Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila disebut terung, terbayang waktu kecil dahulu Bonda tanam terung telunjuk di tepi rumah. Buahnya sangat lebat. Orang kampung seperti kami memang tidak pernah putus bekalan sayur. Kalau di kebun memang banyaklah sumber sayuran yang boleh dikutip seperti bayam, kangkung, kacang koro, kecipir, meranti, cili dan sebagainya.
Berbalik cerita tentang terung selain terung telunjuk, Bonda tanam terung bulat. Masih ingat lagi, Bonda suruh kita buat sambal terung. Terung bulat tadi dibakar dan kemudian dilenyek bersama sambal di dalam lesung. Terung pipit pula tak perlu ditanam sebab tumbuh sendiri di kebun. Hanya kutip hasilnya sahaja. Aduhai, kalau Bonda suruh petik terung pipit habislah gatal-gatal tangan terkena bulu pada pokok terung pipit.
Sekarang kalau hendak makan terung, kita suka masak terung Taiwan yang berwarna ungu dan isinya putih manis. Paling sedap kalau masak balado. Tapi kali ini kita kongsikan Terung Hijau Masak Taucu. Sebenarnya kita hendak masak pajeri tapi tidak ada kelapa hendak dibuat kerisek. Jadi, apabila terpandang taucu, jadilah Terung Hijau Masak Taucu!
Terung Hijau Masak Taucu |
Terung Hijau |
Jarang sangat hendak jumpa terung hijau. Nampak cantik dan segar serta masih muda. Kita potong lima tangkai terung hijau yang panjang dan belah tapi tak putus. Kemudian kita goreng hingga layu dan toskan. Hasil masakan akan nampak lebih cantik kalau ada hirisan cili besar merah dan hijau, tapi kita hanya ada cili padi. Jadi, campak sajalah beberapa tangkai masuk dalam kuali.
Terung Hijau |
Resipi Terung hijau Masak Taucu
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 5 tangkai terung hijau - potong 3 - belah jangan putus
- 3 sudu besar taucu
- 15 ekor udang kertas - bersihkan
- 7 tangkai cili padi - sebaiknya cili merah / hijau - hiris
- minyak
- garam / gula / perasa pilihan
Bahan cincang:
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
Cara memasak:
- Goreng terung hijau hingga layu - toskan
- Tinggalkan 4 sudu minyak bekas goreng terung hijau di dalam kuali.
- Tumis bahan cincang hingga kekuningan.
- Masukkan taucu, cili padi diikuti dengan udang.
- Setelah udang berubah warna masukkan pula terung hijau.
- Taburkan sedkit garam (sudah ada rasa masin taucu) / gula / perasa pilihan.
- Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
Terung Hijau Masak Taucu |
Menariknya hidangan terung taucu ni, kak 🤤
BalasPadamjarang jumpa terung hijau ni. sedapnya masak taucu.
BalasPadamTak pernah lagi cuba masak terung taucu ni. Mungkin lepas ni boleh cuba.
BalasPadamwahhhh panjang2 terungnya...
BalasPadamsedapnyaaaaa
Simple jugak ye resipinya. Boleh cuba ni 😁
BalasPadamOh, hari tu nampak PH masak terung hijau juga. Kita ingat nanti terung ni akan jadi purple, hihi. Mesti sedap tu masak taucu.
BalasPadamnampak sedap betul dengan rupa udang nya tu kak
BalasPadamSukanya terung....
BalasPadamZaman kanak kanak dapat percuma mak tanam tak suka..dah tua tua. ni kena beli,eh suka pulak..tapi saya belum pernah jumpa terung macam cikgu masak ni
Tiap kali balik kampung, terung ni akan jadi pilihan, bawak balik rumah buat stok. Biasa buat goreng berlado tapi macam menarik je kalau dimasak taucu. Ok nanti nak cuba.. hehehe..
BalasPadamIsssh nampak sedap pula kak. Terong panjang hijau begini suka dibuat gulai Ama mama. Saya pun suka terong ini. Tapi belum pernah coba di masak lain. Nak cari tauco lah.. dah lama juga tak makan tauco
BalasPadamMenarik resepi ni. Terima kasih share.
BalasPadam