Pages

Ahad, 8 Disember 2024

Betik Hawaian Solo

Bismillahirrahmanirrahim.
Ada yang panggil buah betik dengan nama katis, ketela, ketelah, ketalah, pepaya atau kepaya. Mak mentua Amie panggil buah kepayas. Nama botani betik ialah carica papaya. Buah betik merupakan spesies tumbuhan dalam genus carica keluarga caricaceae. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan dan Amerika Tengah. Kini pokok betik  ditanam hampir di semua negara beriklim tropika termasuk di Asia Tenggara.

Sumber: BETIK

Melalui rujukan Pak Google, betik saiz kecil, rasanya manis dan berwarna merah jingga yang selalu kami beli di pasar tani ialah jenis Hawaian Solo. Selalunya kami beli yang sudah masak atau hampir masak tetapi hari ini penjual betik kata tiada betik yang masak. Semuanya mengkal. Jadi, kami pun beli sajalah yang mengkal dan memang elok jugalah sebab boleh biarkan dalam suhu bilik sementara menanti masak dalam tempoh beberapa hari.

Betik Hawaian Solo bersaiz kecil sebesar tapak tangan Firdaus. Comel!



Beli dua kilogram, dapat lapan biji.

Gambar Betik Hawaian Solo dalam entri lepas.
Senang hendak makan. Belah dua dan buang biji. Sudu isinya, dan bawa ke mulut. Manis,

Peniaga Betik Hawaian Solo mempunyai pokok sendiri.
Semuanya masih segar, baru dipetik dari pokok.


Selain Betik Hawaian Solo, peniaga betik juga jual limau yang juga ditanam sendiri.
Tak tahu apa nama sebenar limau ini tetapi sedap jika dibuat jus!

Apabila sudah jadi jus limau, teringat es jeruk di Bukit Tinggi, Padang!


7 ulasan:

  1. Aiiiiih cute sangat diaaaa 😍😍😍. Saya belum pernah lihat yg size comel macam nih kak. Biasanya yg agak besar sikit. Lucu juga kalo ada yg kecil. Makan 1 orang 1 😄

    BalasPadam
  2. Kat sini betik solo tu kemain mahal...
    Limau tu nampak berjus dan segar..Terliur pulak tengok

    BalasPadam
  3. Comel je saiznya. Tiba-tiba teringat pada zaman betik eksotika diperkenalkan di negara kita. Saya punyalah excited masa tu sebab jumpa ‘betik mini’ 😁

    BalasPadam
  4. Comelnya betik, senang makan guna sudu je kan.

    BalasPadam
  5. Belum pernah jumpa betik mini gitu.
    Senang juga nak makan, sudukan je, tak perlu kopek kulit.

    BalasPadam
  6. es jeruk di bukit tinggi enak lorrrr

    BalasPadam