Pages

Isnin, 31 Oktober 2022

Mencari Bento dan Chuka Idako di Sushi King

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau hari Isnin kami SINGGAH MAKAN SELERA KOREA DI DUBUYO, hari Selasa kami mencari hidangan Jepun yang segar dan lazat di Sushi King pula. Apabila berada di Sushi King, tak semena-mena terkenang anak-anak yang jauh di mata, Abang Farid, Fuad dan juga Fairuz yang sibuk menguruskan bekalan ikan. Kesemuanya peminat sushi termasuklah budak kecil Firdaus! Rindu menjentik hati teringat gelagat masing-masing ketika memilih makanan yang disukai terutama ketika mengambil dari conveyor belt.

Kenangan bersama anak-anak ada di sini:



Sekarang budak kecil Firdaus sahajalah yang sentiasa bersama kami. Diangon (bahasa Melayu Cocos bermaksud dijaga @ pelihara) sepanjang masa.


Walaupun hari Isnin sudah berhabis shopping di IMAGO, tetapi kita hendak beli kasut lagi di mall yang sama. Itulah alasan yang diberikan kepada Encik Suami. Kelmarin hanya sempat beli kasut Nautifit sahaja. Hari ini hendak cari yang lain pula. 

Firdaus sangat suka dapat masuk Sushi King!

Orang kata kalau membeli-belah dalam keadaan perut lapar, memang semua hendak diterkam. Jadi baiklah makan dahulu, supaya apabila perut kenyang, mood untuk menerkam dapat dikurangkan.... ahaks!


Firdaus tidak berminat untuk memesan makanan yang dihidang.


Dia lebih menumpukan perhatian makanan yang  bergerak di conveyor belt. 


Rasa sepi! Tanpa abang-abangnya yang lain. 


Firdaus tangkap piring pertama: Surimi Scallop.


Sudah dua piring Firdaus ambil menu yang sama: Surimi Scallop.

Surimi Scallop.

Kita pula berminat dengan Chuka Idako @ Seasoned Baby Octopus.
Ikutkan hati mahu ambil dua tiga piring tapi apabila teringat DIY Combo 3 yang dipesan, tahan-tahanlah keinginan sedikit. Nanti makanan sampai, tak habis pula.

Chuka Idako.


Firdaus pula terus memancing piring-piring kegemarannya.



Dia dapat tangkap lagi sepiring tsubukko!

Tsubukko 

Pandainya dia guna chopstik!
Kalau kita memang habis berteraburlah telur ikan yang halus-halus itu!


Hidangan DIY Combo 3 yang kita pesan sampai di hadapan kita.

Ebi Ten Udon

Piri Piri Karaage Don

Salmon & Nasi

Tenpura & Chicken Nanban Bento


Encik Suami pilih bento, nasi, ayam dan udang.

Milo Dinasour, Ice Honey Lemon Tea & Honey Green Tea.


Rupanya Firdaus berminat dengan Ebi Ten Udon kita! Selepas makan separuh, dia sedut Milo Dinasour pulak.


Encik Suami lebih berminat hidangan bento.


Melihat Ebi Ten Udon kita sudah dibawa lari Firdaus, kita pun makan sajalah Piri-piri Karaage Don dan semangkuk lagi nassi lauk salmon goreng.


Minuman pembasah tekak yang sedap: Ice Honey Lemon Tea.


Apabila kita toleh arah Firdaus, budak ini tangkap lagi sepiring tsubukko!


Licin!


Sayang Mommy buat apa lagi tu?


Okey Mommy, sahutnya.


Sayang Mommy kenyang tak?
Ya, Daus kenyang!



Jom kita shopping!



21 ulasan:

  1. Wahhh.. Daus dah ada selera makan semula. Kalau sy pun leka tengok piring2 yang lalu atas tu, kak Amie. Semua mahu diterkam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur sudah sihat.
      Kali ini biarkan Firdaus terkam piring-piring tu hihihiii.

      Padam
  2. tibe2 rasa nk makan sushi.. kalau g sushi king pun suka ambil bento.. pastu wajib ada takoyaki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan takoyaki di sushi king. Saya suka tambah sos manis dan wasabe.

      Padam
  3. Pandai Firdaus guna chopstick. Belajar dari abang-abangkah? Saya suka sushi tapi Chuka Idako tak pernah cuba. Saya pulak terbalik dengan kak Amie. Kalau lapar yang takde mood nak shopping. Kalau kenyang terus bertenaga nak beli barang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari dulu suka chuka idako.
      Tak perasan dari mana budak ni pandai guna chopstik. Mungkin jugalah abang-abangnya yang ajar.

      Padam
  4. geram nengok sotong seekor2 tu kak oi... menggoda semua makanan yang ada, nampak Daus sangat bahagia bila makanan kegemaran dapat dinikmati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok sangat tu dapat masuk sushi king.
      Tapi emak bapaknya lebih seronok kalau ada abang-abangnya turut sama sebab semuanya hantu sushi.

      Padam
    2. lagi meriah ye kak semua anak-anak ada sekali, insyallah nnti kalau semua dapat balik LD lagi meriah la.

      Padam
  5. alhamdulillah daus dah ada selera makan..sukanya tengok daus makan tak memilih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang suka sangatlah tu kalau jumpa makanan kesukaannya.

      Padam
  6. Semua anak anak minat sushi ye. Bila makan mesti teringat. Firdauslah peneman mommy baba. Happy Firdaus dapat makan Sushi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Fizah... apabila makan makanan yang anak-anak suka, teringat-ingat pula mereka. Rindu suasana makan bersama.

      Padam
  7. Wahhh.. semua menyelerakan.. dah lama juga kami tak masuk Japanese Resto.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah masuk sini, berat nak angkat punggung SA hahahaaa.

      Padam
  8. seronok dak Firdaus tgk conveyor sushi tu ye.. terigin plak tetiba bila tgk entry kak amie ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, dia pun seronok dapat memilih makanan kegemarannya.

      Padam
  9. pandainya dia guna chopstick..aunty SA pun x pandai...tercampak plak sushi tu kang...hehehhbukan main dia pose erk...dah bujang sangat dah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... dia ajar kami pakai chopstik, pun tak lulus juga! Baiklah makan pakai sudu garpu kihkihhh.

      Padam
  10. excited ni kalau pergi sushi king. smua nak makan..

    BalasPadam
  11. Saya belum pandai makan eneka sushi..ada jenis sushi saya makan..ada yang tidak..Tapi saya suka kacang ademame..šŸ¤­

    BalasPadam