Pages

Isnin, 30 November 2020

Pasta Spiral Goreng Berkrim

 Layan selera anak-anak bujang dengan Pasta Spiral Goreng Berkrim.


Pasta Spiral Goreng Berkrim (Keju & Herba)

Bahan-bahan:

  • 120 gram pasta spiral - rebus dengan secubit garam hingga lembut - toskan
  • 1 tin  (290gram) sos pasta berkrim Prego
  • 1 cawan hirisan dada ayam
  • 10 kuntum cendawan butang - belah 2
  • 1 cawan hirisan brokoli
  • 1 cawan hirisan kobis bunga
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar cincang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 cawan air
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga terbit aroma dan layu.
  2. Kemudian masukan sos pasta berkrim Prego, dan tambahkan air. Biarkan mendidih seketika.
  3. Seterusnya masukkan hirisan dada ayam dan cendawan butang.
  4. Setelah dada ayam masak, masukkan brokoli, kubis bunga dan pasta spiral.
  5. Gaul rata, dan taburkan garam serta rata sulah.
  6. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
  7. Jika suka, sewaktu menghidang boleh taburkan keju parmesan.

8 ulasan:

  1. sukanya makan macam ni..tapi suami tak suka pasta langsung

    BalasPadam
  2. eh eh sama pulak berpasta..sedap tu spiral goreng berkrim. nyum nyum :)

    BalasPadam
  3. Sedap tu ,bujang bongsu akak suka sangat pasta.Boleh save resepi ni utk dia.

    BalasPadam
  4. Senang juga cara membuatnya tu..Nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  5. Sedapnya. Boleh tiru resepi ni. Cuma mungkin tak tambah kubis bunga. Huhu. Kurang suka

    BalasPadam
  6. Wah nampak lazat sgt budak pun suka ni

    BalasPadam
  7. Pasta spiral kegemaran dania...kalau masak ni memang dia ulang makan sampai habis

    BalasPadam