah. Dua hari di padang, bertambah hitam berkilat kulit Firdaus!

Sebelah paginya, Firdaus sekolah agama. Kita pula sengaja minta Encik Suami tumpangkan ke tempat kerja supaya boleh ambil kita balik kerja nanti. Selepas solat Jumaat bersama Firdaus, Encik Suami beritahu akan ambil invois di sekolah rendah, dan akan hantar ke PPD. Memandangkan pejabat buka pukul dua petang, jadi kami ada masa untuk makan tengah hari bersama.

Kita teringin makan Shinjuku Caramel Bake, butter cake yang crispy di bahagian luar dan lembut di dalam.  Tambah sedap apabila dapat kunyah kacang macadamia yang ditabur di atasnya. Sudahlah sos caramelnya cukup rasa, diletak pula dua scoop aiskrim vanilla dan seketul ais krim putar.

Harap-harap adalah Shinjuku Caramel Bake, sebab beberapa kali makan di SR (selepas tengah hari), dessert ini habis. Mama Cella kata kena zikir banyak-banyak.... ahaks!

Shinjuku Caramel Bake



Alhamdulillah, Shinjuku Caramel Bake yang disapu sedikit mentega, dengan sos karamel dan taburan kacang macadamia ada di depan mata. Kami bertiga pun menikmatinya bersama-sama sehingga licin seolah-olah terlupa ada makanan lain yang dipesan!


Kami memesan dua set lunch pocket saver, Fish & Chips dan Curry Mee. Jadi dapatlah harga jimat dan tak perlu beli air minuman. Kami pilih minuman 7 Up dan A&W. Firdaus pula hendak minum Boba Brown Sugar With Milk.


Kemudian kami sama-sama makan Chicken Cornish pula.

Chicken Cornish

Seafood Spring Roll

Seafood Spring Roll ini Firdaus punya. Kami tak usik sebatang pun, sebab memang dia suka sangat makan. Pada mulanya dia hendak order dua set kerana katanya saiznya kecil sangat! Oleh kerana budak kecil ini memesan makanan lain juga, jadi kami beritahu, cukuplah satu set sahaja. Mommy dengan Baba tak mahu makan.... ahaks!

Thai Style Fried Rice

Ada persamaan tak hidangan sebenar Thai Style Fried Rice dengan hidangan dalam gambar SR di bawah ini? Teringat entri semalam tentang hidangan yang indah gambar dari sajian sebenar apabila sudah sampai di meja.... ahaks!

Kredit SR: Gambar Thai Style Fried Rice 


Anak bapak!


Fish & Chips (Pocket Saver: RM18.77)


Curry Mee (Pocket Saver : RM18.77)


Pada mulanya kami terkejut apabila Firdaus minta Curry Mee. Sejak bila pula budak kecil ini suka makan mi berkuah itu. Pesanan terus masuk dalam senarai, dan apabila dihidangkan di hadapannya, dia tanya mana chopstik! Kami pun minta copstik daripada pelayan restoran.

Sebelum dia sepit mi kari, dia sempat sepit kentang goreng dalam pinggan Fish & Chips kita!

Mukanya comot-comot terkena kuah mi kari!

Memang budak ini makan mi kari dengan bersungguh-sungguh!

Kredit : Secret Recipe

Teringat gambar bersama Firdaus makan di SR pada 22 Mac 2022. Ketika itu kita sedang sibuk buat persiapan untuk menghadiri mesyuarat selama lima hari di Kota Kinabalu. Jadi, terlupa untuk buat entri. Nampaknya gambar-gambar ini tersimpan lebih tujuh bulan lalu.

Hari ulang tahun Firdaus yang ke-9 pada 22 Mac 2022.


Kita pun terlupa apa nama makanan yang kami makan, dan siapa makan apa....ahaks!




Sekian. Jumpa lagi.
Maaf. Dari cerita Mencari Shinjuku Caramel Bake, membongkar cerita tujuh bulan lalu pula!


17 ulasan:

  1. Sedapp shinjuku kek... Fav tu tp klu nak mkn kena sih diorg buat awal2 haha lama nk tgu dia masak cake tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, selalu datang SR tapi tak dapat makan. Hari ini rezeki kami dapat juga merasa.

      Padam
  2. Seronoknye tengok Firdaus makan. Kalau mintak makan pape dan makan dengan bersungguh² camtu, memang tak sampai hati nak tolak kan cikgu 😊.

    BalasPadam
  3. Menarik juga Shinjuku Caramel Bake yang kak Amie order ni. Ada kacang macadamia dan vanilla aiskrim fav tu. Eh eh..Firdaus dah gunting rambut ye. Gaya makan menyudu sekilas pandang macam abg Fairuz sudah. Beria betul dia makan dengan chopstick comot² lagi. Tukar selera agaknya nak makan mi kari.

    Mujur juga masih simpan gambar tepek sini kak Amie. Kenangan tu boleh simpan sini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka pula Encik Suami dengan Shinjuku Caramel Bake tu. Firdaus baru gunting rambut tiga hari lepas. Sayang nak delete gambar, jadi tepek sajalah dalam mana-mana entri yang sesuai buat kenangan.

      Padam
  4. Sedapnya shinjuku caramel cake.
    Best moment with family. Firdaus bila dewasa nanti mesti tersenyum2 bila baca balik entri ni, mcm my son.

    BalasPadam
  5. so cute gambar firdaus tiup mee kari tu hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Risau juga tengok dia tiup tu, kuahnya panas.

      Padam
  6. Kak Amie, kita pun ada gambar makan Thai Style Fried Rice tu.. heheheh.

    Lama tak makan di SR.

    BalasPadam
  7. Banyaknya Firdaus makan! Lepas itu kebas pula kentang goreng.

    BalasPadam
  8. Kalau tengok budak makan bersungguh, kita pun berselera. Sedapnya Shinjuku Caramel. Tak pernah cuba

    BalasPadam
  9. Sambil telan air liur nampak kek dan makanan lain tu..
    Mata juga salfok ke arah rambut baru Daus..🤭

    BalasPadam
  10. Berselera Firdaus makan mi kari 😊

    BalasPadam
  11. suka tengok gaya firdaus menikmati makanan, sangat berselera. Pandai pulak tu makan pakai chopstik...

    BalasPadam