Pages

Ahad, 8 Disember 2024

Sarapan Buras @ Burasak dengan Serondeng & Sambal Ikan Bilis

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Pagi tadi dalam perjalanan menuju ke pasar, dengar berita di radio tentang keadaan banjir yang akan berterusan sehingga bulan Mac 2025 terutama di beberapa buah negeri di sebelah pantai timur semenanjung. Semoga pihak berkuasa dan semua penduduk di kawasan yang dikenal pasti banjir dapat membuat persediaan sebaik mungkin.

Pagi ini LD mendung sampai sekarang. Langit nampak sendu, dilindungi awan kelabu. Apa pun jangan lupa kain di jemuran sebab hujan tidak mengenal waktu. Kalau sudah kering, eloklah cepat-cepat angkat, jangan tunggu sampai ke petang.

Wokey!
Jom sarapan buras. 
Biasanya penjual buras akan jual buras bersama lauk serondeng kelapa dan sambal ikan bilis. Dan sudah tentu ada lauk ayam masak palekko. Amie beli buras sahaja, dan memang ada lauk serondeng kelapa ditambah sambal ikan bilis. Kalau hendak makan ayam masak palekko, Amie masak sendiri.

Kalau berhari raya di rumah rakan-rakan Bugis, memang jumpa macam-macam lauk-pauk buras!

Buras @ Burasak dengan Serondeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis

Buras @ Burasak  Nasi (empat segi tepat) & Pulut (panjang).

Lahad Datu terkenal dengan masyarakat Bajau dan Bugis. Jadi, makanan yang selalu kami jumpa sudah tentu tidak lari dari kedua-dua jenis masakan kaum ini. Kalau masyarakat Bajau terkenal dengan makanan tardisi mereka iaitu putu, manakala masyarakat Bugis pula sinonim dengan buras @ burasak.

Buras atau burasak ialah sejenis masakan yang berasaskan beras dan santan. Biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban. Namun di LD, setiap hari boleh jumpa buras dan makan buras sebagai sarapan. Tak perlu tunggu hari raya baru boleh makan buras.

Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah dimasak  dibungkus dengan daun pisang lalu diikat rapi sebelum direbus  sekurang-kurangnya empat jam.

Encik Suami : Bihun Goreng Telur Mata

Firdaus : Nasi Kuning Ayam Goreng


Menu wajib dibeli sudah tentu ubi rebus kelapa parut.


Makan ubi rebus dengan ikan cencaru goreng.

Tapai Pulut

Tau Fu Fah Gula Melaka & Gula Pandan


7 ulasan:

  1. sedapnye ubi rebus kelapa parut tu kak...

    BalasPadam
  2. Saya bersyukur kuliner Bugis atau Makasar ini banyaaak sangat di jakarta. Memang Orang2 Bugis itu perantau. Di banyak2 tempat mereka ada, hampir sama macam orang Padang.

    Krn banyak di JKT, jadi restoran Bugis pun tersebar. Makanya saya sukaa beli. JD kalo rindu Coto, pallubasa, atau buras, tak jauh sangat nak cari.

    BalasPadam
  3. Masyaa Allah...sedapnya sarapan cikgu...
    Terliur tau!
    Masa membeli makanan di pasar malam Tawau,saya perasan beberapa jenis makanan. memang diberi bersama sambal bilis..Memang vanyak pulak tu bilis dalam sambal dan sedap..suka sangat
    Serondeng kelapa tu memang dicampur ikan bilis yer cikgu?

    BalasPadam
  4. Terliur tengok ubi rebus tu… tapai pulut nampak menarik berwarna ungu begitu 😊

    BalasPadam
  5. Pembuat tapai tu kreatiflah, comel je tapai bentuk bulat.

    BalasPadam
  6. Itu disana namanya Buras juga Mbak?
    Bahasa Sunda memang menyebut itu dengan "buras" atau "leupeut", istilah bahasa bakunya (bahasa Indonesia) disebut sebagai lontong.
    Buras kalau disini dimakannya bersama dengan gorengan (peyek) ikan teri atau peyek kacang atau goreng tempe.

    Nasi kuning plus ayam goreng...ah sangat mengundang selera Mbak.

    Salam,

    BalasPadam