Pages

Rabu, 6 November 2024

Hendak Makan Roti Kelapa Pandan Saja, Tapi......

Bismillahirrahmanirrahim.
Balik menoreh terus hantar Firdaus ke sekolah agama. Kemudian ke kedai jahit untuk kecilkan seluar yang hendak dipakai pada hari Sabtu sempena Majlis Apresiasi Kokurikulum. Selepas itu ke Darvel Bay, cari kasut baharu. Kelmarin beli kasut di Survey. Rasanya saiznya okey saja, saiz yang biasa kita beli. Kita cuba pakai pun rasa selesa dan muat. Pagi tadi pakai untuk pergi menoreh, longgar pula! Terpaksalah kita sumbat beberapa helai tisu di bahagian hadapan kasut. Aduhai....! Terasa seksanya ketika berjalan dan rasa sakit pula ibu jari kaki!

Jadinya, terpaksalah beli kasut lain. Sudah dicuba di kedai kasut, dan harapkan esok pagi tidaklah longgar seperti kasut yang dibeli semalam. Kita beli dua pasang kasut. Kasut yang longgar itu nanti kita akan tanya kawan-kawan yang kakinya boleh muat masuk. Kalau ada yang sudi, bolehlah kita berikan sebagai hadiah.

Sudah selesai cerita kasut, kita jalan-jalan cari makan. Kami singgah di May Soto. Kita teringin makan Roti Pandan Kelapa yang harum dan garing! Dan hanya minum Chinese Tea yang panas sahaja.

Roti Kelapa Pandan RM5.00.

Chinese Tea Panas - RM1 X 2 = RM2.00

Terbau aroma sup, tiba-tiba teringin hendak hirup kuahnya! Makan Roti Kelapa Pandan dengan minum Chinese Tea mana kenyang kan.... ahaks!

Jadi Amie terus memesan Bihun Soup Seafood dan  Encik Suami memilih Soup Seafood dengan Mee Kon Loh.

Amie : Bihun Seafood - RM14.00

Bihun Soup Seafood ini macam-macamlah isinya tapi terhad kepada dua-dua ketul saja:
  • Bebola Ikan
  • Bebola Udang
  • Dua Ekor Udang Segar
  • Hirisan Daging
  • Isi Siput Kahanga
Bebola udang bukan dari jenis frozen tetapi jenis bebola buatan sendiri dari udang segar.

Walaupun hanya dua-dua ketul tapi lumayan jugalah banyaknya apabila duduk semangkuk atas bihun. Habis licin sampai titisan kuah terakhir kita kerjakan! 


Isi Siput Kahanga

Encik Suami : Sup Seafood Mee Kon Loh RM14.00
Sup Seafood terpisah dengan Mee Kon Loh.

Petang tadi kita gantung periuk. Ada undangan makan di kampung. Anak buah masak-masak. Ada pecal, mi goreng, nasi dan lain-lain. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.

30 ulasan:

  1. Uncle pun selalu ada 'insiden tapi' tu....

    BalasPadam
  2. Roti kelapa pandan tu nampak menyelerakan. Dapat minum dengan kopi O sedap tu.

    BalasPadam
  3. seronoknya kak baca entri kali ni. terasa sedapnya semua makanan tu, favorite saya jenis makanan macam ni

    BalasPadam
  4. Sedap-sedap semua nampak menunya. Lapar terus rasa hahaha

    BalasPadam
  5. Roti kelapa tu dalam ada inti apa-apa ke?

    BalasPadam
  6. menarik nmpk roti kelapa pandan..bihun seafood tu meriah juga isinya walaupun bebola hanya 2 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun hanya dua jew, campur lagi yang lain jadi banyak kan Mama Tisya.

      Padam
  7. Sy rasa Kak Amie dah kuruslah, kena makan banyak sikit lepas ni tau. Siput kahanga tu sama tak rasa dengan siput tarik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kalau medical check up, asyik ditegur jew suruh turunkan berat badan, haa... sekarang dah turun dah.
      Siput kahanga rasa dia lebih kurang sama dengan siput tarik.

      Padam
  8. Terasa sedap semuanya Kak Amie, sampai bau ke sini tau.

    BalasPadam
  9. Murah betul airnya...
    Sedap pulak semua makanan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chinese Tea memang murah. Tawar tak ada gula.

      Padam
  10. Sekali sekala gantung periuk apa salah nya kan... Chinese tea tu suka.. :D

    BalasPadam
  11. Tak pakai inside sole kak Amie ☺️? Kalo sepatu kebesaran, biasa saya masukkan inside sole, jadi pas lagi. Kalo kebesaran masih bisa diakali dengan sole tambahan, yg susah kalo kekecilan 🤣. Memang hrs kasih orang 🤭

    Aiiih bihun supnya 😍😍😍. Paling suka kalo bebola bakso nya juga buatan sendiri bukan frozen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak pakai inside sole, tak berapa selesa.
      Ya, suka makan di sini kerana semuanya buka frozen. Terasa kesegarannya.

      Padam
  12. sedappppnya sup. fav sy tuuuuu hehe

    BalasPadam
  13. sedapnyaa roti kelapa tu kalau dpt cicah dgn teh tarikkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaa.... nanti nak datang lagi nak cecah dengan teh tarik pula.

      Padam
  14. SA ni tak tahan kalau tengok sup2 ni..sedapnyaaa...

    BalasPadam