Pages

Ahad, 17 November 2024

Sambal Kemangi Yang Harum!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita ada biras keturunan Bugis. Kita pun ada anak buah yang kahwin dengan orang Bugis. Kadang-kadang kita rajin tanya resipi yang selalu mereka hidangkan sewaktu makan-makan keluarga di kampung. Salah satunya Sambal Kemangi. Kalau ada Sambal Kemangi memang menambah-nambahlah nasi masuk pinggan. Biasanya mereka hidangkan bersama ikan goreng dan juga sayur masak air campuran labu manis, jagung dan bayam dan ditambah juga daun kemangi. Ada lauk-pauk lain juga tapi gandingan mantap sudah tentulah sambal kemangi, sayur dan ikan goreng.

Sambal Kemangi tetap enak dinikmati bersama ayam goreng, keropok, tempe atau tauhu goreng dan seumpamanya.

Ada dua jenis Sambal Kemangi yang pernah kita makan iaitu Sambal Kemangi Mentah dan satu lagi yang kita kongsikan ini iaitu bahan-bahan sambal digoreng terlebih dahulu. Ada pelbagai rupa Sambal Kemangi yang pernah kita jumpa. Ada yang diulek halus, ada yang kasar juga.

Sambal Kemangi


Melihat tomato kampung, rasa teringin hendak buat Sambal Kemangi. Tidak ada tomato kampung, gunakan saja tomato biasa. Kita gunakan tomato kampung sebab biras selalu gunakan ini. Lagipun tomato kampung ini ada rasa masam-masam, jadi tak perlu tambahkan bahan lain yang masam-masam lagi dalam sambal. Cukup sempurna rasanya.



Kebetulan ada daun kemangi, jadi hanya perlu cari bahan lain untuk menjadi pelangkap Sambal Kemangi. Oh ya! Ada yang tertanya-tanya apa benda daun kemangi ini? Daun kemangi sebenarnya keluarga daun selasih! Aromanya agak kuat dan segar.


Bahan-bahan:
  • 1 cawan daun kemangi yang sudah dileraikan dari tangkai
  • 20 biji tomato kampung - belah dua
  • 30 tangkai cili padi - boleh tambah atau kurangkan mengikut tahap kepedasan yang diingini
  • 7 ulas bawang putih - hiris kasar
  • 8 biji bawang merah - hiris kasar
  • 1 sudu besar belacan
  • garam / gula / perasa pilihan
  • minyak untuk menggoreng
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih, bawang merah, cili padi, tomato dan belacan hingga layu. Toskan.
  2. Tumbuk / ulek kesemua bahan goreng. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan.
  3. Gunakan 4 sudu besar minyak bekas gorengan tadi.
  4. Goreng sambal bersama daun kemangi.
  5. Setelah terbit minyak, padamkan api dapur.


Sambal Kemangi

11 ulasan:

  1. Memang sedap bau daun kemangi ni, kalau masuk dalam sambal, haruslah bertambah nasinya penangan aroma daun kemangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila bergaul dengan orang Bugis, barulah saya tahu tentang kegunaan daun kemangi dalam masakan.

      Padam
  2. Geramnya tengok tomato tu. Macam buah ceri dah.

    BalasPadam
  3. comel tomato tu. saya tak pernah dengar nama sambal kemangi ni, nampak sedap. teringin nak rasa :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal kemangi terkenal dalam masyarakat Bugis di Lahad Datu.

      Padam
  4. Tak pernah rasa sambal kemangi. daun kemangi pun tak kenal. huhuhu. sambal tok tok je le yang ku tahu. hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenalilah daun kemangi melalui keluarga selasih.

      Padam
  5. Sedapnya sambal Kak Amie, terasa sampai sini tau 😊

    BalasPadam
  6. Langsung saya save kak. Selama ini daun kemangi saga jadikan ulaman. Pernah makan sambalnya, tp tak pernah buat sendiri. Sedap nih pasti 😍

    BalasPadam