Pages

Ahad, 6 Oktober 2024

Nasi Lemak Tak Cukup Bahan

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila teringin makan nasi lemak, gigihlah masak pagi-pagi. Dah siap baru tersedar nasi lemak tak cukup bahan. Tak ada ikan bilis dan kacang tanah! Padahal ada jew ikan bilis mata biru dengan ikan bilis biasa dalam peti sejuk. Kacang tanah pun ada duduk bersusun dalam botol dengan garam kunyit dan rempah-rempahan. Entah apa yang dikhayalkan waktu masak sampai terlupa dua benda ini! Sewaktu ambil gambar tidak sedar ada yang kurang. Ketika menulis entri barulah perasan!

Tak apalah. Tak ada kacang tanah dan ikan bilis pun nasi lemak tetap sedap!

Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang

Hirisan Timun dan Telur Rebus

Sayap Ayam Goreng Celup Tepung

Tauhu dan Tempe Goreng Celup Tepung Berempah

Sambal Sotong Kembang

Nasi Lemak

Abang Farid berada di Gombak. Apabila Encik Suami telefon beritahu Mommy masak nasi lemak ada lauk ayam goreng, cepat-cepat dia hendak balik kampung. Pantang dengar ada ayam goreng!

18 ulasan:

  1. Ini pun dah cukup sedap Kak Amie 👍
    Abg Farid rindu airtangan Mommy la tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Abang Farid tu pantang kalau disebut ayam goreng. Macam lipas kudung dia datang.

      Padam
  2. Oh ini rupanya nasi lemak itu Mbak...
    Kalau disini mungkin mirip dengan nasi uduk Betawi, karena nasi uduk Betawi warnanya putih begitu. Kalau nasi uduk lainnya berwarna kuning.
    Sama makan nasi uduk disini juga suka ditemani timun dengan telur juga. Tapi biasanya telur dadar yang diiris tipis-tipis.
    Ditambah dengan ayam goreng dan tahu tempe goreng ini pasti lebih lezat...

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, beginilah lebih kurangnya rupa nasi lemak Pak.
      Sebenarnya nasi lemak tradisional terdiri dari nasi lemak, sambal tumis, timun, telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah goreng.
      Bagaimanapun lauk-pauk nasi lemak boleh dipelbagaikan. Boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk seperti rendang, sambal sotong, sambal udang malah ada yang suka tambahkan telur dadar dan juga telur mata.

      Padam
  3. Tak cukup bahan pun sodap sebab kak Amie yg masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sambal dengan telur rebus pun ok dah kan SK.

      Padam
  4. Senang betul nak pancing Farid ye...ada ayam goreng, balik la dia ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Farid dengan ayam goreng berpisah tiada. Fuad pula raja ikan!

      Padam
  5. Kemarin saya masak sambal nasi lemak. Sambalnya saja. Nak mencoba dulu kebetulan baru beli Chili kering. Biasanya saya tak pernah beli Chili kering Krn memang jrg digunakan dalam masakan sini.

    Dan pas jadi sambalnya, memang lah pedas sangaaaat hahahahah. Sampai berair mata. Tapi saya bingung macam mana nak mengeluarkan minyaknya yaa.

    Di resep tertulis masak sampai naik minyak. Tp saat ditumis itu tak ada perintah pakai minyak. Memang nanti minyaknya akan kluar atau gimana kak Amie? Atau butuh lama sampai minyak kluar? Krn setelah 30 menitan saya tak lihat tanda2 Minyak kluar, saya sudahi masaknya. Sambal tetep sedap, tp agak kering, tak sama dengan sambal nasi lemak yg basah.

    Masih blm berhasil juga nih 🤣. Tp at least rasa dah sesuai. Pas pertama buat dulu, failed betul2. Mungkin Krn tak pakai Chili kering. 🤣. Resep Malaysia yg saya pakai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya untuk mendapatkan sambal nasi lemak yang sedap dan cantik, diawal masakan terus tambahkan gula supaya rasanya kurang pedas dan warna sambal jadi sedikit warna hitam kemerahan. Jadinya sambal akan terasa manis dan bukannya terasa gulanya kerana sudah sebati dengan garam dan bahan perasa lainnya. Kalau tidak mahu pedas, gunakan cili kering jenis kurang pedas. Jangan tumis guna api besar. Gunakan api sedang - kecil, supaya masak dan mesra semua bahan. Ketika itulah akan terbit minyak.

      Padam
  6. Lebih dari cukup ni Kak Amie 😍😍😍😍

    BalasPadam
  7. Perkara biasa ni kak Amie kadang terlupa nak satukan mereka dalam gambar. Nasi lemak ni kalau nasi berlemak dan sambal sedap itupun dah cukup sempurna dah.

    BalasPadam