Pages

Ahad, 13 Disember 2020

Kuih Janda (Beppa Janda)

Oleh kerana sudah merasa kuih janda @ beppa janda @ kuih bandang yang sangat sedap pemberian jiran, jadi teringinlah pula mengolahnya di dapur sendiri. Kalau beli di gerai, rasanya sudah tidak seenak pemberia jiran sebab sudah tidak panas lagi. Baiklah buat sendiri, boleh makan dalam keadaan suam-suam panas, dan berulangkali menikmatinya! Lagi pun dua hari lepas, kawan Encik Suami berikan sebesen kecil ubi kayu. Banyak kali juga Encik Suani tanya: Kenapa tak masak ubi kayu?

Alhamdulillah. Hasil rujukan dengan teman-teman sekerja keturunan Bugis, dan kebetulan biras pun orang Bugis, ditambah lagi anak buah pun beristeri orang Bugis, maka beranikan dirilah untuk teruskan misi membuat kuih janda ini.

Setelah melihat kuih janda @ beppa janda terhidang di depan mata, seolah-olah tidak percaya sudah berjaya menghasilkannya di dapur sendiri! Selama ini Amie melihat kuih janda yang cantik, sudah tentulah cara membuatnya pun rumit. Tidak sama sekali!

Untuk percubaan kali pertama, Amie gunakan 4 biji ubi kayu saiz  kecil dan menghasilkan 2 cawan parutan ubi kayu. Amie parut ubi kayu dengan cara mengisar dengan menambahkan segelas air. Kemudian Amie tapis ubi kisar tadi sehingga kering. Air ubi kayu tadi Amie tidak buang sebaliknya biarkan beberapa minit sehingga terkumpul pati ubi kayu di bawahnya, kemudian barulah dibuang air tadi. Ambil pati ubi kayu dan campurkan ke dalam ubi parut.  Mungkin kalau parut ubi kayu gunakan pemarut khas, tak perlulah tapis airnya. Untuk rasanya pula, terpulang nak manis atau kurang manis. Amie hanya tambahkan secubit garam dan satu sudu besar gula pasir serta setitis pewarna hijau. Kalau suka rasanya yang manis, bolehlah tambahkan gula lagi. 

Kuih Janda @ Beppa Janda @ Kuih Bandang



Bahan-bahan:
  • 2 cawan ubi kayu kisar - tapis airnya - ambil patinya dan campurkan ke dalam ubi kayu kisar
  • 1 sudu besar gula (jika suka manis boleh tambah)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • setitis pewarna hijau (pewarna lain yang disukai)
  • 4 biji pisang raja masak ranum - potong 4 setiap sebiji
  • sekeping daun pisang untuk alas sewaktu mengukus
  • 1 cawan kelapa muda parut + secubit garam dan kukus 7 minit
Cara:
  1. Campurkan adunan ubi kayu, garam, gula dan pewarna hijau.
  2. Ambil adunan dan leperkan di tangan. Masukkan sepotong pisang raja. Kemudian bentuk atau kepalkan menjadi lonjong.
  3. Letakkan daun pisang di dalam periuk pengukus.
  4. Susun kuih tadi di atas daun pisang.
  5. Kukus hingga masak. 
  6. Angkat dan golek-golekkan di atas parutan kelapa.


 Selamat mencuba!

17 ulasan:

  1. Cantiknya kuih dia. Tak pernah lagi jumpa kuih ni. Pisang ada, beli nak goreng, tapi ubi kayu takde. Kalo ada tentu boleh buat juga sbb mcm tak susah mana kan.

    BalasPadam
  2. Wah kalo di jawa kue ini namanya mata roda hehe

    BalasPadam
  3. cantik kejadiannya..first time tau ada kuih janda..

    BalasPadam
  4. Alamak, lepas post entri, jalangjalan sini.Jumpa kuih kembar seiras.Tersama pula juadah kita tapi ada sedikit perbezaan olahan & kelapanya.Yang biasa saya beli & masak,ubinya tawar dan kelapanya manis.

    BalasPadam
  5. Menarik ni.. Tak pernah try lagi kueh ni. InsyaAllah next time nak try kalau cukup bahan semua. TQ for sharing ya :)

    BalasPadam
  6. dapnya.....tak pernah rasa kuih ni.

    BalasPadam
  7. Macam menarik ni! Pertama kali tengok, tak pernah rasa lagi..

    BalasPadam
  8. Saya tak pernah tengok dan makan kuih janda ni, Amie. Tapi nampak sedap. Ada pisang dalam. :)

    BalasPadam
  9. nampak macam kuih buah melaka pun adoo sikit..

    BalasPadam
  10. Comelnya macam sebiji keratan rentas buah pisang.

    BalasPadam
  11. tak pernah tgk dan mkn.. nampak mcm kuih buah melaka tp dlm mcm pisang.

    menarik utk dicuba

    BalasPadam
  12. thank you sharing resepi ! heeheh boleh try

    BalasPadam
  13. Mudah juga cara membuatnya. Kuih macam ni memang sedap di makan panas. Buat sendiri boleh makan lebih sikit kan kak :)

    Tq share resepi kak amie :)

    BalasPadam
  14. pertama kali melihat kuih ini.. Kalau dapat rasa, mesti sedap nie.. Warnanya pun cantik.. hijau dan kuning..

    BalasPadam
  15. Macam sedap jer. Ada masa nk cuba buatlah..

    BalasPadam