Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin rasa sangat letih. Selepas solat isya, letak kepala atas bantal dan terus lelap. Terngiang-ngiang suara Encik Suami : Malam ini tidur di bawah sajalah. Senang hendak bangun sahur.
Walaupun mata tertutup tapi Amie sempat berkata : Kalau badan masih tak sihat, tak payahlah puasa dulu.
Encik Suami memang nampak agak lesu. Mungkin penat memandu ke Tawau. Itu sebabnya Amie cadangkan bermalam di sana, sebab tak perlu tergesa-gesa memandu semula ke LD pada hari yang sama. Apabila asyik muntah-muntah, semakin layulah muka Encik Suami. Dalam perjalanan puang dari Tawau Airport ke LD, kita sempat terlelap. Itu pun rasa tak cukup rehat!
Pagi tadi, sewaktu masuk dapur Amie tidak nampak sebarang kesan yang menunjukkan Encik Suami minum di awal pagi. Biasanya ada terletak bekas biskut dan cawan minuman panas. Rupa-rupanya Encik Suami teruskan niatnya hendak puasa enam.
Menjelang tengah hari, Amie masak nasi dan lauk untuk hidangan tengah hari. Makan sahajalah dengan Firdaus. Amie masak sayur bening, jagung dengan betik mengkal dan goreng ikan talang masin. Amie panaskan satu bekas rendang daging. Hendak buat sambal belacan, tapi memikirkan cuaca panas 32'C tidak jadilah selongkar cili padi di dalam peti sejuk. Baiklah banyak-banyak minum air buang panas, Lo Han Guo.
 |
| Hidangan Tengah Hari |
 |
| Nasi Putih |
 |
| Sup Jagung dengan Betik Mengkal Campur Daun Kemangi |
Daging ayam masih beku dalam freezer, jadi tak perlulah bubuh ayam dalam sup. Memadailah potong dua tongkol jagung dan betik mengkal pemberian abang ipar sewaktu dalam beraya ke rumahnya minggu lepas. Untuk tambah rasa enak sup, boleh tambahkan lada putih atau lada hitam tumbuk. Sekali lagi apabila memikirkan cuaca yang panas membakar, Amie tidak bubuh lada putih dalam sup. Amie hanya masukkan beberapa hiris halia muda, bawang putih dan bawang merah sahaja. Setelah jagung dan betik mengkal masak dalam periuk, Amie masukkan daun kemangi dan isi udang segar.
Semangkuk besar jugalah Amie hirup Sup Jagung dengan Betik Mengkal Campur Daun Kemangi. Memang harum menggoda selera kuah sup!
 |
| Ikan Talang Masin Goreng dengan Cili Putih |
Amie banyak kali kongsikan resipi ikan masin goreng dengan bawang dan cili. Tak kiralah samada ikan liking, ikan talang, ikan terubuk dan sebagainya. Kali ini Amie goreng ikan talang masin dengan bawang besar dan cili putih yang dipetik dari belakang rumah. Di bawah ini, antara resipi ikan masin dari entri-entri lepas:  |
| Rendang Daging |
Sebenarnya makan nasi dengan sayur bening dan ikan talang goreng pun sudah mencukupi. Firdaus pula goreng telur dadar sendiri. Amie panaskan satu bekas rendang daging yang disimpan dalam freezer buat tambah-tambah lauk. Melihat rendang daging ini teringat Aseeyah. Setiap kali ada rendang daging di atas meja, Aseeyah berkali-kali menambah dalam pinggan makannya. Nampak bersungguh-sungguh Aseeyah makan.
Apabila teringat Aseeyah, sudah tentu terkenang Hamzah!
Masih teringiang-ngiang suara Hamzah : Bye bye Tok Mi....aduhai cucunda!
Tentu sedap sangat rendang daging Kak Amie sehingga Aseeyah makan menambah-nambah. Tiba² sy terbayang wajah lembut Aseeyah dan puteranya Hamzah. Tentu Kak Amie betul² rindu cucu nak seorang itu.
BalasPadamMesti sedap manis sup akak tu, dahla ada jagung ada udang lak
BalasPadamKak Amie...ajar buatkan sup jagung campur betik mengkal tu plis....ikan amsin talang tu menggoda betul la..
BalasPadamIkan talang tu menambah selera makan.
BalasPadamNampak makanan sajian amat mempersonakan..ada lada putih ..semua orang nak makan..hehehe
BalasPadamMesti sedap rendang amie tu sampaikan menantu menambah-nambah. Takpe nanti cuti sekolah boleh jenguk Hamzah lagi bila kesihatan Enche Majed semakin pulih.
BalasPadamSelamat hari raya!
BalasPadamSaya setuju, ada sup panas dan ikan masin je sudah selera makan. 😋
BalasPadamLama tak beli ikan talang masin.
Tiap kali tengok posting sup betik hati meronta nak cuba tapi bila ada betik mengkal selalu rak teringat...
BalasPadamSegerrr tu hirup bening betik mengkal + jagung, rasa manis² buah.
BalasPadamSup Jagung dengan Betik Mengkal Campur Daun Kemangi ni confirm sedap
BalasPadamTerlalu letih mungkin pak suami ya kak. Semoga cepat sehat seperti sedia kala.
BalasPadamAiiiih kalau dah lihat aneka menu buatan kak Amie, memang lah lapar dibuat 😍😍😄. Plating cantik, menggugah selera sangat