Pages

Ahad, 15 Mac 2026

Iftar 25 Ramadan 1447H - Yong Tau Foo Sos Hitam / Pedas & Sup Jernih

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi ajak Firdaus bantu masak di dapur. Kononnya hendak berbuka puasa dengan Yong Tau Foo.  Firdaus tukang rebus telur puyuh dan kupas kulitnya. Selepas itu ajar dia buat sos pedas. Amie sediakan sos hitam. Encik Suami pula hendak makan Yong tau Foo Sup Jernih

Oleh kerana Amie buat cili sumbat, bendi sumbat dan terung sumbat dengan isi ikan, jadi segala ekor, tulang dan kepala ikan Amie rebus dengan halia dan bawang putih. Kemudian Amie tapis. Bahan Yong Tau Foo lain Amie gunakan  dua bungkus Steamboat 5 In 1. Setelah rebus bahan steamboat, Amie campurkan air rebusan tadi dengan air rebusan ikan, tambahkan sedikit stok ayam dan garam.

Yong Tau Foo Sos Hitam / Pedas & Sup Jernih



Firdaus teruja hendak susun bahan Yong Tau Foo. Kita pun tak sempat kita berapa jenis bahan yang ada. Yang penting segala yang kita sumbat dengan isi ikan dikukus sempurna. Rupanya Firdaus pun sumbat juga di celah-celah Steamboat 5 In 1.


Sos Hitam

Sos Pedas

Sos Pedas ini Amie oleh sendiri. Firdaus haluskan bawang putih dan cili padi merah gunakan chopper. Setelah kedua-dua bahan ini Amie masukkan ke dalam mangkuk, Amie tambahkan Sos Cili Thai Maepranom. Bubuh sedikit garam dan gula dan perahkan jus limau kasturi. Sedap dan wangi!


Kejadian segala yang disumbat tidaklah secantik yang diharapkan. Amie hanya tumbuk isi ikan dalam lesung, tambahkan lada putih dan bawang putih, gula dan garam serta sedikit serbuk cukup rasa. kalau isi ikan dikisar tentu hasilnya licin dan mulus.

Yellow Sweet Pepper

Tapi, sedap jugalah rasanya. Tengok dalam periuk pengukus nampak berseri jew sweet pepper yang warna-warni bersama teman-temannya cili hijau, kacang bendi dan terung.

Cili Hijau Sumbat

Sos Pedas & Sos Hitam

Yong Tau Foo Sos Hitam & Sos Pedas

Yong Tau Foo Sup Jernih

Fairuz kata sedap makan Yong tau Foo Sup Jernih. Apabila Amie hirup kuah sup jernih, memang sedap! Kedua-duanya sedap. Sos Hitam & Sos Pedas serta Sup Jernih. Alhamdulillah.

Salad Campur

Untuk Encik Suami, Salad Campur kali ini Amie gabungkan hirisan daun salad dengan  limau bali, baby spinach, tomato ceri dan blackberry.

Selesai menulis entri ini, kita hendak ke dapur. Hendak panaskan sup dan hirup kuahnya yang sedap itu! Bolehlah meratah Yong Tau Foo baki berbuka puasa tadi. 

22 ulasan:

  1. Nampak sedapnyer
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. sedapnya menu berbuka YTF. platting pun menarik memang bertambah selera.

    BalasPadam
  3. YTF sedapnya Kak Amie masak. Nak buat tapi tertangguh2 mood nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Penyediaannya pun ringkas. Jangan tangguh-tangguh Mulan, nanti asyik tak jadi hihihi.

      Padam
  4. Sedapnya Kak! Makan pun puashati, boleh ulang² makan lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap PH. Sup sedap, sos pedas pun sedap.

      Padam
  5. Geram betul lah nengok sumbat-sumbat tu.

    BalasPadam
  6. Saya kan, bila sudah pandai makan yongtaufu dengan sup jernih, tak pandang dah sos hitam atau sos pedas. Hehe.. sedapnya kak Amie masak. Cili hijau sumbat tu, antara feveret saya. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Nur, saya pun tersuka tanpa sengaja.

      Padam
  7. YTF ni memang sedap la. Saya suka makan dengan sup jernih.

    BalasPadam
  8. rajinnya akak buat semua sendiri.... sesekali layan makan menu berbuka gini kan kak

    BalasPadam
  9. terliur plak time2 petang mcm ni.. lama juga rasanya tak makan yong tau foo

    BalasPadam
  10. rajin Daus tolong uminya masak sedap menunya

    BalasPadam
  11. Saya antara yang suka makan ikan..

    BalasPadam
  12. Wah ada peria sumbat, kreatif sajian ni tau..

    BalasPadam
  13. Wahhhhh ini udah macam hidangan di restoran fine dining. Meriah dan wow sungguh

    BalasPadam
  14. puas hati bile buat sendiri. biasa kalau beli kat pasar malam mahall.
    saya suka bila sotong kembang

    BalasPadam
  15. Saya masih penasaran rasa saus hitam YTF. Selama ini tiap ke Malaysia dan beli YTF selalu pakai kuah sup. Nampak sedap yg saus hitam ini kak

    BalasPadam
  16. Sedapnya kak amie...buat sendiri puas hati boleh makan puas2 dan ulang2

    BalasPadam