Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita perjalanan pulang dari Penampang ke Lahad Datu pada 26 Oktober 2022 lepas. Seperti biasa, kami singgah isi perut di Sabah Tea sebelum sambung perjalanan melintasi Telupid. Memandu di awal pagi, cuaca yang baik, jalan raya yang sempurna dan tiada kesesakan lalu lintas memungkinkan pemanduan hanya mengambil masa selama dua jam dari Penampang ke Kundasang. Setelah membeli-belah di pekan Kundasang, kami teruskan perjalanan ke Ranau, singgah di Sabah Tea untuk minum pagi yang agak terlewat.
Selamat Pagi Dari Sabah Tea. |
Sabah Tea Ice Cream. |
Ais Krim Sabah Tea wajib untuk Firdaus!
Sementara menunggu hidangan tiba ke meja, sempat belek-belek isi kandungan Dia Mahu Aku ke Sana, karya Roza Roslan.
Wan Tan Hor |
Kopi Tenom. |
Selepas makan, kami membeli serba sedikit teh di Sabah Tea. Kita beli Borneo Exotic Series with Ginger dan Pandan dengan harga Rm12.00 setiap satu pek yang mengandungi 15 uncang. Kalau hendak jimat boleh beli satu pek besar berisi 15 Borneo Exotic Bag 15's, campur-campur seperti Fruit Tea Series - Calamansi, Borneo Exotic Series with Cinnamon dan sebagainya. Hargnya RM130.00.
Memang tak rugi beli Borneo Exotic Series with Ginger. Teh hitam Camellia Sinensis ditambah dengan halia asli, menghasilkan aroma yang menyegarkan. Rasanya sedap, dan berbaloi dengan harganya yang memang 11 kali fikir hendak beli atau tidak!
Kami tidak mempunyai banyak masa untuk berlama-lama di sini memandangkan perjalanan masih sejauh 300 kilometer.
Firdaus!
Mari kita pulang.
Encik Suami suruh kita tidur. Katanya kita mungkin mengantuk sejak bangun awal pagi masak nasi kuning untuk Fairuz. Kita memang kalau boleh tak mahu tidur sewaktu Encik Suami memandu. Jadi, kita teruskan membaca Dia Mahu Daku ke Sana. Kita sempat baca sehingga muka surat 202 daripada 267 halaman dan tutup buku apabila sampai di depan agar rumah.
Agaknya dah pekena kopi tu segar mata Kak Amie walaupun bangun pagi masak nasi kuning. Tapi kita ompompuan ni memang biasa dah bangun pagi dan tidur lewat, kan.
BalasPadamBilalah sy dapat ke Sabah Tea lagi. Dulu2 pergi tak perasan ada cafe.
Wah banyak jenis teh. Peminat teh suka kalau dapat beli.
BalasPadamPuan Amie boleh baca dalam kereta. Banyak juga muka surat diselesaikan.
Wahhh.. banyaknya perisa teh.. saya hanya pernah cuba teh berperisa strawberry.. biasa minum yang plain atau green tea je.
BalasPadamFirdaus suka matcha aiskrim rupanya. Rambang mata kalau saya nak memilih pelbagai jenis rasa teh tu. Memang rugi kalau tak membelinya kan Kak Amie. Hebat kak Amie boleh membaca dalam kereta. Kalau saya pening dah. huhu...
BalasPadamHehehe..baca 11 kali fikir sebelum beli teringat falsafah cikgu
BalasPadam"biar menyesal beli..jangan menyesal tak beli"..
Eh,malam tadi boleh kita termimpi bancuh teh hijau...
Tiberrrš¤
Ekspresi Firdaus tenung aiskrim tu buat saya terus nak cari!
BalasPadamwahhh bestnya kak... meriah memacam perisa teh ada
BalasPadammacam sedap ice cream green tea dia..
BalasPadampencinta teh mesti suka pergi sini
BalasPadam