Pages

Ahad, 15 Disember 2024

Mencari Cengkaruk & Serondeng Ikan di Pasar Tani LD

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua minggu lepas ceritanya di sini: Sarapan Ubi Kayu Rebus dengan Kelapa Parut & Ikan Tamban Goreng. Kami beli sebungkus cengkaruk di pasar tani. Cengkaruk ini hanya ada dijual di sebuah gerai saja dan empunya gerai sudah tentulah orang Melayu Cocos. Sebelum Firdaus ke kelas tuisyen, Amie suapkan sesudu. Balik dari kelas tuisyen Firdaus mengelilingi meja makan berkali-kali seperti mencari sesuatu. Apabila Amie tanya, katanya : Daus cari keropok beras.

Amie ketawa geli hati sebab yang dimaksudkan Firdaus itu ialah cengkaruk yang Amie sudah simpan dalam tupperware. Amie tunjukkan tempat letak cengkaruk dan juga serondeng ikan. Kemudian Amie masuk ke bilik. Sebelah petangnya apabila Amie turun ke dapur, rupanya Encik Suami dengan Firdaus sudah habiskan cengkaruk dan serondeng ikan! Rupanya Firdaus suka makan cengkaruk dengan serondeng ikan sampai tak tinggal sedikit pun.

Alhamdulillah, pagi tadi ada peniaga cengkaruk di pasar tani. Kami beli dua bungkus cengkaruk dan sebungkus serondeng ikan.

Cengkaruk dan Serondeng Ikan

Selain cengkaruk kami cari makanan untuk sarapan. Beli takoyaki campur inti ayam, ketam dan udang. Rembat juga beberapa jenis kuih, bihun goreng dan soto ayam. Soto ayam di LD gunakan suhun celur dan bukan suhun goreng seperti di tempat kita.

Takoyaki Campur : Ayam, Udang & Ketam

Firdaus : Bihun Goreng & Ayam Goreng

Encik Suami : Bihun Goreng & Telur Mata

Amie : Soto Ayam


Lai Chi Kang

Walaupun hari masih pagi tetapi cuaca sangat panas. Tambahan pula pasar tani terletak di tepi pantai. Matahari memancar garang. Beli Lai Chi Kang dan sudah tentulah hanya dapat hirup airnya. Isinya tertinggal dalam bekas. Sampai rumah, kita bancuh kepingan air mata kucing dan tuangkan ke dalam bekas lai chi kang yang masih berais. Dapatlah minum lagi.

Kuih-muih dari Pasar Tani LD 

Sengaja beli banyak kuih untuk alas perut kalau rasa lapar tengah hari nanti. Macam malas pula hendak masak nasi! Nanti kalau Firdaus balik tuisyen bolehlah makan kuih dahulu sementara menanti nasi tanak.


Dua bungkus cengkaruk.

Cengkaruk & Serondeng Ikan


Kita letak cengkaruk dan serondeng ikan atas meja. Nanti Firdaus nampak, bolehlah buka dan ambil sendiri. Tapi sebelum itu kita hendak makan dulu. Takut habis dikerjakan oleh Firdaus dengan Encik Suami seperti dua minggu lepas... ahaks!

Jom makan cengkaruk!

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cengkaruk pada asalnya diperbuat dari lebihan nasi yang dikeringkan dan kemudian digoreng. Kalau orang Cocos makan dengan serondeng ikan. Sekarang ada cengkaruk yang diperbuat daripada beras pulut seperti bahan untuk buat inang-inang.

      Padam
  2. oo kat sana sebut cengkaruk.
    Masa kecik pernah makan sebab arwah nenek kerap buat. Tapi rasanya guna kerak nasi yang dijemur kering kemudia digoreng. krup krap makannya. Masa tu makan kosong je.
    Snacking zaman budak-budak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cengkaruk tu orang Melayu Cocos punya sebutan.

      Padam
  3. lain sebutan kat sana ye...ye la lain tempat lain namanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya SA. Benda yang sama, lain panggilannya di tempat yang berbeza.

      Padam
  4. Oh namanya cengkaruk...pernah makan dulu dulu tapi kami panggil nasi kering gorwng...Makan gitu je tapinya..Bila rengok makan dengan serondeng...wa...teringin la

    BalasPadam