Bismillahirrahmanirrahim.
Malam tadi terpandang orang kampung kami di FB: GROUP 5 BUAH KAMPUNG kongsikan gambar cendawan busut menepati seperti peribahasa 'cendawan tumbuh selepas hujan'! Empunya cendawan busut membuka pesanan dengan harga RM28.00 sekilogram. Katanya lagi, cendawan busut hanya tinggal 10 kilogram sahaja.
Kredit : Mohamad Shahrizam |
Video menunjukkan banyaknya cendawan busut boleh tonton di sini: Mohamad Shahrizam
Tadi, terpandang lagi cendawan busut di GROUP 5 BUAH KAMPUNG kami. Kali ini tuan punya cendawan busut, Nor Hamisah Wahed membuka jualan dengan harga RM25.00 sekilo dan cas penghantaran akan dikenakan mengikut tempat masing-masing.
Kredit : Nor Hamisah Wahed |
Boleh melawat ke FB : Nor Hamisah Wahed
Untuk kembali ke zaman dan suasana begini, mungkin hanya dalam mimpi.
Bulan Mei 2024 lalu waktu kita berjalan dari rumah Bonda ke rumah Adik Chah lebih kurang 100 meter jaraknya, kita terpandang cendawana busut tumbuh di celah-celah semak bawah pokok pisang. Kita pun berteriak kegirangan sampai Bonda terkejut! Kita kata ada cendawan busut. Apabila Bonda dan Adik Chah sampai ke tempat kita, mereka kata itu cendawan ular! Cendawan jenis beracun.
Aduhai.... entah berapa puluh tahun tak pernah merasa lagi cendawan busut! Rasa nak nangis pula sebab rindu nak makan cendawan busut....uwwaaaaa ngada-ngadanya macam orang mengidamlah pulak. Kenapalah cendawana busut sedap sangat? Dulu-dulu kalau jumpa cendawan busut, orang kampung kami panggil cendawan busut itu ayam! Mungkin disebabkan rasanya yang sangat sedap itu.
Ikut pesanan Mama Cella, kena selalu berzikir. In syaa Allah suatu hari nanti dapat juga makan cendawan busut.
wow kemain harganya ye kak..permintaan tinggi agaknya tu..saya pun rasanya last makan zaman budak-budak dulu
BalasPadamMungkin susah nak dapat cendawan busut. Memang orang akan berebut nak beli.
PadamKat kampung SA pun banyak kak..pernah sekali dapat amik..sebesen besar jugak..tumbuh di simpang nak masuk rumah kampung..Dania nampak..katanya banyaknya bunga putih2..sekali SAa toleh PZ terus stop kan kereta berlari2 kami pergi kutip..banyak betul..itu la sekali..lepas tu x pernah jumpa dah
BalasPadamsedapnya...kalau goreng tu memang rasa ayam lah...hihihi...susah nak jumpa dah sekarang, mungkin sebab tu harga mahal...sejenis cendawan kalau dah nampak dia, pembesarannya terbantut...yang linda tau lah...hihihi...sebab kalau dah nampak, mak suruh kutip je...tak payah biarkan
BalasPadambanyaknya... saya pun dah dekat 20 tahun tak jumpa cendawan busut ni
BalasPadamTak pernah cuba lagi makan cendawan busut
BalasPadamTadi nampak di medsos, orang share cendawan busut ni dia buat masak rendang.
BalasPadamSaya ni ni cendawan busut pun tak pernah makan, apa lagi yang dibuat rendang 😄
Lama tak makan cendawan ni… susah nak jumpa kat tempat saya
BalasPadamsedapnya buat tumis lama tak makan cendawan ni.
BalasPadamAllahuakbar amie.....sama lah saya dah berpuluh tahun tak jumpa. Dulu kalau dapat masak air je sebab manisnya rasa cendawan. Lagi satu cendawan terkukur. Kalau tebang pokok getah lepas tu terbiar kena hujan cndawan tekukur tumbuh dengan banyaknya. Buat masak lemak sedapnya. Sekarang kalau terjumpa orang jual mesti beli buat lepas rindu. huhuhuhu
BalasPadamsedapnyaaaa cendawan ni buat goreng2
BalasPadamwarrghhh
Masyaa Allah...😍😍😍
BalasPadamSaya ni kan...kalau ada sesuatu nostalgia,pasti akan teringat cikgu..kerana kita seperti meyimpan photocopy memory yang sama..
Kat tempat saya kadang ada juga sesekali orang jual cendawan busut ni tapi kalau teringin jangan tanya harga la🤭
Tempat saya di Kedah kami panggil
" kulat tahun"
Saya agak takut memang kalo metik sendiri jamur di hutan. Krn tak tahu mana yg aman dan mana yg beracun. Tapi saya sukaaa jamur, segala macam jamur pun saya pasti nak rasa
BalasPadamApalagi ada restoran vegan di jakarta yg mengolah aneka jamur menjadi seperti daging, atau udang. Even kalo saya tak dibagi tahu itu hanya jamur, saya akan kira itu daging udang atau sapi. Krn miriiiip sangat. Mereka olah sampai segitunya hingga bisa terasa bagai daging.
Tapi tuhlah, Krn susah nak buat, belum banyak yg jual, jadi memang mahal makanan vegan dari jamur ini.
Sedapnya jamur tumis atau dibening.
BalasPadamLama tak nampak orang jual. Mak kata kalau malam bunyi guruh kuat esok paginya ada jamur keluar.. memang ia.. tapi itu dululah.. sekarang takde dah.