Pages

Isnin, 30 November 2020

Ubi Kayu Rebus Goreng Sambal Penyet & Secawan Kopi Bubuk dari Padang

Selamat petang. Cuaca mendung dari pagi. Namun hujan tak junjung turun. Ikutkan mata memang nak lelap saja.  Laporan BDR sudah siap hantar ke jabatan. Kerja-kerja semakan masih belum selesai, tapi tidaklah disiapkan sekali harung sampai ke malam. Buat berperingkat-peringkat. Esok dan lusa boleh sambung. Yang penting, mesti berada di stesen masing-masing. Sekarang boleh berehat, dan boleh keluar rumah.

Sebentar lagi, 3:19 petang  akan masuk waktu Asar.  Lepas solat, rasanya nak masuk dapur sekejap. Sebelum itu intai-intai dahulu dalam folder kalau-kalau ada menu petang yang boleh dijadikan idea untuk diolah  Terjumpalah ubi kayu rebus goreng dengan secawan kopi bubuk (serbuk) yang belum dijadikan entri.


Ubi Kayu Rebus Goreng Sambal Penyet & Secawan Kopi Bubuk dari Padang


Dulu-dulu, kalau nak makan ubi kayu rebus, rebus sajalah. Nak makan ubi kayu goreng, pun goreng sajalah. Sesekali kalau buat ubi kayu rebus goreng, memang macam dah duduk di pintu syurga! Apa lagi kalau ada cecahannya seperti sambal belacan atau sambl tumis ikan bilis. Maknanya ada dua kali kerjalah. Sudah direbus digoreng pula. Bukan susah pun nak rebus dan goreng. Ubi kayu ni sporting. Tak cerewet untuk diolah. Kupas kulit, rebus dan bubuh sedikit garam buat perasa. Dah empuk, toskan airnya. Rebus jangan empuk sangat sampai lembik terbelah-belah. Nanti kalau digoreng, makan minyak pula. Lepas itu, panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Makan begitu saja pun boleh. Nak tambah sedap carilah apa-apa sambal dibuat cecahan.
Amie tak perlu susah-susah buat sambal. Stok sambal penyet masih banyak. Jadi, hidangkan sajalah ubi kayu rebus goreng dengan sambal penyet. Resipi sambal penyet yang Amie buat 4 hari lepas ada di sini: Sambal Penyet Versi PKPB

Sambal Penyet.


Jangan lupa secawan kopi panas sebagai peneman ubi kayu rebus goreng. Kopi Bubuk kiriman Pak Herman dari Padang, Sumatera Barat masih banyak lagi. Ada 10 bungkus dalam satu kotak. Kopi Bubuk cap Kuda Terbang ini memang sedap, halus dan harum. Untuk rasa lebih lazat, Amie suka masak kopi ini dan renih dengan api perlahan hingga mendidih. Kalau cuaca mendung, hawa dingin, atau hujan aromanya sangatlah semerbak!

Apa khabar Pak Herman di Padang? Bagaimana agaknya keadaan di bumi seberang musim wabak sedang melanda ini? Sedikit masa dahulu kami dengar cerita dari Pak Herman, katanya hari-hari duduk termenung memikirkan tiada lagi tetamu (pelancong) yang datang ke sana. Bermakna mata pencariannya sebagai pemandu pelancong persendirian turut terjejas. Mudah-mudahan ada rezeki dalam bentuk lain yang Allah kirimkan buat Pak Herman sekeluarga.


Terkenang kembali satu-satunya lagu Ayam Den Lapeh yang sering kami nyanyikan beramai-ramai dalam van sepanjang berada di Bukit Tinggi - Padang. Banyak-banyak lagu Minang yang Pak Herman pasang, lagu ini sajalah yang boleh kami tangkap perkataannya dengan jelas. Barangkali sebab sebelum itu pernah selalu dengar nyanyian Anita Sarawak.
Kami sangka selama ini ayam deh lapeh itu maksudnya ayam saya lapar. Setelah Pak Herman terangkan, rupa-rupanya bermaksud ayam saya terlepas! Tertawalah kami tak henti-henti untuk mentertawakan diri sendiri.... kah!

