Selamat malam.
Masih belum selesai lagi entri jalan-jalan Bangkok-Hua Hin.
Kali ini cerita tentang makan-makan di Hua Hin, selepas berpanas di Swiss Sheep Farm. Kami singgah di Cha-Am dan nampaknya sebaik kami tiba, hidangan tengahari terus disajikan di atas meja.
Sepanjang berada di negara gajah putih ini, tak adalah hidangan makan yang tak sedap melainkan sedap-sedap belaka! Nampak seperti masakan ringkas, tapi cukup rasa. Kali ini kami menikmati makan tengahari di Kedai Makan Muslim A Bang Mana.
Apa agaknya hidangan tengahari untuk kami kali ini ye. Kalau sebelum ini, tom yam tak pernah tidak ada. Tom yam merah dan rasa. Tom yam putih bersantan pun dah cuba. Apa pulak jenis tom yam di Kedai Makan Muslim A Bang Mana kali ini?
Nampak buah-buahan pun dah kecur sebab disertakan sekali pencecah garam gula ladanya! Memang tak sabar nak makan.
Macam inilah rupa hidangan masakan ayam yang kami selalu jumpa di Thailand. Ayam dipotong kecil-kecil, tanpa tulang. Senang nak makan. Hidangan selain ayam menjadi pilihan pertama, jadi hidangan ayam menjadi pilihan terakhir pula.
Mungkin jarang jumpa timun jenis rangup begini di tempat sendiri, jadi tiap kali ada hirisan timun mesti nak makan juga. Cecah dengan sambal belacan pula. Adeeehhh.... minta sambal belacan tambahan lagi di sini...ahaks!
Nampaknya hari ini jumpa lagi telur dadar. Pun licin tak tinggal baki!
Sayur pun sodap!
Ini yang tak tahan hati bila melihat ikan siakap goreng entah berapa rasa! Sekali lagi meratahlah kami ikan garing ini dari kepala sampai ke ekor! Sosnya pun tersangatlah sedap!
Oh! Ada lagi lauk lain!
Udang galah ini dihidangkan dengan pencecahnya sekali, bukan sambal belacan tapi seakan sos hijau dengan rasa daun ketumbar segar. Apalagi...terkam itu sama udang galah!
Wow! Pengganti tom yam rupanya.
Sedapnya ya ampuuunnn! Lembut sangat dagingnya.. Entah berapa ketul masuk perut!
Jom makan buah dulu. Bismillah.
Nanasnya pun sangat manis!
Jangan malu. Jangan segan.
Malu nak makan nanti perut lapar!
Sup tulang yang sangat sedap!
Meratah udang galah hingga ke ekor yang terakhir!
Alhamdulillah.
Selesai makan, tengok-tengok sekitar kedai makan kejap.
Melihat-lihat sticker yang ditinggalkan oleh pengunjung kedai makan ini.
Dah kenyang, marilah kita pergi solat jamak pula.
Ini bukan masjid, tapi replika masjid di sebelah kedai makan.
Masjid sebenar ada di depan kedai makan. Jom ke sana.
Cantik pula lambang bulan dan bintang di pintu depan masjid.
Assalamualaikum.
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
Tiada ulasan:
Catat Ulasan