Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila van bermasalah, itu merupakan rezeki untuk kami. Apa tidaknya! Gilgit yang sepatutnya kami singgahi dikeluarkan dari jadual lawatan kerana sudah menghampiri senja! Rupa-rupanya van hanya boleh diselenggara di bandar Gilgit!
Apalagi!
Sementara van diperbaiki, kami pun berkeliaran seketika di sekitar bandar Gilgit. Ketika ini jam menunjukkan pukul enam petang waktu tempatan.
General Bus Stand Shahr-e-Quaid-e-Azam Gilgit.
Setelah melihat dan mengambil gambar ayam togel tanpa kulit, kami berhenti di gerai buah pula. Kalau sudah nampak tempat jual buah-buahan, memang tak lepas peluanglah untuk belek-belek dan beli!
Buah-buahan yang dijual dilonggok-longgok sahaja dalam beg plastik di tepi gerai. Buah warna hijau dalam beg plastik itu bukan epal tapi pear.
Semuanya buah-buahan tempatan.
Ada buah peach, pear, mangga, limau, delima, anggur dan lain-lain.
Anggur Pakistan pelbagai jenis, ada saiz kecil dan ada saiz besar.
Buah Anggur |
Buah Peach |
Anggur Hijau & Epal |
Harga buah-buahan yang dijual sangat murah. Kalau ikut kiraan duit kita sekilogram anggur dalam RM4.00 hingga RM5.00 sahaja. Begitu juga dengan buah epal, pear dan peach.
Masing-masing dengan hasil belian buah-buahan. |
Tertanya-tanya kami : Tiadakah orang jual jus buah di sini?
Toleh kiri, toleh kanan, rupanya di hadapan kami ada penjual jus buah!
Maka kami pun tidak lepaskan peluang memesan jus buah masing-masing.
Jus memang sejuk.
Slurppp...sluurpppp!
Slurppp...sluurpppp!
Harga? Tak ingat berapa RP.
Nampaknya belum ada lagi panggilan dari tour leader untuk berkumpul semula di hadapan bengkel kereta. Jadi, kami pun terus menapak ke bahagian hadapan. Ketika ini suasana sudah gelap.
Eh... ada dacinglah! Macam lambang BN di negara kita pula.
Kemi ajak kami mencuba makanan di sini.
Katanya, kalau ada yang berkenan di hati, kita singgahlah sekejap.
Kami setuju.
Jadi, berhentilah seketika.
Kemi kata, kita cuba rasalah dulu sedikit.
Tak tahu apa nama panggang-panggangan ini.
Kami panggil sate!
Mula-mula Kemi minta panggang dua cucuk saja, lepas itu tambah lagi satu.
Apa yang kami pilih?
Satu cucuk sate tongkeng.
Satu cucuk sate mempedal.
Satu cucuk sate hati.
Masaklah tiga cucuk 'sate' yang kami pesan.
Punyalah besar pinggan yang digunakan untuk meletakkan 'sate' kami!
Jom makan. Bismillah.
Sambail makan, sambil bergelak ketawa kerana rasa lucu makan tiga cucuk sate enam orang! Bolehlah diterima rasa 'sate' itu. Cuma kami tidak menambah kerana tidak mahu habiskan banyak masa di sini.
Kami tanya apa nama 'sate' itu. Anak dan bapa peniaga serentak sebut tikka boti atau chicken tikka boti. Maknanya kami makan hati / mempedal dan tongkeng tikka boti.
Video atas & bawah : Pinjam video Kemi buat kenang-kenangan makan 'sate' di Gilgit.
Jalan lagi ke hadapan. Terpandang chapli kebab. Kebab jenis ini kita sudah biasa makan di Kedai Makan Pakistan di LD.
Sempat beli dumpling inti daging. Istilah dumpling itu kami yang beri.
Makan panas-panas. Sedap oooo!
Tanya ada peniaga dumpling itu, katanya namanya mamtu, juga dikenali sebagai momos, ialah hidangan ladu berperisa yang berasal dari China dan merupakan makanan ruji di Gilgit Baltistan, Pakistan. Ia boleh dibuat dengan pelbagai inti, termasuk daging cincang, paneer (keju kotej), ayam dan sebagainya. Dumpling @ mamtu berinti daging yang kami makan, terasa rempahnya!
Terus maju ke hadapan.
Nampak gerai roti. Teruja hendak melihat orang bakar roti dalam ketuhar.
Baru hendak melihat aksi orang Pakistan masukkan roti dalam ketuhar, tiba-tiba Kemi beritahu tour leader minta kami segera kembali ke stesen bas. Van sudah sedia untuk meneruskan perjalanan.
Berlarianlah kami meninggalkan gerai-gerai jalanan untuk segera sampai ke stesen bas. Sempat singgah di kedai kacang. Kita beli kacang pistashio Iran dua kilogram. Kacang pistascho dari Iran ini berbeza sedikit dengan kacang tempatan kerana terasa lemak masinnya. Jadi, sepanjang jalan dalam van asyik mengopek dan mengunyah sajalah. Kulitnya lebih keras, sampai kuku ibu jari ikut terkopek sama!
Jam menunjukkan pukul tujuh malam.
Bermakna kami jalan-jalan di sekitar tempat tersebut selama lebih kurang satu jam.
Bermakna kami jalan-jalan di sekitar tempat tersebut selama lebih kurang satu jam.
masyaAllah cantiknya view gunung! tak sejuk ke area situ? nampak santai je semua tak berjaket
BalasPadambuah-buahan dia pun nampak fresh sungguh, yg peach tu memang kaler hijau atau dia belum masak lagi?
Tidak sejuk.
PadamPeach tu memang warna begitu. Saya beli 3 biji campur 3 biji buah pear. Rasanya manis. Rasa menyesal pula tak beli banyak hehehee.
Tempat sejuk2 macam kat sini kalau jual teh tarik mesti laku keras!
BalasPadamWah, bagus cadangan Uncle. Di sini hanya ada chai masala, tak ada teh tarik.
PadamSy pun tergelak tengok sate² tu terkulat² dalam dulang besar, hahaha.
BalasPadamKami sendiri ketawa tak henti-henti kalau terkenang 'sate' tu!
Padamsyiok tu makan sate berebut-rebut ramai-ramai. Geram sungguh tenguk buah-buahan yang fresh dari ladang. Murah pulak tu.
BalasPadamSayangnya masa sangat singkat di Gilgit.
PadamBuah-buahan memang sangat murah.
Rezeki lah dapat sampai ke Gilgit.
BalasPadamPersis pasar malam pula ya bila ada jualan makanan begitu. Dapatlah merasa makanan ala-ala street food.
Menyusuri tempat makanan jalanan memang best. Di situlah kita boleh melihat pelbagai jenis makanan tempatan.
Padambuah2 diaaa nampak segar2 yaaa.. sedapnyaaa
BalasPadamYa, semuanya buah-buahan tempatan.
PadamSegar dan murah.
Segarnya buah2. Ada jus buah juga, sedapnya. Street food pun nampak sedap, menarik nya. View pun cantik.
BalasPadamBuah-buahan tu yang tahan tengok saja... mesti nak beli, nak merasa.
PadamAda untungnya juga ya kak. Bisa lah jalan2 sejam. Kalo lihat buah, saya pun pasti tak akan melihat saja, beli laaah, mumpung murah 😄😄👍.
BalasPadamSate nya pakai tusukan besi yaa. Mirip sate Klatak khas Jogja. Tp kalo di Jogja, sate tak dicabut dari tusukan nya