Pages

Sabtu, 14 Disember 2024

Cerita Setengah Hari Sabtu

Bismillahirrahanirrahim.
Setelah hantar Firdaus ke sekolah untuk perjumpaan kokurikulum, Amie bersama Encik Suami singgah sarapan di Warung Al Amin. Amie memilih Mi Kari Udang manakala Encik Suami mengambil kuetiaw goreng dengan telur mata. Encik Suami minum nescafe susu, Amie minum coklat susu. Kami makan kuih karipap, kuih serabi yang harum wangi dan apam gula hangus.

Mi Kari Udang

Karipap, serabi dan apam gula hangus.

Kuetiaw goreng & telur mata.

Nescafe & Coklat Susu

Selesai sarapan kami ke Seri Perdana, beli sayur dan ikan. Singgah beli kuih di Petite Dessert dan terus pulang. Sampai rumah terus ke dapur, kemas apa yang patut dan kemudian makan betik Hawaian Solo sebiji.

Betik Hawaian Solo

Amie susun kuih-muih yang dibeli di dalam nyiru. Kemudian letak bawah tudung saji. 


Selepas itu naik ke tingkat atas dan masuk bilik, konon hendak menulis entri. Baring-baring dulu tetapi terus terlelap! Apabila terjaga, terdengar suara Firdaus di bawah. Rupanya Encik Suami sudah ambil Firdaus dari sekolah. Kita pun turun ke dapur hendak masak nasi. Eh, Encik Suami sudah masak nasi rupanya. 

Amie tanya Firdaus. Lapar tak?
Jawabnya : Daus sudah kenyang. Habis semua karipap Daus makan!

Apabila kita buka tudung saji memang tidak tinggal sebiji karipap pun! Hanya ada sebiji kuih cempiang, sebiji nona manis dan beberap ketul kuih penjaram.

Patutlah apabila diajak makan nasi, Firdaus tidak mahu. Rupanya sudah kenyang makan kuih. Sekarang Firdaus sedang berehat-rehat. Pukul empat petang nanti akan menghadiri kelas tuisyen pula.


Sempat buka HP, nampak gambar Firdaus yang dikongsi oleh guru penasihat BSMM - Bulan Sabit Merah Malaysia ketika beraktiviti di dalam kelas.

Bergambar ramai sempena perjumpaan terakhir sesi 2024.

Wokey!
Semoga ceria sepanjang hari ini.
Jumpa lagi.

11 ulasan:

  1. Terkejut tengok banyaknya Kak Amie beli kuih rupa²nya memang Firdaus suka makan kuih ya. Bagus betul, Daus. Sedap² nampak sarapan Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Firdaus suka makan kuih.
      Macam orang tua kan SK. Dah duduk sama dengan orang tua-tua ... ahaks!

      Padam
  2. Wah boleh kenyang dgn makan karipap saja ye Days... Kalau aunty nak juga nasi 🤭
    Gemuk² la using tu, puas makan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus kalau sudah makan kuih, tak jamah nasi dah.

      Padam
  3. Mi Kari Udang sedapnya. Baru balik kedai runcit, hubby beli betik Hawaii. Memang manis sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betik hawaian solo sedap manis.
      Penjual betik yang kami beli ada pokok di kebun sendiri.

      Padam
  4. Udang besar2... sampai hilang mi...!

    BalasPadam
  5. Puas hati kalau beli banyak kuih, ramai peminatnya.
    Kenyang Firdaus makan kuih tengahari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Kalau kuih sedap memang ramai peminat kan Faizah.

      Padam
  6. Nih namanya ada mee di sebalik udang. Kena stop dulu tengok blog Amie ni sebab dok tertelan-telan air liur di kala puasa ganti ni😅

    BalasPadam