Pages

Ahad, 3 November 2024

Pecak Ikan Pari

Bismillahirrahmanirrahim.
Salah satu masakan kegemaran kami sekeluarga sudah tentulah Pecak Ikan Pari. Tidak adalah di antara kami yang tidak menyukainya sejak dari zaman dahulukala. Boleh saja gunakan ikan lain, ayam atau jantung pisang, tapi Pecak Ikan Pari tetap menjadi pilihan. Tidak banyak bahan yang digunakan, hanya ikan pari panggang, santan pekat (perah gunakan air masak), isi kencur, cili padi hijau, bawang merah, asam jawa, garam, gula dan perasa pilihan. Jika suka boleh tambahkan belacan. Asam jawa boleh gantikan dengan perahan limau nipis atau limau kasturi.

Sewaktu anak buah datang untuk kerja-kerja BBQ di tengah hari bolong, kita hendak masak Pecak Ikan Pari. Jadi, tumpang sekakilah untuk panggang ikan pari.

Pecak Ikan Pari

Ikan Pari


Ikan Pari Panggang

Kencur + Cili Padi Hijau + Bawang Merah : Tumbuk


Santan segar 600 ml, perahan (kisar dan tapis) dari sebiji kelapa.

Ikan pari panggang dicarik-cari ikut saiz yang digemari. 
Masukkan bahan tumbuk ke dalam santan.
Tambahkan perasa dan air asam jawa atau perahan limau kasturi / nipis.
Kacau rata.
Tuangkan ke atas ikan pari panggang carik.
Hidangkan.

Pecak Ikan Pari


Kita sempat masak asam pedas siput sedut. Sewaktu siapkan bahan di dapur terpandang rumpun keladi dari tingkap dapur. Kita ambillah tiga empat batang untuk campur dalam asam pedas.

Rumpun keladi di tepi dapur.


Masak gulai lemak jering. Kuahnya belum surut, kita sudah angkat dari kuali sebab tak sabar nak makan.


Anak buah bawa ceker dan leher ayam. Kita masak sup. Boleh makan dengan bihun.


Jadi, banyaklah pilihan makanan pada tengah hari itu. Bukan setakat berBBQ, tapi ada bihun sup, nasi dan lauk-pauk juga.


12 ulasan:

  1. Wah kebetulan Kak Ngah pun masak 'Pecal Ikan Keli'...Kak Ngah panggil pecal..Amie panggil pecak ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang Jawa kampung kami panggil pecak. Bukan pecal. Pecal tu yang sayur-sayuran ditambah kuah kacang.

      Padam
  2. Ya Allah kak Amie, betul2 terliur lihat semua menu 🤤🤤🤤😄. Tadi saya pikir hanya terbayang sedapnya pecak pari. Ternyata ada pula gulai jengkol 😍😍😂. Makanan favorit saya semua nih 😄👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gulai jengkol tu ...... saya teringat masakan Padang!

      Padam
  3. Oh...pecak namanya..saya selalu sebut pecel sebab taktau nama sebenar.Dok baca dalam majalah dulu dulu disebut "pecel"..tapi bila cikgu tulis pecak baru perasan dalam youtube masakan dari seberang memang disebut pecak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah berlaku kekeliruan antara pecal dengan pecak. Sama seperti perkataan bibik. Maksud bibik bagi kami adalah panggilan hormat makna sama dengan emak / ibu saudara. Tapi sekarang panggilan bibik diberi maksud pembantu rumah / servant oleh orang kita.

      Padam
  4. oo tempat cg amie panggil pecak. Tempat kami panggil masak kencur.

    BalasPadam
  5. Inilah antara lauk yang kita teringin nak makan tapi tak pandai nak buat, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat saja SK.
      Ringkas dan mudah sebenarnya.
      Tapi saya suka Bonda buat, sebab saya masak tak sedap hihihii.

      Padam
  6. SA plak panggil lawar...selalu guna sayur- sayuran, jarang guna ikan..nak cuba la buat guna ikan...SA x pernah guna cekur..nanti nak cuba la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sayur, biasanya kami gunakan jantung pisang celur. Carik-carik dan tuang kuah yang sama.

      Padam