Bismillahirrahmanirrahim.
Selalu kita kongsi cerita tentang ikan di LD, kali ini cerita ikan di kampung sendiri pula. Sumber ikan ini kita perolehi di FB : Sharidah Idah yang sering menyiarkan info tentang jualan ikannya di FB : Group 5 Buah Kampung iaitu Bukit Kuching, Bukit Cheraka, Bukit Hijau & Parit Mahang. Beliau juga menawarkan khidmat penghantaran ikan untuk pembeli.
Melihat ikan-ikan jualannya yang nampak segar-segar belaka, memang timbul selera untuk menikmatinya samada digoreng begitu sahaja atau dimasak ikut permintaan hati.
Ada pun kami membesar bersama ikan-ikan ini. Jaranglah waktu kecil kami menikmati masakan ikan selain digoreng dan dimasak pindang atau sesekali dimasak sambal. Itu sebabnya sampai sekarang masih terbau aroma ikan goreng yang Bonda perap dengan garam kasar dan kunyit hidup tumbuk!
Kembung Pelaling Lemak RM11.00 sekilogram.
Ikan Sardin RM13.00 sekilogram Kerisi RM13.00 sekilogram. Cencaru Hitam RM10.00 sekilogram. |
Selar RM12.00 sekilogram |
Segar segarnya ikan & harga yang sangat sangat berpatutan.Kat pasaraya kawasan rumah saya ni ngeri nak tengok harga...so masa beli jangan tengok harga..pastu masa bayar pakai pakai kad debit tak la nampak sangat..Balik rumah check baki ..haaa baru datang semula ngerinyaðŸ¤
BalasPadamOooo begitu cara Mama Cella ye.
PadamSimpan dulu rasa ngerinya hihihiii.
Kampung saya ni dekat dengan laut, mungkin itu sebab harganya lebih murah dan hari-hari ada bekalan ikan segar.
Harga ikan tu satu hal... Ikan segar tu satu hal lain...! Best
BalasPadamItulah rezeki orang kampung kami, ikan marhaen dari dulu lagi.
PadamBetul tu Amie... Kalau balik kampung, sabak bernam.. Memang linda bawak sekali icebox, sebab nak beli lauk2 dekat pasar... Segar2 je ikan nya... Geram2 kita
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamKuala Selangor ke Sabak Bernam masih mewah dengan hasil laut dan harga berpatutan.
murah & nampak fresh ikan2 tu geram tengok.
BalasPadamBetul Cie.
PadamGoreng saja pun dah cukup sedap! Manis isinya.
Segar² dan lebih murah berbanding harga di Sri Gombak ni Kak... Kalau Sy pun borong :)
BalasPadamIye, teringat arwah mak pun garam kunyitkan ikan dgn garam kasar & kunyit hidup yg ditumbuk. Aroma dan rasanya lebih sedap
Alhamdulillah.
PadamSyukur masih dapat bekalan ikan segar dengan harga yang berpatutan.
Rindu pula hendak goreng ikan lumur garam dengan kunyit hidup.
Geram tengok ikan-ikan segar macam ni. Memborong syok ni. Lagi lagi kalau harganya berpatutan. Saya biasa beli ikan kembung je lah. Ikan paling favourite. hihi...
BalasPadamIkan kembung memang sedap.
PadamGoreng lembik-lembik makan dengan nasi panas, bubuh kicap!
Bab ikan - ikan dan pasar SA memang suka...hehehe...Baru- baru ni SA beli sikit2 je buat stock
BalasPadamSedap mata memandang ikan-ikan segar kan SA.
PadamIkan2 jenis ni memang sedap goreng aje kan. Terbau2 pulak aroma kunyit hidup bila ditenggelamkan dalam kuali.
BalasPadamBetul SK.
PadamKami membesar dengan ikan-ikan jenis begini. Terkenang-kenang enaknya hasil gorengan ikan oleh Bonda.
Nampak segar ikan-ikannya dan harga juga tak lah begitu mahal.
BalasPadamYa, Diela. Harga mampu beli.
PadamCantik elok ikannya nampak masih segar lagi melihat pada rupa dia tu, dahla murah aduhla itu kalau goreng mau ratah je pun layan tu
BalasPadamSyukur Alhamdulillah.
PadamOrang kampung tak perlu keluar jauh untuk dapatkan bekalan ikan segar.
Elok-elok ikannya tu.
BalasPadamKembung tetap di hati 😊
Kalau dapat yang segar, goreng takyah garing2.
Lembut dan berlemak jadinya.
Ya, ikan segar dan masih elok.
PadamSaya pun suka kembung.
Goreng lembik-lembik saja. Makan dengan nasi panas!
Ini kluarga saya yg sukaa sangat ikan. Krn memang kampung pun di pesisir laut kak. JD wajar kalo makannya ikaaan selalu. Saya suka, tp memang tak semua jenis ikan 🤣. Hanya ikan tertentu yg saya suka.
BalasPadamCuma yaaa, kalo dah balik kampung, trus diajak mama ke pasar ikan, melihat aneka ikan yg segar, langsung sukaa pula. Dah terbayang kalo dibakar pasti manis dagingnya. Krn baru ditangkap oleh nelayan
Terpaling suka ikan kembung dan sardin. Kalau kembung goreng gitu je pun dah sedap tapi kalau ikan sardin ammi suka goreng pastu buat balado pedas2.
BalasPadamDan kalau ikan sardin tu dah benyek di rak jualan, itu rezeki utk kucing2 ammi nampak gayanya