Luruihlah jalan Payo Kumbuh
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indakkan rusuah
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Mandaki jalan Padang Sikek
Manurun jalan Kabiyaro
Dima hati indak maupek
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Sikuo capang sikuo capeh
Saekuo tabang sikuo lapeh
Tabanglah jua nan karimbo
Ai lah malang juo

Pagar Ruyung jo Batu Sangkar
Tampek mandaki dek urang baso
Duduak tamanuang riok sabanta
Ai takana juo
Oo ooi ayam den lapeh

Luruihlah jalan Payo Kumbuh
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indakkan rusuah
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Mandaki jalan Padang Sikek
Manurun jalan Kabiyaro
Dima hati indak maupek
Ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Sikuo capang sikuo capeh
Saekuo tabang sikuo lapeh
Tabanglah jua nan karimbo
Ai lah malang juo

Pagar Ruyung jo Batu Sangkar
Tampek mandaki dek urang baso
Duduak tamanuang riok sabanta
Ai takana juo
Oo ooi ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh
Oo ooi ayam den lapeh

Laaaa.... mulanya nak cerita ubi rebus goreng sampai akhir, lagu Anita Sarawak pulak! Jauhnya melencong!

21 ulasan:

  1. nampak sedap pulak ubi rebus goreng tu...jarang2 saya jumpa..rasa macam tak pernah makan lagi..nanti saya nak try jugak la amie...

    BalasPadam
  2. sedapnya makan goreng ubikayu sambil nyanyi2 ayam den lapeih jgn tersedak sudah amie heh..heh..

    BalasPadam
  3. Eh! Sama le... CP masa ke Bukittinggi dengan kawan-kawan pun nyanyi lagu Anita Sarawak tu juga.. hehehehe

    BalasPadam
  4. Yang sy faham, Ayam den lapeh tu.. buah hati diambil orang, hahahah

    Esok nak cari ubi la utk sarapannnn

    BalasPadam
  5. @Sunah Sakura Silakan cuba. Kalau ada gang makan lagi best.

    BalasPadam
  6. @Darling Pya Ooo yaa... rasa rindu pulak nak ke sana, nyanyi-nyanyi lagi sambil singgah-singgah makan masakan Minang.

    BalasPadam
  7. @Seri Kandi Di Tanah Jauhar Betul tu, buah hati diambil orang. Ayam terlepas tu kira macam perumpamaanlah kan.

    BalasPadam
  8. smlm baru atie makan ubi rebus.. tapi ubi tawar saja, dgn kunyit tanpa sambal

    BalasPadam
  9. Hehehe.. terhibur saya. Lama tak dengor lagu Ayam Den Lopeh. :D
    Kat rumah ada pokok ubi kayu yang belum dikorek. Nanti boleh cuba masak macam Amie buat ni. :)

    BalasPadam
  10. Sedapkan ubi kayu rebus goreng.Anak akak baru buat 2 3 hari lepas.

    BalasPadam
  11. Lagu fav saya nih.. Saya hafal liriknya boleh nyanyi dengan sebutan yang betul. Tapi suara saya ke lautttt dalam. Hihihi.. 10 kali sedap ubi goreng tu dari suara saya.. Hihihi
    Nampak menarik ubi tu.. Terliur pula malam-malam ni mana nak cari ubinya

    BalasPadam
  12. baca lirik lagu macam termenyanyi pulak. hihi
    menarik juga tu ubi rebus kemudian goreng untuk berikan rasa rangup tu kan. hidangkan pulak dengan sambal dan kopi..nikmat betul :)

    BalasPadam
  13. adoii.. sedap tu amie. petang2 waktu hujan2 mmg best makan cam ni kan. laju je.
    siap bercicah2 gitu.

    BalasPadam
  14. Makan ubi goreng ngan sambal penyet tambah kopi o..... Mmmmm memang terbaik 👍👍
    Lagu tu pun jadi siulan 👍

    BalasPadam
  15. selalu makan ubi rebus atau ubi goreng. Tak tahu pulak setelah di rebus dan digoreng untuk makan. emm kena cuba ni. Tapi tetap suka ubi godok empuk2 cecah sambal tumis dengan ikan kering. walah. hehehehe

    BalasPadam
  16. terkenang abah aida.
    peminum kopi tegar.
    dan abah hanya minum 1 brand kopi - kopi serbuk cap tupai.
    berkenan aida dgn samal penyet tu.
    minta izin nanti nak buat ikut resepi ye.

    BalasPadam
  17. Saya suka lagu Ayam Den Lapeh tu. Tapi yang saya tahu versi Aishah. Tak tahu siapa penyanyi asal. Semoga covid segera diangkat pergi supaya Pak Herman boleh sambung mata pencarian

    BalasPadam
  18. Haha ayam den lapeh pun keluo.. pehh ubi rebus+kopi o+sambal mmg x penah mengecewakan

    BalasPadam