Pages

Ahad, 3 November 2024

Minum Hot Passion Fruit Lemon Tea Sampai Berpeluh-peluh!

Bismillahirrahanirrahim.
9:20 pagi, MASWings cecahkan tayarnya di Lahad Datu Airport.
Firdaus sudah menunggu di pintu ketibaan.
Pertanyaannya setelah salam dan peluk-peluk:

'Mommy ada bawa sesuatu untuk Daus?'

Soalannya macam gaya orang tua kan... ahaks!

'Ada. Nanti Mommy bagi dalam kereta.'

Encik Suami memandu arah ke Bandar Seri Perdana, hantar Firdaus yang akan memulakan tuisyen pada pukul 10:00 pagi. Ada oleh-oleh untuk Firdaus berupa burger. Amie berikan dua biji, sebiji untuknya dan sebiji untuk rakan baiknya, Khalis yang sama-sama tuisyen dengannya.

Selepas menurunkan Firdaus di pusat tuisyen, kami mencari tempat untuk lepak berdua. Amie minta Encik Suami berhenti di hadapan One Maez Dim Sum. Teringin sangat hendak susuk santai-santai sambil hirup Hot Passion Fruit Lemon Tea!

Hot Passion Fruit Lemon Tea



Rasa hendak cari resipi Hot Passion Fruit Lemon Tea. Tekak kita suka sangat menerimanya!

Tidbits

Oleh kerana tujuan utama hendak minum-minum saja, jadi memesanlah makanan yang ringan. Walaupun ringan, berjenis-jenis juga bilangannya.

Encik Suami : Golden Bun with Milk

Golden Bun yang lebih kepada mantou goreng ini sangatlah comel bentuknya. Kecil-kecil, dua kali gigit sudah habis. Sementara masih panas eloklah makan saja, cecah dengan susu pekat.



Mini Coconut Tart ini jarang ada dijual di sini. Pagi ini langkah kanan, jadi belilah tiga ketul RM8.80. Kami bawa pulang. Tak muat perut hendak menerimanya.

Mini Coconut Tart


Encik Suami - Har Gao 3 ketul RM9.89.


Amie - Century Egg Chicken Porridge RM6.50

Hot Passion Fruit Lemon Tea - RM12.90


Memang tak berhentilah asyik menuang minuman dalam cawan. 


Habis minum satu pot, tambah lagi air panas satu pot!
Minumlah kami berdua sampai berpeluh-peluh.
Encik Suami tak aci, sebab pagi tadi dapat brisk walk 6 kilometer.
Patutlah waktu kita telefon dari Kota Kinabalu, dia tak angkat. Katanya HP dalam kereta.


Sampai rumah, kita terus mandi dan tidur!
Penat kan.
Balik kampung:
Perjalanan pergi - petang Selasa - sampai Suubang - tengah hari Rabu.
Perjalanan balik - petang Sabtu, sampai Lahad Datu pagi Ahad.

10 ulasan:

  1. Daus mengingatkan saya saat kecil dulu. Tiap papa pulang business trip, pasti kami pun bertanya yg sama, papa bawa apa utk oleh2 😄😄.

    Rindu masa2 itu. 🥹

    Terbayang segarnya hot passion fruit lemon tuh kak. Pastilah sesak memang. Passion fruit sendiri saja sudah enak ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita zaman anak-anak dulu kan dik. Suka kejar-kejar ibu bapa yang pulang dari berpergian.
      Teringin pergi minum lagi...rasa sihat dan segar pula sekembalinya ke rumah.

      Padam
  2. Alhamdulillah dah selamat sampai ke sarang.Pasti Daus menghitung hari menunggu mommy..

    Nampak sedap tea tu..Agaknya ada jual tak teh macam ni kat shopee?🤭
    Tat Kelapa tu mengingatkan subject SRT form 2 tahun 80-an..ada resipi dan fambar dalam buku teks SRT..nostalgia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun teruja nak cari teh tu Mama Cella. Sedaplah.
      Heheee Mama Cella dengan kenangan SRT berpisah tiada.

      Padam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya.

      Padam
  4. Tu diaaaa... meriah seleranya balik dari Tanah Malaya ya, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sana sedap, di sini sedap. Di mana-mana pun sedap hihihiii.

      Padam
  5. Balik sekejap aje kan kak, manfaat kan waktu seadanya..tapi sekarang waktu bagai cepat betul berlalu, kalau cuti tu..baru je bangun pagi..tau- tau dah tengahari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA.
      Kadang-kadang termenung juga mengenang masa yang cepat sangat berlalu.

      Padam