Pages

Jumaat, 20 Mac 2026

Iftar 29 Ramadan 1447H - Nasi Lemak Pandan Sambal Sotong Kering

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, 29 Ramadan kami berbuka puasa di kampung. Alhamdulillah sempat masak juadah untuk dibawa berbuka bersama ahli keluarga Encik Suami. Perjalanan dari Lapangan Terbang Tawau ke LD mengambil masa selama dua jam. Penerbangan Fuad lewat satu jam dari Kuala Lumpur. Sepatutnya tiba di Tawau pukul 10:41 pagi tetapi pukul 11:50 baru mendarat. Alhamdulillah.

Amie masak Nasi Lemak Sambal Sotong Kering. Sotong kering yang hendak diolah Amie rendam dengan air sotong dua hari lepas. Setelah kembang Amie cuci bersih dan simpan dalam peti sejuk. Pada pagi Rabu, Amie hiris sotong dan celur seketika dan setelah sejuk Amie simpan dalam peti sejuk. Amie goreng ikan bilis dan kacang tanah. Amie buat sambal tumis sekali. Selepas solat zohor kami ke Tawau dan menginap satu malam di sana.

Jadinya, pulang dari Tawau, Amie hanya perlu kukus nasi lemak, rebus telur dan hiris timun. Panaskan semula sambal tumis dan masukkan sotong kering. Pukul 5:45 petang kami gerak ke kampung dan sebelum azan maghrib kami sudah susun makanan yang dibawa.

Nasi Lemak Sambal Sotong Kering

Pelengkap Nasi Lemak Pandan Sambal Sotong Kering

Banyak menu berbuka puasa di rumah adik ipar tapi tak sempat ambil gambar sebab wakatu berbuka sudah menghampiri. Masing-masing sibuk mengambil makanan. Ada bubur ayam. Ada laksam, Ada nasi putih dan lauk-pauk termasuk itik. Ada kuih akok dan sebagainya.

Nasi Lemak Pandan

Antara resipi nasi lemak ada di sini:

Sambal Sotong Kering

Telur Rebus

Ikan Bilis Campur

Hirisan Mentimun

Kacang Tanah


Selepas berbuka kami solat maghrib dan isya berjemaah, sementara menunggu pengumuman hari raya. Alhamdulillah, hari raya jatuh pada hari Sabtu. Jadi, kami terus sambung solat tarawih terakhir di bulan Ramadan.

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah dapat berbuka bersama keluarga besar.
    Sy nak buat sambal telur puyuh kejap lagi :)

    BalasPadam
  2. Sambal sotong kering tu nampak macam sotong kembang yang dijual kat sini.. kat sana takde jual yang sudah direndam ke kak.. atau sotong jenis yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu du LD ada sotong kembang. Sekarang tidak ada.

      Padam
  3. Kak amie sebut mentimun baru teringat mak dulu panggil mentimun jugak.

    BalasPadam
  4. Berbagai iftar berbuka puasa..genap ke 29 ramadan..

    BalasPadam