Pages

Rabu, 6 November 2024

Sarapan di Kaki Gunung - Lembah Hunza

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita sambung entri jalan-jalan ke Paskistan.
Tarikh : 18 September 2024
Hari : Rabu
Waktu : 7:00 pagi

Sarapan di Tajine - Best Western Premier Hotel - Hunza



Waktu malam masuk bilik, tak sempat selak langsir. Faham-faham sahajalah kalau sudah lewat malam, memang hendak rebahkan diri terus di atas katil. Bangun pagi baru tersedar ada pemandangan gunung di balik langsir! Sebelum turun untuk sarapan, rakam dulu pemandangan dari bilik hotel.



Sekarang semua sudah bersedia untuk memulakan aktiviti di Hunza. Semua sudah berehat walaupun hanya beberapa jam. 


Kita pakai baju baharu yang dibeli di Karimabad Bazaar. Baju sahaja, harga RM60.00 duit kita. Free saiz. Kebetulan bawa sepasang baju warna ungu, jadi pakai baju Pakistan, padankan dengan seluar ungu yang kita bawa. Bergaya dengan pashmina... ahaks!


Jom turun ke dewan makan.


Kita jamu mata dahulu dengan pemandangan gunung di luar.


Tempat makan pun nampak santai, apalagi ada pemandangan gunung di sebelahnya.


Terlupa untuk ambil gambar hidangan pagi, tapi sempat pula ambil video di bawah ini. Kebetulan pula Liza bawa Sambal Nyet Khairul Aming. Jadi, letaklah sambal itu di situ.

Kongsi video sarapan di Best Western Premier Hunza



Yang dirakam, hanya gambar aksesori di tempat makan... ahaks!



Jom kita makan.

Selamat bersarapan.



Ini sarapan yang kita ambil.
Ada roti naan dan lauk-pauknya.


Ambil telur rebus dan tembikai.

Cukuplah makan sepiring - ada omellete, ada kari ayam, ada potato masala dan sedikit hirisan tomato serta bawang dan timun.



Jangan lupa tulis komen.


Sejuk-sejuk manja di pagi hari di Hunza.




Mumtaz Khan bawa kami ke mana pula kali ini?


22 ulasan:

  1. Cantiknya permandangan yang disajikan tepi hotel tu. Tak berkelip mata memandang. Cantik sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang cantik.
      Bangun pagi selak langsir terus terpegun melihat pemandangan gunung.

      Padam
  2. Cantiknya pemandangan ketika bersarapan tu . Tapi, mesti tak dapat berlama2 kan, nak berjalan lagi tu, ke mana pula agaknya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah sempat bergambar walaupun tak boleh lama-lama di sini.

      Padam
  3. Jauh perjalanan, luas pemandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Encik Fairus.
      Banyak penat pun iya juga hihihii.

      Padam
  4. cantiknya pemandangan pergunungan Pakistan , Masyaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangka kan AJ.
      Pakistan permata tersembunyi.

      Padam
  5. wah, seronokknya kak, makanannya pon menarik hehe

    BalasPadam
  6. Macam manalah rasanya bisa tinggal di hunza ini hari2 yaaa. Melihat view gunung secantik ini stiap hari 😍😍😍😍. Saya dah bayangkan udara di sana bersih tanpa polusi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Airnya bersih. Udaranya bersih. Makanan sihat, padi tanpa baja kimia. Kambing dan lembu makan rumput di gunung, minum air di lembah sungai tak tercemar.
      Best kan dik Fanny.

      Padam
  7. Sarapannya lezat en sehat...pemandangam dan kak amienya pun cantik...sedap sungguh baca trip kak amie kali ini...serasa mbul dibawa jalan jalan virtual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mbul. Perjalanan yang melelahkan berbaloi akhirnya apabila dapat menikmati pemandangan alam yang indah.

      Padam
  8. cantik sungguh pemandangan di Pakistan, cuaca pulak sejuk2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tempat tertentu yang suhu rendah dan suhu tinggi.

      Padam
  9. Cantiknya hotel premier best western.. Dewan makan dengan pemandangan yg cantik.. best nyerrr... Makanan buffet pun sedap sedapp :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemandangan gunung tu yang asyik hendak ditatap.

      Padam
  10. pemandangan superb. makan sedap. kompem kekenyangan ni😁

    makan buffet pula lagilah surrrrr ya kak😀✌️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa ketika ini hilang segala masalah dunia.

      Padam
  11. SA terpana dengan pandangan gunung yang Kak Amie hidangkan...cantiknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah. Indah sungguh alam ciptaan-Nya.

      Padam