Pages

Ahad, 24 November 2024

Dari Pasar Ikan ke Peti Sejuk

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau hendak makan kerang puas-puas kenalah tunggu balik Selangor. Dengarnya harga kerang semakin mencanak naik. Di kampung kami, di Bukit Hijau kerang saiz besar sedikit sudah naik harga RM18.00 sekilogram. Beli di Pasar Malam Bukit Cheraka cuti Deepavali lepas harganya RM15.00 sekilogram. Saiz kecil RM10.00 sekilogram. Baiklah beli yang sudah siap kopek. Tak dapat bayangkan kalau harga RM18.00 sekilogram, beli 10 kilogram untuk buat rendang waktu hari raya nanti!

Di LD, tidak adalah kerang seperti di tempat kita. Tiada kerang ternak seperti di Kuala Selangor. Kalau ada, bentuknya berbeza-beza dalam satu longgok, ada yang saiz sangat besar dan ada yang saiz sangat kecil. Di bawah ini, beginilah antara kerang yang ada. Itu pun tidaklah banyak. Peniaga yang menjualnya keturunan Bajau. Dalam bahasa Bajau, katanya kerang ini disebutb 'bikin'.

Kerang Bikin


Ikan Bolu


Ikan wajib dibeli sekurang-kurangnya sebulan sekali atau paling kerap seminggu sekali sudah tentu ikan bolu @ ikan susu @ bangos (Filipina) @ bandeng (Indonesia). Paling senang hendak dimasak, hanya rebus saja bubuh serai, bawang, kunyit dan asam keping. Boleh bubur cili padi dan belimbing buluh. Hendak aroma yang menyegarkan, campakkan daun kemangi.

Ada ikan bolu tanpa tulang tapi kita lebih suka yang segar begini. Lebih lemak dan enak.

Ikan Tulai

Ikan Tilapia

Udang

Udang ini sudah siap buang kulit. Senang hendak dimasak, terus masuk kuali. Tidak buang banyak masa untuk bersihkannya.

Siput Tarik @ Kabetuk

Ini pula sejenis siput tarik. Banyak jenis siput tarik tapi tak tahu nama. Sebut saja namanya siput tarik kerana kena tarik keluar isinya sebelum dimakan. Dalam bahasa Bajau siput ini dipanggil 'kabetul'.



Jom tengok siput tarik dalam entri lalu : Siput Tarik Air Asam



7 ulasan:

  1. mahal sungguh kerang di sana ya..pulau pangkor jual kerang kering boleh beli kilo senang nk merendang lebih murah dari bilis reganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, itu harga kerang di kampung halaman saya di Jeram, Selangor.

      Padam
  2. Susah dan mahal nak cari kerang besar sekarang.
    Cucu cicit kerang baru nak hidup pun mereka dah jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah saya terkejut Wak. Kerang halus-halus, tak puas makan isi kerang.

      Padam
  3. Wah,ikan bolu....dah ada kenangan tentang ikan bolu🤭
    Saya pun dah agak lama tak beli kerang dek harga kayangan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, Mama Cella.
      Berat kulit kerang tu jew. Isinya seco'et.

      Padam
  4. Kerang bikin kalo di sini namanya kerang DARA 😁. Saya sempat heran juga, kenapa disebut kerang dara, memangnya kerang ini wanita kah? Dara itu anak wanita. 🤭.

    Saya tuh hanya suka ikan bandeng atau ikan bolu, kalo dipresto kak Amie. Jadi semua tulang langsung lembut bisa dimakan.

    Memang tak sanggub makan yg fresh, karena tulangnya banyaak sangat. Sampai di celah daging pun ada 😅😅. Agak trauma makan Krn pernah ketelan tulang.

    BalasPadam