Pages

Ahad, 8 Disember 2024

Cerita Tentang Ikan Belais @ Belawis Dan Teman-Temannya

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari minggu, hari untuk gotong-royong bersihkan rumah. Hari ini juga hari untuk mencari bekalan lauk untuk seminggu kecuali sayur. Biasanya kami beli sayur dua atau tiga hari sekali. Sayur mudah dibeli dalam perjalanan balik dari menoreh. Banyak gerai sayur dan buah-buahan di tepi jalan. Cerita tentang buah, semakin hari semakin seram hendak beli buah walaupun di gerai. Minggu lepas, Encik Suami bawa pulang sesikat pisang nipah berharga RM13.00! Itu pisang. Belum buah mangga, buah naga, buah terap! Ngeri!!!

Jadi kita cerita tentang ikan sajalah. Orang kata ikan di Sabah murah. Memang benar ada betulnya tetapi kena tengok tempat. Kalau dekat dengan laut memanglah dapat harga lebih murah tapi kalau tinggal di pedalaman sanun, memang harga kayangan juga sama seperti di tempat kita.

Walaupun harga lebih murah dari harga di Malaya, tapi tak kanlah makan ikan setiap hari, siang dan malam, dari Sabtu sampai ke Ahad! Kita nak makan juga buah.  Mana ikan boleh bertukar jadi buah, jadi kambing atau lembu.... ahaks!

Tak apalah. Murah atau mahal bergantung kepada cara pengurusan perbelanjaan masing-masing. Tak mampu beli ikan harga kayangan, pilihlah ikan harga marhaen. Dapat makan ikan juga. Dapat sumber protein juga.

Ikan Belais @ Belawis

Encik Suami suka makan ikan belais. Di Sabah, biasanya mereka memanggil ikan belais @ belawis. Di tempat lain dikenali sebagai:
  •  Ikan Baronang
  •  Ikan Debam
  •  Ikan Ketang @ Ketang Lada
  •  Ikan Belaris
  •  Ikan Belibas
  •  Ikan Dengkis
Banyak betul sijil lahir ikan belais @ belawis ini. Kalau hendak kenal ikan ini, lihat pada tanda kuning di pangkal ekornya seperti dalam gambar di atas. Ada saiz kecil dan saiz besar. MIL suka masak brengkes, sejenis masakan Melayu Cocos. Selain digoreng, ikan ini sedap dipanggang dan dimakan bersama putu.

Ikan Kerapu

Encik Suami pilih ikan kerapu. Amie pun tak tahu jenis kerapu apa. Banyak betul keluarga  dan saudara maranya! Ikan kerapu ini MIL suka masak sambal. Jangan lupa di akhir masakan, perahkan jus limau nipis! Itulah resipi sambal ikan MIL yang tak pernah kita lupakan. MIL suka gunakan ikan kerapu merah atau disebut ikan gelek untuk dimasak sambal. Kalau Amie, goreng pun sodap!

Ikan Belanak

Jarang sangat ada ikan belanak saiz begini di LD. Amie suka yang lebih kecil yang selalu dijual di kampung sanun. Rasanya lebih manis dan kalau digoreng garing, boleh kunyah tulangnya sekali. Ikan belanak saiz besar, isinya tawar.
Ada yang memanggil ikan belanak dengan nama:
  • Ikan Loban
  • Ikan Kedera
  • Ikan Tamuk
  • Ikan Temurak
Ikan Cencaru

Ikan cencaru ini orang Sabah biasa dengan panggilan ikan kubal-kubal. Ada yang panggil ikan jaket. Nama lain ikan cencaru termasuklah ikan gelenggu, gerunggong dan keras ekor.

Ikan Putih Sabah @ Ikan Cermin


Beli juga daging ayam bahagian peha. Masih ada lagi baki peha ayam dan ceker yang dibeli di pasar raya dalam freezer.


Dan juga daging bahagian pipi lembu.

Suasana tepiaan laut di pagi minggu.

5 ulasan:

  1. Seronoknya tengok hasil belian bahan basah Kak Amie...SA minggu ni x beli banyak...fridge dah penuh

    BalasPadam
  2. Ikan yang pernah dengar namanya Cencaru dan Kerapu. Lain2 tak pernah. Unik betul nama ikan2 ni ya Kak Amie....

    BalasPadam
  3. Senang nak beli sayur jika banyak jualan di tepi jalan. Ikan² tu semua jarang sy beli, kadang macam nampak jugak adik-beradiknya di pasar.

    BalasPadam
  4. setuju kak, xkn nk mkn salmon tiap hari, mkn kembung pun khasiat sama mcm salmon.. rasanya ikan belais tu kalau kat sarawak ni lain pulak namanya.. hehehe

    BalasPadam
  5. Pas baca ikan belais saya tak tahu, tp disebut baronang baru paham 😁. Di sini sebutnya baronang. Biasanya pun kalo tak dibakar, ya digoreng kalo saya makan ini. Masak sendiri tak pernah, selalunya beli di warung seafood . Baronang termasuk yg murah soalnya dibanding ikan lain

    Tp betul kalo ttg buah kak. Di sinipun buah mahal, padahal termasuk buah lokal.

    Kalo buah import saya paham kenapa mahal. Tp sedih kalo yg lokal pun sama. Anak2 saya kurang suka sayur, tp mereka suka buah. JD terkadang saya lebih suka beli buah drpd sayur. Cuma kalo mulai naik, terpaksa tak bisa banyak macam belinya

    BalasPadam