Pages

Isnin, 4 November 2024

Temankan Encik Suami Makan Smoked Duck Croissant

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kita pun mula cari pasal minta Encik Suami belanja makan di Beanery Cafe. Sebenarnya kita hendak minum panas Passion, Mango & Orange Tea. Rasa segar badan apabila keluar peluh setelah hirup bercawan-cawan minuman begini. 

Terlanjur hendak minum, memesan sekalilah mana-mana makanan yang menarik pandangan mata. Kononnya temankan Encik Suami makan:
  • Smoked Duck Croissant
  • Beeftatoes Taco Cheese
  • Taro Pandan Cake
  • Passion, Mango, Orange Tea

Encik Suami : Smoked Duck Croissant RM14.90

Minuman Panas Gabungan Passion, Mango, Orange Tea - RM8.90


Minuman ini tidak ditambah gula.
Kosong dan tawar begitu saja.
Kalau habis satu pot, boleh tambah lagi.


Pilihan minuman yang sesuai untuk kami, merpati senja.


Hirisan itik salai dalam croissant ini agak tebal. Encik Suami bagi kita dua hiris.

Amie : Beeftatoes Taco Cheese RM16.90


Dua keping Beeftatoes Taco Cheese ini sudah cukup mengenyangkan. Apalagi apabila perut diisi dengan beberapa cawan minuman panas tadi.


Kononnya kalau tak cukup makan Smoked Duck Croissant & Beeftatoes Taco Cheese, bolehlah makan Taro Pandan Cake.

Pandan Taro Cake RM14.90


Rupanya Pandan Taro Cake tak diusik. 
Minta bungkus saja, bawa pulang.


Sekarang Pandan Taro Cake ada dalam peti sejuk.
Suruh Firdaus makan, tak mahu pula. Sebaliknya dia ambil askrim.
Esok bawa sajalah Taro Pandan Cake buat bekal menoreh.


16 ulasan:

  1. Daus dengan aiskrim memang tak dapat dipisahkan.... hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Antara caje dan ice creamy, dia pilih ice cream.

      Padam
  2. Padahal saya penasaran juga dengan rasa taro pandan cake tuh 😍😍.

    Croissant kalo pakai irisan duck pastilah sedaaap 😍😍. Saya memang suka aneka menu bebek. Untungnya jakarta banyak restoran bebek dengan berbagai olahan . Orang sini memang LBH suka bebek drpd ayam nampaknya . Saya pun LBH suka bebek dr ayam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taro Pandan Lake itu pagi tadi saya bawa bekal menoreh. Rasanya memang sedap! Ada kepingan keladi dan wangi pandan. Habis kami makan di kantin.
      Hirisan bebek salai memang sangat lazat! Tak sabar tunggu Fuad pulang ke LD. Dia suka bebek panggang!

      Padam
  3. Sy pulak penasaran tgk smoked duck croissant & gabungan Passion, Mango, Orange Tea tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Mira smoked duck croissant 🥐🥐🥐

      Padam
  4. Kenapa semua ni nampak sedap, semua ni buat sy lapar. Meh taro cake tu hantar sini la kalau Daus tak mahu, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaa.... Mambang lewat bangun pagi. Kita sudah bawa bekal pergi menoreh hihihii.

      Padam
  5. Kek pon ada perisa taro. Selalu sy beli aiskrim taro jaa. Mesti sedap kann kek ni 😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap kek Taro ni. Wangi lagi dengan aroma pandan.

      Padam
  6. Wow..kek perisa taro..susah nak jumpa tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap betul SA. Dalam kek tu ada potongan keladi lagi.

      Padam
  7. beeftatoes lg mahal ya dr croissant ya... kalau banding saiz croissant lg besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya inti beeftatoes tu yang lagi mahal dari inti criossant.

      Padam