Apabila terpandang keladi di pasar Sri Perdana, teragak-agak nak beli disebabkan harganya yang agak mahal iaitu RM18 sekilogram. Amie rasa harganya mahal sebab dulu kalau nak makan ubi keladi, cabut sahaja di kebun. Bila difikir semula, siapalah yang nak jual dengan harga murah. Sekarang semuanya dinilai dengan mata wang! Memikirkan tenaga dan masa untuk menuai hasil, memang logiklah kalau semua hasil tanaman mempunyai nilai komersial. Kalau harga masih serendah zaman dahulu, bagaimana petani nak tampung hidupnya dan juga tanggungannya?
Baru-baru ini Bonda beritahu, semua tanaman ubi dan keladi di kampung tak dapat diselamatkan disebabkan banjir, dan air bertakung selama 4 Jumaat. Sebulanlah lamanya itu. Kita tidak dapat menjangkakan musibah yang akan berlaku. Mungkin kali ini tidak ada rezeki ubi kayu dan ubi keladi.
Sepiring Keladi Cina Goreng & Secawan Kopi Panas |
Dua hari lepas, Amie beli dua ketul ubi keladi saiz kecil. Petang tadi Amie kupas, seketul elok dan seketul buruk. Amie goreng ubi keladi, gunakan minyak bekas gorengan ayam. Waktu kecil dulu, kalau Bonda goreng ubi atau keladi, memang Bonda suka gunakan minyak bekas gorengan ikan atau ayam. Lain sikit aroma keladi atau ubi kayu goreng berbanding dgoreng dengan minyak baru.
Ketika sedang menggoreng, api dapur terpadamlah pula! Habis gas rupanya. Amie beritahu Encik Suami yang sedang bersihkan halaman rumah. Amie sangka Encik Suami akan beli gas di kedai. Lamalah pula menunggu gas sampai. Amie pun pindahkan keladi goreng yang setengah masak tadi ke dalam air fryer. Tidak lama kemudian Encik Suami masuk ke dapur. Dia tolak pintu dapur, dan tak perasan pula ada tong gas lagi satu di situ. Encik Suami hanya tukarkan tong gas yang kosong dengan tong gas yang penuh berisi gas.
Tak apalah!
Keladi goreng setengah masak sudah masuk air fryer. Tunggu sahajalah hasilnya beberapa minit nanti.
Alhamdulillah. Masak juga akhirnya keladi goreng air fryer. Garing dan sedap. Sebelum digoreng Amie sudah perap seketika dengan bahan perasa.
Jom minum petang dengan sepiring keladi Cina goreng dengan secawan kopi panas.
Tidak ada yang sentuh keladi goreng ini.
Hanya Amie seorang yang menikmatinya sambil mengenang nostalgia lalu.
Seakan-akan terdengar lirik lagu Ke Mana Di Mana alunan suara Ahmad Jais:
Masa yang lepas
tak akan kembali
kisah yang berlalu
tak kunjung lagi
Bagus juga ada air fryer, time takde gas, boleh guna. Nampak sedap, keladi goreng dan kopi. :)
BalasPadammacam tu rupa keladi cina.. macam mane rasanya tak pernah rasa... nampak sedap
BalasPadamWak pun selalu kudapan keladi goreng.
BalasPadamrupa dia mcm kek pisang dipotong kecil2 hehehe
BalasPadamSaya pun suka sangat keladi. Dapat keladi rebus ker, goreng ker atau pengat memang layan..
BalasPadamMakan sorang2 je la ye.. selalu gak kena, satu rumah taknak yang kita masak, makanlah sendiri2..huhu
BalasPadamNasib baik ada air fryer... Syoknya makan petang macam ni...
BalasPadamJap..nak google keladi cina..macam x kenal ...
BalasPadamsedap mkn panas2.. fav ni
BalasPadamklau dh banjir mcm mana nk tuai hasil.
Tak pernah lagi makan keladi goreng. Macam sedap je tu. Biasanya dibuat sayur atau dibuat pengat.
BalasPadamRindu nak makan keladi goreng
BalasPadam