Pages

Ahad, 6 Oktober 2024

Menjamu Selera di Mohd Chan Restaurant Taman Melawati

Bismillahirrahmanirrahim.
Berkali-kali Abang Farid ingatkan kami untuk makan di Mohd. Chan Restaurant di Taman Melawati sebelum terbang balik ke LD. 31 Mei 2024, hari Jumaat dengan perut kosong dan hampir pukul tiga petang kami tiba di Mohd. Chan Restaurant. Susah juga hendak cari tempat letak kereta! Ruang letak kereta semua penuh. Hampir 15 minit juga berpusing-pusing di situ, dan akhirnya dapat juga satu ruang letak kereta lebih kurang 200 meter dari restoran.

Kredit : Mohd. Chan Restaurant 

Abang Farid dan Firdaus memilih menu yang hendak dipesan.

Ruang makan nampak luas dan selesa. Bersih dan kemas dilengkapi banyak gambar makanan di dinding membuat mata terus terpikat. Terus meresap ke perut dan teringin untuk mencicipinya!

Seperti biasa, tukang tulis menu menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi.

Borang pesanan makanan sudah siap diisi.


Inilah senarai semak pesanan menu yang panjang!

Minuman Soda Magic dan di belakangnya Ice Lemon Tea.

Abang Farid : Soda Magic

Aseeyah : Chryshanthemum

Encik Suami : Pu Er Hot

Amie : Hang Tuah

Setelah semua minuman sampai, barulah dihidangkan makanan ringan yang kami pesan. Kami makan dahulu sementara menunggu makanan berat tiba.

Loh Mai Kai

CCF with Prawn

Shanghai Dumpling

Spring Roll

Dim Sum

Bismillah

Nasi Ayam Combo

Tidak lama kemudian datanglah Nasi Ayam pilihan Encik Suami. Ayamnya dua jenis, lengkap dengan sayur taugeh sup dan sos.


Abang Farid : Wantan & Mee Ayam

Aseeyah : WTM Sup Dumpling

Firdaus : Fried Rice  Soft Shell

Amie : Yam Ring Kong Boh

Seronok bergandalah Firdaus!
Dapat makan Nasi Goreng Ketam Kulit Lembut, dapat bersama-sama Kakak Aseeyah juga.

Harga keseluruhan termasuk cukai : RM223.30.


28 ulasan:

  1. Betul ke tu Daus tengah tulis menu?
    Nampak ekspresi muka macam tengah lukis kartun je...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, namlaknya Daus boleh bawa dua watak sekaligus kan Uncle.

      Padam
  2. Selamat menjamu selera
    Huntungnya jadi daus selalau dapat makan sesedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wak.
      Kali ini Daus dapat makan bersama Abang Farid dan Kakak Aseeyahnya.

      Padam
  3. ms keje area sini kalau ada farewell lunch selalu buat kt siniπŸ˜€

    BalasPadam
  4. tk pernh try menu dimsum kt mohd chan...yummmyyy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak kata sedap. Time masih panas memang sedap kan.

      Padam
  5. penat tulis pesanan ya Daus kanmain banyak lagi sedap jamu selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kali Abang Farid pujuk ajak makan di sini.
      Jadi, penatlah Daus tulis banyak pesanan hahahaa.

      Padam
  6. Tengok menunya memang sungguh menyelerakan. Mahal pun takpa, janji sedap.

    BalasPadam
  7. Sedap2 makanannya. Baby ikut tak tu? Mesti baby kecur tengok tok mummy makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baby masih dalam perut. Tak sampai 10 hari balik LD, baby lahir.

      Padam
  8. Dana yang dekat dengan taman melawati pun tak pernah try mkn kat sini kak, ye salah satu kalau ke sini selalu penuh lagi lah kalau malam kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu itu kami ziarah Aseeyah di Gombak, tengah tunggu hari untuk bersalin. Jadi Abang Farid bawa kami makan di situ.

      Padam
  9. Soda magic tu nampak sedap...SA nampak Chee Cheong Fun jugak..dan set dim sum..sedapnya..lama jugak x makan dia Mohd Chan Restaurant ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama dah Abang Farid minta kami makan di sini. Katanya Mohd Chan itu kawan bapa mentuanya.

      Padam
  10. CCF tu sedapnya. Nasi ayam pun suka juga. Dumpling Soup pun sedap juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. CCF itulah yang selalu kita cari kalau masuk kedai Cina Muslim.

      Padam
  11. Nak coba nantiiii 😍😍😍. Kliatan sedap semuaaa kak. Beberapa menu bahkan banyak yg belum saya coba. Sebenarnya tak mahal2 sangat mengingat ramai yg makan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, harganya mampu bayar.
      Lagipun servisnya cepat, hidangan panas dan sedap-sedap belaka.

      Padam
  12. Pernah sekali dua je makan di Mohd Chan Resto ni. Menu dia banyak dan rambang mata juga nak pilih menu. Loh Mai Kai tu menu dia unik. Tertarik dengan menu pilihan abang farid tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Loh Mai Kai itu pun Kak Amie suka.
      Suka ye dengan menu Abang Farid.

      Padam
  13. Semua yang di-order tu memang favorite kami. Lama tak MC.

    BalasPadam