Pages

Ahad, 24 November 2024

Betik Hawaii Saiz Kecil Tapi Manis!

Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami selalu ingatkan supaya tengok-tengok dahulu di tempat lain apa yang hendak dibeli. Kita kalau nampak saja yang berkenan di hati memang terus beli. Misalnya sayur dan buah. Akibatnya apabila sudah beli, nampak di gerai lain sayur lebih segar, rasa menyesal pula beli yang hampir layu. Tidak terus dibeli takut tidak ada di gerai lain. Nanti patah balik hendak beli, sudah dibeli orang pula!

Selalu nampak longgokan buah betik Hawaii tapi tidak tertarik sebab saiznya kecil-kecil. Pagi ini kami singgah beli. Murah pula harganya hanya RM3.00 sekilogram. Kami beli dua kilogram dapat lima biji. Isinya manis.

Buah Betik Hawaii

Salah sebiji buah betik Hawaii sekecil tapak tangan Firdaus.



Beli juga sebiji betik yang biasa kami makan.

Terung Hijau Panjang



Selalunya kami beli limau begini di gerai sebelah betik Hawaii dengan harga RM10.00 sekilogram. Kali ini kami beli di gerai jual betik Hawaii. Terkejutlah dengar hanrganya hanya RM5.00 sekilogram. OMG! Sekali ganda lebih murah berbanding gerai sebelahnya!

Nampaknya kenalah jadi pembeli @ pengguna yang bijak dengan cara bandingkan harga terlebih dahulu.

Rasa limau RM5.00 sekilogram sama dengan limau RM10.00 sekilogram. Manis dan sedikit saja rasa masamnya.


Roselle

Petang nanti kalau rajin hendak buat jus roselle.

Umbut Kelapa Sawit

Tak jumpa umbut kelapa, dapat umbut kelapa sawit pun jadilah. Bolehlah dibuat masak lemak!


Selepas jalan-jalan di Pasar Tani LD, kami berjalan kaki ke tempat letak kereta di di belakang Pasar Ikan Kering. Kita ajak Encik Suami ke Pasar Ikan pula dengan berjalan kaki melintasi Pasar Rakyat LD. Sempatlah ambil gambar kapal di jeti.


Untuk sampai ke Pasar Ikan LD, kami melintasi jalan di belakang Pasar Rakyat bersebelahan Tandas Awam LD, dan nampaklah papan tanda di bawah ini.


Papan tanda ini sudah lama ada di sini. Lahad Datu memang terkenal dengan buaya. Banyak cerita keganasan buaya yang memakan mangsa samada di sungai atau di laut! Di laut pun ada buaya tau terutamanya di kawasan muara sungai.







4 ulasan:

  1. Umbut kelapa sawit pun sedap.
    Umbut kelapa nyok dah payah nak dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa nak buat. Pokok kelapa ditebang, ganti tanaman kelapa sawit.

      Padam
  2. Murahnya limau & betik Haiwaiii tu cikgu...Kat pasaraya dekat rumah saya ni dia tak jual ikut kg tapi jual ikut pcs( tapi dia tinbang jugak la sblm tu)🤭
    Sebiji kecik tu memang cecah R5/RM6..dah la berat bijinsebab bijinya memang penuh...hmm betuk kampung jual ikut kilo RM7++ /kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai... Mama Cella duduk kawasan bandar, manalah sama harga dengan kawasan pedalaman di tempat kami hihihiii. Kebetulan pula hari ini jumpa buah betik dan limau harga murah. Biasanya beli harga kayangan juga kalau cari di pasaraya.

      Padam