Pages

Ahad, 3 November 2024

Makan Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong di Bungkus Kaw Kaw Subang Airport

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 02 November 2024. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Selesai urusan daftar masuk bagasi, layan Hamzah yang nampak suka sangat melihat suasana di ruang pelepasan. Melihat arah food court, teringin pula hendak duduk di salah sebuah tempat makan. Kerusi meja pun banyak kosong. Sementara menunggu untuk masuk ke sempadan pintu pelepasan, eloklah isi perut dahulu. Sebenarnya sewaktu di rumah, kita tidak makan nasi, hanya makan ayam goreng, udang serta buah sahaja.

Kami memilih untuk menjamu selera di Bungkus Kawa Kaw!
Jom kita lihat apa yang kaw kaw itu.

Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong


Cantik betul dekorasi Bungkus Kaw Kaw!



Pertama kali melihat Bungkus Kaw Kaw, terus pahatkan di hati akan ajak Encik Suami datang ke sini apabila balik bercuti tahun depan. Walaupun tidak turun atau naik pesawat di sini, tapi saja jew hendak jalan-jalan cari makan. Mungkin tidak ke Bungkus Kaw Kaw tapi boleh ke gerai lain yang memang nampak menunya sangat menyelerakan!



Nampak unik sungguh susunan koleh di bahagian atas. Berwarna-warni dan menarik pandangan mata. Di bahagian bawah pula tersusun bungkusan nasi lemak pelbagai jenis lauk.



Di rak paling bawah ada beberapa bungkusan kuih tradisional.


Sekali pandang, memang harga kayangan tingkat ketujuh! dua gulungan kuih ketayap sahaja sudah berharga RM4.70 sen. Sedang kita terfikir-fikir mungkin rasanya pun macam kuih dari syurga, tiba-tiba dua orang pelancong kulit putih mengutip satu persatu kuih yang ada!


Kita hanya sempat ambil gambar sahaja... ahaks!
Tak apalah, lain kali boleh datang lagi. Barangkali minah saleh tadi teruja melihat kuih-muih yang comel-comel itu.


Nasi lemaknya pun banyak jenis lauk yang boleh dipilih.



Pada mulanya kita sangka koleh-koleh ini hanya hiasan semata-mata.




Rupa-rupanya dijadikan tempat letak minuman ikat tepi.
Cantik sungguh. Memang nampak kreatif.


Kami memesan:
  • Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong
  • Nasi Lemak Sambal Udang
  • Bihun Siam
  • Chrysanthemum Tea (Warm) - 25% sugar
  • Longan - 25% sugar
  • Barley (Warm)
  • Barley Limau (Hot) - 25% sugar
Longan Ais

Terlebih beli minuman panas.

Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong & Nasi Lemak Sambal Udang

Abang Farid - Nasi Lemak Sambal Udang RM9.60

Nasi Lemak Sambal Udang - tak kedekut udang - ditutup sambal.

Amie - Nasi Lemak Asam Pedas Tomyam Sotong RM11.90

Kita pun teruja hendak tahu apa rasa Nasi Lemak Asam Pedas Sambal Sotong. Ada rasa lebih masam berbanding sambal nasi lemak biasa, sesuai dengan namanya Asam Pedas Tomyam Sotong. Pandai pencipta resipi sesuaikan rasa dengan nasi lemak. Juga tak kedekut sotong. Banyak sotong di bawah sambal.

Aseeyah - Bihun Siam RM6.70

Cantik bihunnya. Ada sebiji limau kasturi di bawah telur rebus dan hirisan ayam.



Harapnya, tidaklah terlupa untuk datang ke sini lagi pada masa akan datang untuk jalan-jalan cari makan.

24 ulasan:

  1. Unlce pun pernah try kat bungkus kaw kaw ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya baru cuba sekali. Itupun sebab nampak depan mata di Subang Airport.

      Padam
  2. Kot tersinggah Setia City Mall, kat situ ada Bungkus Kaw Kaw juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada singgah di Setia City Mall dengan Wak Aton tapi tidaklah meronda di tempat makan

      Padam
  3. Minggu lepas & dua minggu lepas ke KLIA 2 nampak la Bungkus Kaw Kaw ni tapi tak rasa nak makan.Ni dah baca review cikgu rasa nak makan pulak..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singgah sebab tertarik dengan dekorasi dan cara pengajiannya yang simple tapi menggamit selera.

      Padam
  4. Ada lalu few cafe ni tapi tak masuk2, boleh try next time, nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sedap makanannya dan banyak pilihan minumannya.

      Padam
  5. Unik ni nasi lemak regu dgn asam pedas...
    Berkenan la jugak dgn koleh tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time jumpa nasi lemak lauk begini. Ok juga rasanya, sambal lebih masam ke arah rasa asam pedas dan tomyam.
      Lawa-lawa kolehnya kan PH.

      Padam
  6. Makan belum cuba lagi.. Tapi, air nya dah pernah cuba... Teringin cuba haritu sebab tengok packaging nya yang menarik.. Rupanya, terpakai kalau dine in saja... Kalau bungkus, pakai cup je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestkan kalau boleh tu boleh kita bawa keluar hihihiii.

      Padam
  7. kita tak pernah sampai lagi kedai ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sampai sini sebab kebetulan naik pesawat dari Subang.

      Padam
  8. Memang kaw-kaw sungguh menu-menunya, Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menunya simple tapi kaw kaw jugalah hehehee.

      Padam
  9. Pernah pergi bungkus kaw kaw ni cumaa harga dia agak mahal sikit..hihihi..
    sesekali tu teringin boleh la..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, yang saya tengok kuih tu memang harga kayangan.

      Padam
  10. Saya sukaaaa sangat bungkus kaw kaw ini kak Amie. Sempat coba di KLCC. Semua yg kami pesan sedaap. Teh tarik, Milo, nasi lemak, bihun sampai kue2. Padahal kuenya pun ada juga di Indonesia, tp memang menarik mata cara mereka sajikan. Warna pun cantik.

    Nanti kalo ke KL lagi nak kesitu lagi. Dec saya ke KL tapi hanya transit KLIA. Tak tahulah di KLIA ada atau tak. Berharap juga ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat saya hendak merasa kuihnya. Nanti lain kali boleh datang lagi.
      Dengarnya di KLIA ada juga Bungkus Kaw Kaw tapi tak tahulah bandara mana satu, KLIA1 atau KLIA2.

      Padam
  11. SA selalu beli minuman aje..kalau nasi lemak dan bihun selalu beli untuk meeting

    BalasPadam
  12. nanti try bihun dgn teh tarik panas kak... fav sy ni kalau singgah BKK

    BalasPadam